Friday, November 8, 2013

Esaimen

Seminggu bercuti memang terasa sangat singkat walaupan ada masa lingkungan 216 jam. Personally, memang agak sibuk dalam menjalankan program² di kolej. Memang tidak dinafikan aku ada banyak assignment yang perlu di submit pada minggu ke 9 ni tapi terasa macam masa itu jauh lari dari perancangannya.

Cuba sehabis baik dah untuk mengurus waktu dengan baik tapi apakan daya. Haha, alhamdulillah dapat jugak menyelesaikan beberapa kerja sebelum tamat cuti. Jadual aku mudah, bangun pagi lepas subuh aku akan bersarapan dengan penuh kenikmatan then buat kerja² kolej sampailah masuk waktu zohor. Tidur sekejap dan sambung kerja sampai asar. Lepas asar aku takkan tengok buku tapi aku akan turun ke padang atau gelanggang untuk bersukan. Sukan biasa yang aku main adalah tennis *dumtasss

Kalau nak diikutkan semua jenis sukan aku pernah main (golf belum lagi) disebabkan aku dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, aku berpeluang melakukan semua itu. Kalau nak diikutkan sebenarnya aku banyak menghabiskan masa dengan program² kolej berbanding fakulti. Mungkin atas dasar takwim program yang sememangnya padat atau pun fakulti kurang berprogram. Ermmmm, mungkin..


Melihat daripada respond, status dan tweet memasing, aku dapat rasakan tekanan semua dalam sedaya upaya menyiapkan kerja masing². Kalau stress dan tension itu perkara biasa bagi semua orang tapi jangan sampai burn out sudahlah. Itulah jadinya kalau buat kerja last minute. Hahaha, cakap orang macam bagus saja.

What ever it is, kehidupan Universiti yang mencabar ini harus diteruskan. Biarlah apa yang datang melintangi, akan aku gagahi dengan jayanya. Biiznillah.:)

No comments:

Post a Comment