Saturday, November 9, 2013

UIA Debate 13

Last week, aku bersama rakan² MMK serta ahli kelab debat bahasa arab UPSI ke Universiti Islam Antarabangsa dengan niat memberi sokongan kepada rakan kami yang menyertai Pertandingan Debat Bahasa Arab anjuran universiti tersebut. Jadi kami semua bersiap seawal 7.00 pagi untuk bergerak ke UIA dari KHAR. Tidak dinafikan aktiviti seperti ini kerap kami lakukan selain berniat untuk merapatkan ukhuwah antara kami.

Sesampai di UIA, memang dapat di lihat wajah keterujaan masing² terutama bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke UIA. Kalau nak dibandingkan dengan UPSI sememangnya satu perbezaan yang ketara terutama dari segi frasarana yang tersedia. Maklumlah, UPSI berdiri sejak tahun 1922 lagi, veteren memang bergaya dengan old schoolnya.


Macam biasa masing² bergambar sebagai kenangan sebelum bergerak ke bilik pertandingan. Jadi sepanjang perjalanan, aku memerhatikan seluruh kawasan UIA ini bermula dari Bangunan Fakulti Ekonomi sampailah ke Mahallah, ada beberapa perkara yang UIA ada dan UPSI tiada. Kalau diukur dari segi pembangunan memang sesuatu yang tidak adil, jadi aku melihat dari perspektif berbeza. Jadi apa yang dapat aku simpulkan berdasarkan pemerhatian kasar :
  • Mereka tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di dalam kampus.
  • Mereka kaya dengan majlis² ilmu dan masjid mereka hidup
  • Persekitaran terjaga dari segi aurat pelajar mahupun staff.
  • Mereka mengalami bercampuran budaya antarabangsa dengan skop lebih luas.
Itulah serba sedikit yang dapat aku simpulkan tentang lawatan aku ke UIA. Bila bertanya dengan rakan² yang turut serta dalam lawatan, rata² akan berkata "...memang bestlah, bila la UPSI akan jadi seperti UIA". Beruntunglah bagi mereka yang dapat meneruskan perjalanan sebagai pelajar di tempat yang baik sebegini. Bukanlah niat memuji melangit begini kerana niat kosong tapi berharap agar suasana sebegitu dapat dilahirkan di UPSI atau paling tidak pun di KHAR.

Sebelum bergerak balik, aku menerima pesanan ringkas dari seorang sahabat yang belajar di sana untuk berjumpa. Mungkin memang ditakdirkan berjumpa dalam suasana begitu, aku ikutkan saja. Beliau menghadiahkan (pinjamkan mungkin) aku sebuah buku tulisan Hlovate yang bertajuk 5 TAHUN 5 BULAN. Kalau nak ikutkan aku bukanlah seorang pembaca tegar novel but aku berjaya mengkhatamkan novel tu dalam tempoh 2 hari. Pencapaian yang baru untuk aku*clap clap clap* Hehe.

Then kami bergerak pulang ke bumi Tanjung Malim meneruskan realiti kehidupan kami di sini. Ada rezeki in shaa Allah, aku akan sambung Master di sana. Mana tahu kalau ada jodoh dengan UIA kan? Haha. By the way, keputusan pertandingan debat tersebut, UPSI tidak mendapat tempat dalam pertandingan tersebut tapi takpa, penyertaan itu penting. Menang atau kalah itu adat pertandingan.

2 comments:

  1. Eah, pinjam ape, die bagi hadiah kot tuu. Semangat bace 2 hari je dah khatam. Tahniah! hehe.

    ReplyDelete
  2. Eh, tahu ea pasal tu. Alahai segannya, hahaha. Yup, first time kot habis 2 hari. Buku teks tak pernah pun habis baca. Hahaha

    ReplyDelete