Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Ceritanya begini, aku baru dapat call dari rumah mengatakan bahawa kesihatan atuk semakin membimbangkan. Beliau, Haji Nordin bin Haji Mohamad, 89 tahun ini dikatakan tidak mampu berjalan dan diserang demam panas. Masa kecik dulu memang aku membesar dekat kampung dan beliaulah yang menjaga aku dan adik beradik dikampung bersama arwah wan.
Teringat aku masa kali terakhir jumpa beliau sebelum pulang ke UPSI. Beliau selalu bertanya bila akan aku balik semula ke kampung, dan bila dan bila. Sekarang ni beliau dijaga oleh saudara mara yang tinggal berdekatan dengan kampung. Masa sebelum aku sambung belajar, beliau sering kali menghubungi rumah untuk meminta aku menghantar beliau ke sana ke mari dan aku turutkan saja.
Keep strong atuk, we`ll be here for you. Doakan kesihatan beliau agar kembali seperti sediakala. Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment