Ada sekumpulan pekerja asing, mungkin bangla atau nepal duduk berkumpul beramai². Aku terus memerhatikan mereka, gerak geri mereka dan ternyata mereka kelihatan sangat akrab dan mesra. Tidak kelihatan langsung sintom² perselisihan antara mereka, zahirnya. Belakang cerita aku tak tahu, hehe. Perkara ini mengingatkan aku tentang satu kisah yang aku terbaca di satu blog (tak ingat blog mana) Blog tersebut menulis tentang kumpulan pekerja asing ini. Ceritanya seperti berikut :
Untuk pengetahuan, Saiful Nang adalah antara photographer
terbaik di Malaysia dan sekarang ini berada di tanah suci Mekah. Kisahnya
bermula apabila beliau melihat dua orang lelaki bangla berjalan sambil
berpegangan tangan.
Biasa kita lihat bangla lelaki dengan lelaki jalan
berpegangan tangan kan? Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini.
Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila
berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai
hubungan songsang atau gay?
Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.
“Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak
panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan
anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap
kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu
pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari
sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat
kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat
atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar
dengan persepsi yang kata kami gay”.
Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya
belajar sesuatu yang baru. Jika dulu “Gay” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini,
makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga
dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari
ini kita merasakan itu satu yang jijik.
SAIFUL NANG
Madinah Al-Munawwarah
Zaman Nabi Muhammad dulu telah terdidik sahabat untuk mengasihi sahabatnya seperti hadith baginda s.a.w "Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya ia tidak mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi diriya sendiri". Kita melihat dua sahabat lelaki bergurau senda, tertawa mesra, dan tidak semena² kita melabel mereka gay walaupun sekadar nada gurauan. Senang² dapat satu saham sebelah kiri. Satu cerita rekaan yang diulang² akan membuatkan berita dianggap benar. Itulah yang dinamakan perang saraf. Ini serius.
Tapi sekiranya aku diberi pilihan, of course la aku takkan pegang tangan kawan lelaki lain masa melintas jalan. Hahaha, persepsi orang agak berbahaya kot. Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah dari fitnah manusia dan terjaga iman. Aminn..
No comments:
Post a Comment