So, let see.. minggu ni minggu ke 10 dalam semester ni dan antara minggu paling sibuk bagi budak UPSI. Takpelah, adat hidup dalam dunia Universiti memang begitu. Dalam minggu ni jugak aku ada buat beberapa experiment tentang kemampuan manusia. Well, kita tahu manusia memang dicipta hebat dan kehebatan itu dikurniakan berbeza mengikut setiap manusia. Aku tetap nak cerita walaupun korang taknak tahu, hehe. So, ujian pertama ini berfokuskan kepada kepekaan manusia terhadap ransangan cahaya dan bunyi.
Rata² semua peserta experiment ini atau nama lainnya subjek kali ni memang hebat dari segi reflek terhadap ransangan cahaya dan bunyi. Mungkin atas faktor latihan harian pelajar Sains Sukan kot. Hehe, itu termasuk aku. Ada yang kata pelajar sukan ni badan mesti cantik, tough dan segak tapi bagi aku la badan setough mana pun tapi kalau fittness tak kacak, tak ke mana jugak kan. Haha, okay aku admit. Menang gaya dari permainan. Ujian kali kepekaan ini dibuat di dalam makmal pembelajaran motor. Best jugak la.
Ini tharmahthurai. Dia atlet marathon dan satu² pelajar berbangsa India dalam kelas kitorang. Bagus dia ni sebab bila tengah rancak berborak then azan berkumandang, dia akan tegur pelajar melayu Islam yang lain untuk diam. Hehe, terbaiklah tharmahthurai.
Muka pesalah perlu diblurkan bagi mengurangkan kebersalahan beliau sepanjang post ini. Haha. Kalau nak diikutkan memang banyak lagi nak aku coretkan dalam blog ni tapi mata aku dah berat, panggilan untuk tidur kot. Hehe., apa² nanti aku akan update lagi walaupun korang taknak baca. Selamat malam. Hahaha.
No comments:
Post a Comment