Assalamualaikum w.b.t sekalian umat manusia. Intro kali ni pendek saja sebab aku nak jimatkan masa korang membaca. Haha, okay. Korang pernah jadi pemimpin? Atau dipaksa jadi pemimpin? Kalau tidak, takpe tapi bagi yang pernah. Meh sini aku nak share something yang aku baca dari sebuah buku. But first of all, korang kena reset minda supaya tidak melekat dengan mana² ideologi politik atau anasir luar. Cerita sini, habis sini, alright?
Menjadi ketua ini bukanlah susah sangat tapi kalau menjadi pemimpin yang disukai ramai memang agak susah sebab kita tak akan mampu mengikut rentak hati semua orang yang kita pimpin kerana kemampuan kita ada hadnya. Dalam organisasi, kita mesti nak ada seorang ketua yang best dan bukannya pandai mengarah itu dan ini sahaja kan. Ada orang yang lahir dengan sifat kepimpinan dalam diri dan ada yang melalui proses penggilapan bakat. Masing² ada laluannya tersendiri tapi yang pasti, setiap orang adalah pemimpin dalam diri masing².
Para pemimpin yang hebat memang memiliki naluri mengambil
keputusan. Mereka telah berulang kali melakukannya, mereka menjadi tegal
terhadap tekanan dan amat teliti dalam proses pengambilan keputusan yang
paling penting dan berstrategi. Inilah mengapa para eksekutif senior selalu berkata, mereka memil “firasat” dalam mengambil keputusan sukar dalam
waktu cepat d.
Berikut adalah 13 ciri kepimpinan yang perlu diberi perhatian.
1. Membuat orang lain selesa untuk terus terang
Kita sering melihat pemimpin yang terasa “seram” kerana jawatan dan kekuasaan mereka. Nah, pemimpin yang hebat mampu mengalihkan
perhatian terhadap diri mereka, dan mendorong orang lain untuk menyuarakan
pendapat. Mereka mahir dalam membuat orang lain selesa untuk terus terang dan
berbagi pandangan. Para pemimpin hebat juga mampu menciptakan suasana yang
ramah dan akrab.
2. Membuat keputusan
Pemimpin hebat adalah pengambil keputusan yang tepat. Mereka mampu melakukannya dengan memfasilitasi dialog, agar para kolega dapat meraih
kesimpulan strategis, atau mereka bisa melakukannya sendiri. Mereka fokus “membuat
sesuatu terwujud” sepanjang waktu — sebuah pengambilan keputusan yang
menyuburkan kemajuan perusahaan. Para pemimpin sukses tidak membuang-buang
waktu di masalah yang mengganggu momentum. Mereka tahu caranya mengambil 30
keputusan dalam 30 menit.
3. Komunikasi bermatlamat
Pemimpin hebat juga kemahiran komunikasinya, dan ini sungguh terasa
ketika mereka sedang berucap mengenai “target kerja”. Mereka mengingatkan anak buah mereka tentang nilai-nilai perusahaan dan target - memastikan visi
mereka benar-benar dapat difahami dan diterjemahkan dalam langkah yang nyata.
Saya pernah punya seorang bos yang sering mengutarakan katat² berharapan
dia terhadap bawahannya. Kesannya aku mampu fokus dan tetap berjalan mengikut rentaknya. Prosedur sederhana yang dia lakukan iaitu menyampaikan harapan - terbukti meningkatkan motivasi dan membantu kami mengetahui siapa saja di
antara rakan² yang tidak dapat memenuhi standard.
4. Simbol synergy orang untuk berfikir
Pemimpin hebat memahami kemampuan serta kelemahan anak buah
mereka. Mereka membantu anak buah untuk berfikir dan membantu mereka untuk mengembangkan potensi diri. Jenis pemimpin seperti ini amat diperlukan dalam mendorong
perkembangan orang bawahan, sehingga orang tidak mudah terlena serta terus berkembang.
Jika kita tidak berfikir bererti kita tidak belajar perkara
yang baru. Jika kita tidak belajar, bererti kita tidak berkembang — dan
lama-lama kita akan jadi tidak penting di pekerjaan.
5. Menjadi contoh
Menjadi contoh bunyinya agak remeh, tapi kenyataannya banyak
pemimpin yang gagal dalam hal yang satu ini. Nah, pemimpin hebat memberi dan
melaksanakan contoh yang mereka berikan. Mereka tahu bahawa mereka diamati sentiasa oleh
bawahan.
6. Mengukur dan menghargai kerjaya
Pemimpin hebat selalu punya “denyutan nadi” terhadap kerjaya bisnes
dan orang-orang yang bekerja keras. Mereka tidak hanya memperhatikan
angka-angka, tapi juga secara aktif menghargai kerja keras orang lain walau apa pun
hasil akhirnya. Pemimpin hebat tidak akan pernah sebelah mata memandang pegawainya
yang bekerja keras demi menjaya sesebuah projek.
7. Membina pasukan terbaik
Para pemimpin hebat tahu dengan sebenar2nya kemampuan orang
bawahan mereka. Sehinggakan mereka sangat cermat dalam menentukan “formasi pemain” pasukan mereka.
Mereka mengetahui pegawai mana yang harus ditugaskan dalam mengatasi situasi
tertentu.
8. Bertanya dan mencari nasihat
Pemimpin hebat akan melemparkan pertanyaan dan mencari nasihat
setiap waktu. Dari luar, mereka seperti sudah mengetahui segalanya. Tetapi dari benak hati yang dalam,
mereka sebenarnya haus pengetahuan dan selalu mencari cara mempelajari perkara baru
kerana mereka ingin meningkatkan kemampuan mereka dengan nasihat orang lain.
9. Mengatasi masalah, tanpa berlengah
Pemimpin hebat akan segera mengatasi masalah langsung ke
akar umbinya. Mereka tidak menunda-nunda masalah. Kalau ada masalah, mereka juga
tidak cemas atau kelam kabut. Mereka tahu bahawa orang mampu maju bila melakukan hal yang orang
lain tidak suka.
10. Energi dan perilaku positif
Pemimpin hebat mampu mencipta budaya kerja yang positif
sehingga anak buah mereka bermotivasi untuk terus bekerja. Mereka disukai dan dihargai. Mereka
tidak mahu momentum terganggu akan kegagalan.
11. Menjadi guru
Banyak pegawai mengeluh, bos mereka tidak mahu lagi mengajar
mereka. Tetapi pemimpin hebat tidak pernah berhenti mengajar orang bawahannya,
sebab mereka sendiri juga kehausan pengetahuan. Pemimpin hebat akan meluangkan
waktu untuk membimbing anak buah mereka serta membimbing pegawai yang memang
terbukti mampu untuk maju.
12. Memperkukuh hubungan
Pemimpin yang hanya tidak hanya fokus mempertahankan
“kerajaannya” sebaliknya, mereka mengembangkan wilayah dengan
memperkukuh hubungan yang saling menguntungkan. Pemimpin hebat membahagikan hasil
kejayaan mereka untuk menciptakan momentum dengan mereka yang ada di sekeliling.
13. Menikmati tanggung jawab
Pemimpin hebat memang menyukai tugasnya sebagai pemimpin. Bukan kerana jawatan atau kuasa yang mereka ada, tapi kerana impak bermanfaat yang mampu mereka sumbangkan. Bila kita sudah meraih kedudukan senior, ini bermaksud kita harus melayani
orang lain dan kita baru boleh melakukannya dengan sebenar-benar kegembiraan bekerja.
Begitulah 13 perkara yang perlu ada pada setiap pemimpin. Pemimpin bukan hanya seseorang yang mampu memberi arahan semata tetapi juga bekerja bersama pengikutnya. Macam mana? Macam mudah je..macam kacang je. Hahaha, trademark Syasa. Apa² pun beringatlah selalu bahawa setiap kelakuan kita di dunia ini akan dihisab lebih² lagi bila kita menjadi pemikul amanah orang bawahan kita. Renung²kan dan selamat beramal
Harus diingati bahawa perkongsian itu satu amalan yang baik. Sebarkanlah, hehe :)
No comments:
Post a Comment