Thursday, November 7, 2013

Welcome to My World

Sejak hari pertama mendaftarkan diri sebagai anak kandung suluh budiman sehinggalah ke hari ni, macam² perkara baru aku belajar. Sebagai pelajar lepasan STPM, memang aku akui agak janggal jugak mula² dulu berbanding kawan² yang merupakan pelajar Diploma. Sekarang aku dalam proses mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang sains sukan. 

Memang tak mudah belajar dalam fakulti ni sebab kena bersaing dengan atlet² yang hebat lagi berkarisma. Berbeza dengan mereka yang sudah ada asas sains sukan, aku kena mula belajar semua daripada mula satu persatu. Tapi takpa sebab semuanya kita belajar dari tak tahu kepada seseorang yang mahir.


Pada asalnya aku bercadang nak ambik bidang kaunseling atau pun sejarah tapi rezeki dah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi kan? Have faith in Him. Okay, back then memang aku minat subjek yang memerlukan imaginasi ni sebab mungkin aku suka melukis dengan berangan kot. Tapi alhamdulillah, aku masih boleh bawa lagi dengan baik. Mencuba sesuatu yang baru, apa salahnya kan. Aku pun tak pasti kalau aku ambik course lain, aku mampu dapat pointer sebaik ini. Dekan? Itu sebenarnya bukanlah penanda aras kebijaksanaan seseorang dan of course better then yang tak dapat kan.

Kata Ustaz Azhar Idrus "...barang siapa yang mempercayai segulung ijazah itu mampu menjamin masa depan dia, cepat²lah bertaubat. Masa depan kita ditentukan oleh Allah, bukan segulung ijazah tapi kalau percaya bahawa ijazah itu membantu mendapatkan kerja, itu tak mengapa" Fahamkah korang dengan maksud UAI ni? Faham? Good one.


Aku suka berorganisasi sebab melalui organisasi ni kita akan dapat berjumpa pelbagai ragam manusia selain bertemu kenalan baru. Dan di kolej kediaman UPSI ni, aku menginap di Kolej Harun Aminurrashid a.k.a KHAR. Bukan nak besarkan atau banggakan sangat KHAR ni tapi aku rasa kolej ni merupakan antara kolej yang paling best. Tak tahu atas dasar apa aku menilai tapi personally aku sukakannya. Kebetulan pula aku bekerja bersama kolej ini sebagai Majlis Mahasiswa Kolej, jadi tak pelik la kalau aku suka, kan. Hehe. 
Takda apa yang nak dibanggakan kalau nampak muka sendiri terpapar di banner dan poster disekitar kolej sebab jawatan itu datang bersama tanggungjawab. Mengharapkan yang terbaik saja semoga segala yang aku lakukan atau apa yang aku sumbangkan akan menjadi bekalan tambahan di akhirat sana. Amin :)


1 comment:

  1. 1. I personally think it must be hard tough to survive this particular course, for me la since Im not athletic. heheh
    2. Have faith "IN Him" instead of "ON Him". Don't feel ashamed or humiliated or anything. Just sharing. #memang makanan aku# hehe
    3. And please kindly remove the setting that requires us to complete the codes in order to leave our comment here. hee #request

    ReplyDelete