Thursday, November 21, 2013

Self Confident

Minggu nak penghujung semester ini sebenarnya buat aku berasakan agak tertekan dengan pelbagai dugaan, cabaran sepanjang perjalanan. Aku terasa macam dah tak mampu nak teruskan credit 24/7 ni. Serius, ini memang berat seberat nama serta jawatan yang dipikul. Jawatan tidak akan datang tanpa tanggungjawab, dan kerana mahukan ilmu aku teruskan juga.


Aku cuma harapkan terus diberi dan dibekalkan kekuatan demi meneruskan perjalanan seorang hamba di bumi Tanjung Malim ni. Ada kalanya aku hanyut, ada kalanya aku lupa dan ada kalanya aku alpa tapi alhamdulillah, Allah telah mengirimkan aku beberapa orang sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk aku. Menarik tangan aku ketika aku hampir lemas. Terima kasih sahabat, hanya Allah mampu balas jasa murni kalian. Deal with it.

No comments:

Post a Comment