Wednesday, November 13, 2013

JALIN III Siri III

Ahlan wasahlan marhaban bikum.. hari ni bermula orientasi kolej bagi pelajar diploma ambilan November. Baiklah, untuk kali kedua bekerjasama dengan kolej lain dalam satu program yang biasanya akan menjadi masalah tapi kali ni alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan baik dan segala pujian bagi Nya jugalah kami mampu bersama dalam satu program.

Rasa aku adalah sesuatu yang baru bagi budak diploma baru ni sebab ada antara mereka memang pelajar lepasan SPM. Masa pengenalan program tadi segalanya berjalan dengan baik dan para pelajar turut memberi reaksi yang baik bagi setiap aktiviti, thanks a lot to AJK Aktiviti jugak. Mereka terpaksa mengerah suara merdu masing-masing (merdu ke? Haha) dalam menggerakkan pelajar supaya aktif. Syabas diucapkan, kalian memang terbaiklah.


Tadi sempat aku berbual2 dengan beberapa orang peserta dalam program tadi. Dan salah seorangnya membahasakan diri 'aku kau' dengan aku. Aku takdelah kesah sangat tapi bagi junior baru, agak sesuatu yang janggal la. Aku pun selidik la latar belakang dia, borak2 sikit dengan dia. Rupa2nya dia merupakan pelajar lepas Diploma UiTM dan masuk ke UPSI untuk diploma kedua. Aku tanya dia juga, kenapa tak sambung degree saja? Dia dengan nada sedikit pasrah katanya tak dapat sebab pointer dia taklah begitu bagus. Tapi serasa aku, 2.70 tu tidaklah teruk sangat sebab ramai saja yang dapat kurang daripada tu. Mungkin kerana persaingan atau kesilapan dia masa memilih jurusan kot. Kiranya dia sebaya atau lebih tua dari aku la ni. Haha *terasa muda semula.

Okay, balik kepada tajuk aku. JALIN ini merupakan satu legasi biasa bagi kami untuk meraikan pelajar baru bagi kolej kami, kolej lain tak tahu la. Peserta kali ni aku tengok, ramai jugak kacak2 dan cantik2 belaka. Interviewer tu memang pilih yang kacak dan comel je ke? Haha. Entahlah. Program JALIN ini dimulakan dengan solat berjemaah yang diimamkan tadi oleh YDP KUO. Not bad bacaan dia sebenarnya. Well, macam mana biasa, sesi Ice Breaking then pengenalan MMK dari kedua-dua kolej. Nak cerita apa lagi ea? Okay blur sudah. HAHA.


Merujuk gambar diatas, gadis ni sangat pandai melukis, serius aku kagum. Kalau nak ikutkan aku memang takda masa nak update blog ni sebab esok aku ada presentation dan kena submit assignment Oh My!! tapi in shaa Allah, doakanlah yang baik buat aku ye. Sekarang nak ikutkan dah pukul 2.37 pagi dan aku masih ligat dengan blog ni, ya Allah gatal sungguh tangan nak mengupdate walaupun hakikatnya takda pembaca. HAHA.Semoga kita bertemu lagi dalam episod seterusnya (kalau aku rajin la, hihi)

*post ini ditulis sambil ditemani teh o panas dan maggi big curry. Hehe.

No comments:

Post a Comment