Sunday, November 17, 2013

JALIN III Siri III 2

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Selesai jugak akhirnya program JALIN III berakhir juga. Setelah berlangsung selama 4 hari berturut², macam² perkara baru yang aku belajar daripada program kali ni. Komunikasi yang berkesan sangat penting dalam mana² event. Kali ni kerjasama bersama Kolej Ungku Omar aka KUO. Masalah tetap akan terjadi dalam apa jua program tetapi kalian memang terbaik. Tahniah.

Berikut adalah gambar sekitar majlis penutup program JALIN III. Have a look.

 Ini menjadi adat bagi seluruh kehidupan manusia hari ini iaitu dalam mana² program, jumlah pelajar lelaki yang hadir sangat tidak handsome berbanding kehadiran pelajar perempuan. Bukannya budak lelaki tak ada tapi masing² malas dan mungkin sangat busy dengan assignment masing² kot. Bersangka baiklah. Hehe.


 Kalau nak diikutkan memang aku taknak join program ini berikutan timbunan kerja² yang perlu disubmit dalam minggu ini juga. Ditambah tekanannya bila aku berada dalam AJK Protokol. Uh, protokol. First thing in my mind was "Ah, its gonna be problem for me". Korang tahu kan kerja protokol tu apa? Call VIP, follow up VIP, berhubung dengan semua unit yang terlibat dalam tu dan semuanya agak menyusahkan. Itu semua apa yang aku gambarkan, tapi alhamdulillah hakikatnya tidak begitu teruk dan its fun actually. Tapi tak seseronok unit aktiviti la. Hehe.




Perasmian kali ini dilaksanakan oleh Timbalan Naib Censelor UPSI sendiri. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama semua dalam menjayakan program kali ini. Rasanya boleh buang dah segala perspektif tentang kerjasama bersama kolej lain mendatangkan lebih banyak masalah daripada penyelesaian. Its okay kalau ada kerjasama antara kolej lagi, boleh diusahakan. Banyak pengalaman manis dalam program dan ini antara yang terbaik. Tahniah Encik pengarah program.

Note : Lebih banyak gambar gadis dari lelaki dalam ni sebab photographernya adalah gadis dan bukan aku. Hehe.

No comments:

Post a Comment