Saturday, November 9, 2013

Incomer Jr.

"Assalamualaikum dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar Diploma Baru ambilan November 2013/2014. Kehadiran kalian diharapkan mampu memeriahkan suasana dalam kampus baru UPSI..." Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi "budak baru" KHAR dan KUO. Masing² datang dengan pakaian serba bergaya dan agak skema. Hahaha, biasalah budak baru.


 Ambilan kali ini tidak begitu ramai, cuma 130 orang dari KHAR dan 110 orang dari KUO, 240 orang semuanya. Selamat datang jugalah sekali lagi kepada semua ke alam Universiti pendidikan tidak apa jua jurusan kalian. In shaa Allah lebih mudah untuk dikelolai berbanding pengambilan degree lepas seramai 1200 orang.

Harapan aku kepada junior² baru ni selaku senior dan ahli Majlis Mahasiswa Kolej, aku harap agar kalian semua pandai menjaga diri dan ingatlah selalu mengapa anda disini. Ingat pesan ibu ayah di rumah, betulkan niat dan ikhlaskan diri untuk menyambung pelajaran. Jangan lupa jugak untuk pilih kawan² yang baik dan elakkan diri dari culture shock. Semoga kalian maju jaya di tempat baru ni.

Mereka semua akan menjalani orientasi Universiti dan juga orientasi kolej, jadi aku akan mengambil masa ini untuk berkenalan dengan mereka semua. Tapi masalahnya, boleh kata sekitar 65% adalah dari golongan Hawa. Mana pergi lelaki semasa ni? Hmmm.. come on lah lelaki, put your stand up and stand still. Haha, okay. Itu saja, akhirnya for our junior.. Welcome to your new home.

No comments:

Post a Comment