Monday, November 11, 2013

Cinta Hati

"No matter how good you are in something, if you get involve in serious relationship, you gonna have hard time..." - Kcazz, 2013

Lepas saja selesai solat isyak, aku  duduk menghadap laptop. Scroll² facebook timeline melihatkan status² baru kenalan aku. Baca² dan like, baca dan like dan ada jugak like baru baca. Hehe, dah rata² yang post difacebook ni adalah berkenaan dengan hati dan perasaan.
Perasaan..perasaan..perasaan sememangnya sesuatu yang sukar diramal. Boleh jadi hari ini kita suka, esok kita akan benci dan lusa akan suka semula. Ia agak pelik, lebih pelik dari berita dalam surat khabar perdana hari ni. Haha, post aku kali ini berkenaan perasaan. Sebenarnya ini adalah respon aku terhadap status seorang rakan aku.

Beliau merupakan seorang yang tegas dalam kerjanya dan berkaliber. Banyak menghabiskan waktu untuk tugasan sebagai ahli yang aktif dan itu yang menyebabkan ramai mempercayai beliau sebagai pemberi nasihat. Yeah, hampir semua orang. Tapi asal hakikat manusia tetap manusia, hati dan perasaan itu satu lumrah yang tak dapat dielak. Allah telah menciptakan hati sebagai raja manusia dan jika baik hati tersebut, maka baiklah seluruhnya. Baik, apa yang aku nak ceritakan di sini adalah berkenaan dilema yang dialami beliau. Ops, jangan silap, ini bukan bercerita tentang keburukan okay. Betulkan balik mindset anda. Hahaha.

Okay, back to our story, so you were in a relationship, and now it’s all over. You may have assumed that it would last forever. Or perhaps, you had happy thoughts and dreams about your perfect relationship until the moment it ended heavily on your heart. Life after a breakup can feel terrible, especially if you didn’t want the relationship to end or if you’ve been cheated on.

But what’s important now is to understand how to love again and get back on your feet. You didn’t stop walking just because you fell down as a child, did you? Or did you stop playing a game or driving around in your car because you screwed up at some point? Life isn’t perfect. It’s the little imperfections that make live perfect. You wouldn’t know happiness if you don’t understand pain. And you won’t understand true love without understanding how a broken heart could feel like. And as muslim, we have Islam and our creator, Allah.



Aku tertarik dengan satu penulisan atau boleh dikatakan sebagai doa yang ditulis oleh seorang sahabat dari UIA. Baca dan hayatilah.

"Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati. Ku bersujud padaMu. Terimalah taubatku dengan dosa-dosaku ini. Daku berdosa dan derhaka padaMu. Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini, hambaMu ini teruji dengan hati dan dunia. Wahai Yang Maha Penyayang, berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu. Ya Ilahi.. ampunilah dosa-dosaku atas airmata ini yang tidak dapat menahan perasaan cinta itu, sesungguhnya Engkau Maha Mengerti bahawa hati ini tidak bisa menolak fitrah yang Engkau ciptakan. Daku lemah Ya Ilahi, lemah dengan dugaan hati yang telah semampu kudrat ku tepis-tepis agar tidak mengganggu cintaku padaMu.. izinkanlah airmata ini mengalir kerana tangisan ini tak mampu ku bendung lagi.. "


" Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dalam redho dan rahmatMu. "



" Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dengan takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dengan insan sebaik dirinya. Ampunilah daku Ya Ilahi, sesungguhnya daku lelaki lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. Ampunilah daku Ya Allah, kerana airmataku ini menitis di hadapanMu kerana makhlukMu, kerana dosa-dosaku padaMu, kerana setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta. "



" Ya Ilahi, ku ingin hidup dan matiku dalam redhoMu, ampunilah segala dosa-dosaku yang seluas air di lautan, setinggi gunung-gunung ciptaanMU. Ampunilah juga dosa-dosa insan lain. Terimalah taubat hambaMu yang hina ini dan andai takdir Mu telah tertulis di Luh Mahfuz, daku redho apapun yang Engkau takdirkan, walaupun andainya ku kehilangan dunia, dan insan yang kucintai demi meraih cintaMu. Semoga apabila saatku bertemu denganMu, taubatku bersatu dalam rahmatMu. Ku merayu penuh syahdu dengan titisan airmata ini, Engkaulah harapanku,hidupku dan matiku, janganlah hampakan perasaan hambaMu ini....amien.

Memanglah kita perlu percaya pada qada dan qadar, rezeki serta jodoh tapi Allah berkata bahawa Allah takkan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri. Jadi kepada sahabat yang baru dikecewakan atau patah hati dengan manusia. Bersabarlah kerana Allah telah menetapkan sesorang yang lebih baik darinya untuk Mu dan janganlah putus asa pada tuhan pemilik cinta. So, keep it up bro. Bunga banyak lagi dalam dunia ni. Macam² jenis ada, mawar, melur, marigold, tulip dan banyak lagi la. Haha, nak taknak saja.

No comments:

Post a Comment