Friday, November 15, 2013

Humanity Value

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu yang penuh kemalasan, bangun pagi, solat subuh kemudian panjat semula katil dan tarik selimut sambung tidur. Jangan tidur perbuatan yang sangat tidak sihat ini kerana waktu subuh dah selepasnya adalah waktu yang mendatangkan rezeki yang melimpah ruah. Sebab itu barang siapa yang telah bangun untuk menunaikan solat subuh pada waktunya akan terasa lebih kesegaran berbanding mereka yang menunaikan solat subuh lewat. Mahal rezeki.

Okay, television. Berapa kerap kalikah kalian tengok TV dalam sehari? Okay, dalam seminggu atau sebulan la, berapa kali rasanya. Selalu? Sangat jarang? Kalau siapa yang sangat jarang tu, kita boleh jadi geng. Sebenarnya aku memang tak minat tengok TV sejak beberapa tahun kebelakang ni. Bukanlah sebab tak ada masa tapi macam tak best saja. Kalau orang lain ada astro dirumah dan boleh duduk berjam-jam di hadapan TV tu, aku tak larat sangat la. Tak dinafikan banyak program menarik seperti Majalah Tiga ataupun mana2 dokumentari tapi kalau di TV macam banyak tak best dari best.

Panjang betul mukaddimah aku. Haha, aku buat ringkasan sikit la. Taufan yang melanda Filipina baru baru ini memang memerlukan perhatian yang agak serius daripada masyarakat dunia. Serius, ini bukan benda main2. Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi kelmarin dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi kelmarin waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis. Korang baca tak tu? Terkuat di dunia. Bukan calang2 bencana alam ini. Takziah kepada mangsa bencana alam ini. Berita ini membawa aku kepada satu artikel yang ditulis orang sesorang yang tidak dikenali, katanya di negeri ini berlaku akibat daripada kerajaannya yang rakusnya memusnahkan masjid2 di dalam kawasan itu. Mereka menghancurkan rumah Allah dan Allah menghancurkan negara mereka. Angin ribut, tsunami dan segalanya adalah menurut kehendak Allah.

Musibah ini turut mengingati aku mengenai cerita National Geography mengenai teknologi di Jepun yang mana scientist diaorang dengan angkuhnya mengatakan teknologi ciptaan mereka mampu menangkis bencana taufan dan tsunami. Apabila datangnya tsunami pada tahun lalu semua teknologi diaorang yang kononnya dapat mengatasi bencana tsunami tidak langsung dapat menghalang kuasa allah s.w.t. sampaikan satu rektor nuklear meletup. Sekarang kawasan letupan nuklear sudahpun menjadi padang jarak padang terkukur selama lebih 20 tahun. Bila manusia angkuh pada Dia Maha Mencipta dan Menghancurkan.

 Isu bencana alam ini dimainkan begitu kencang sehingga seakan melenyapkan cerita penderitaan manusia di negara2 Asia barat. Palestin, Syria, Mesir, Kashmir, Afganistan, Iraq dan lain2 negara umat Islam yang tertindas. Sekiranya anda seorang yang tegar mengikuti perkembangan semasa dunia islam ini, anda akan menitiskan air mata di mana mereka mengalami kongkongan dahsyat dari musuh2 Allah. Mereka dibunuh setiap hari, bekalan makanan, air dan elektrik telah disekat dan setiap 15 saat, seorang demi seorang rakyat menjadi pelarian.

Kita di Malaysia, bumi yang aman ini telah diberi pelbagai nikmat tapi sering terlupa untuk bersyukur. Bukanlah bersyukur hanya melafazkan ucapan syukur saja tapi juga dalam amalan seharian. Banyak makanan dan minuman, dibazirkan begitu sahaja. Ini sangat menyedihkan. Sedangkan peminjam PTPTN pada hujung semester pun dah terasa sesaknya, inikan lagi negara yang telah difatwakan kucing boleh dimakan dengan alasan darurat mengelak kebuluran. Bunyi macam mudah saja tapi kita tak pernah berada di tempat mereka. Andai ditakdirkan Allah, satu hari nanti kita mengalami keadaan sebegitu (Nauzubillah) Mampukah kita meneruskan kehidupan tanpa menyalahkan takdir Allah?

Apakah masih ada harapan bagi mereka mengecapi keamanan seperti kita? Berdoalah untuk mereka.

No comments:

Post a Comment