Thursday, November 21, 2013

Self Confident

Minggu nak penghujung semester ini sebenarnya buat aku berasakan agak tertekan dengan pelbagai dugaan, cabaran sepanjang perjalanan. Aku terasa macam dah tak mampu nak teruskan credit 24/7 ni. Serius, ini memang berat seberat nama serta jawatan yang dipikul. Jawatan tidak akan datang tanpa tanggungjawab, dan kerana mahukan ilmu aku teruskan juga.


Aku cuma harapkan terus diberi dan dibekalkan kekuatan demi meneruskan perjalanan seorang hamba di bumi Tanjung Malim ni. Ada kalanya aku hanyut, ada kalanya aku lupa dan ada kalanya aku alpa tapi alhamdulillah, Allah telah mengirimkan aku beberapa orang sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk aku. Menarik tangan aku ketika aku hampir lemas. Terima kasih sahabat, hanya Allah mampu balas jasa murni kalian. Deal with it.

Ujian Kemanusiaan

Assalamualaikum dan hai, aku taknak tanya khabar korang semua sebab aku yakin semuanya dah keadaan sihat sejahtera aman sentosa dengan izin Nya. Bagi memenuhi kehendak hati, aku tetap akan buat satu post baru walaupun sebenarnya macam takda motif. Tajuk macam dahsyat tapi takda benda pun. Hehe, ala macam korang baca surat khabar la. Tajuk bukan main dahsyat.

So, let see.. minggu ni minggu ke 10 dalam semester ni dan antara minggu paling sibuk bagi budak UPSI. Takpelah, adat hidup dalam dunia Universiti memang begitu. Dalam minggu ni jugak aku ada buat beberapa experiment tentang kemampuan manusia. Well, kita tahu manusia memang dicipta hebat dan kehebatan itu dikurniakan berbeza mengikut setiap manusia. Aku tetap nak cerita walaupun korang taknak tahu, hehe. So, ujian pertama ini berfokuskan kepada kepekaan manusia terhadap ransangan cahaya dan bunyi.


 Rata² semua peserta experiment ini atau nama lainnya subjek kali ni memang hebat dari segi reflek terhadap ransangan cahaya dan bunyi. Mungkin atas faktor latihan harian pelajar Sains Sukan kot. Hehe, itu termasuk aku. Ada yang kata pelajar sukan ni badan mesti cantik, tough dan segak tapi bagi aku la badan setough mana pun tapi kalau fittness tak kacak, tak ke mana jugak kan. Haha, okay aku admit. Menang gaya dari permainan. Ujian kali kepekaan ini dibuat di dalam makmal pembelajaran motor. Best jugak la.

 Yang kedua adalah ujian biasa, macam korang pergi klinik untuk check blood pressure. First time aku faham tentang kegunaan alat ini. Biasa pergi buat medical checkup aku ikut saja doktor cakap apa dan tak tahu fungsinya dan kali ni aku faham dan tahu nak buat macam mana. Stethoscope ini pulak sebenarnya dah biasa aku main. Tapi masa aku guna benda ni, benak fikiran aku diterjah satu soalan. Kenapa doktor gigi perlu pakai alat ini sedangkan macam takda kaitan langsung alat ni dengan bidang mereka. Hehe, kenapa ea?

 Ini tharmahthurai. Dia atlet marathon dan satu² pelajar berbangsa India dalam kelas kitorang. Bagus dia ni sebab bila tengah rancak berborak then azan berkumandang, dia akan tegur pelajar melayu Islam yang lain untuk diam. Hehe, terbaiklah tharmahthurai.

Muka pesalah perlu diblurkan bagi mengurangkan kebersalahan beliau sepanjang post ini. Haha. Kalau nak diikutkan memang banyak lagi nak aku coretkan dalam blog ni tapi mata aku dah berat, panggilan untuk tidur kot. Hehe., apa² nanti aku akan update lagi walaupun korang taknak baca. Selamat malam. Hahaha.

Monday, November 18, 2013

Tips Kepimpinan


Assalamualaikum w.b.t sekalian umat manusia. Intro kali ni pendek saja sebab aku nak jimatkan masa korang membaca. Haha, okay. Korang pernah jadi pemimpin? Atau dipaksa jadi pemimpin? Kalau tidak, takpe tapi bagi yang pernah. Meh sini aku nak share something yang aku baca dari sebuah buku. But first of all, korang kena reset minda supaya tidak melekat dengan mana² ideologi politik atau anasir luar. Cerita sini, habis sini, alright?

Menjadi ketua ini bukanlah susah sangat tapi kalau menjadi pemimpin yang disukai ramai memang agak susah sebab kita tak akan mampu mengikut rentak hati semua orang yang kita pimpin kerana kemampuan kita ada hadnya. Dalam organisasi, kita mesti nak ada seorang ketua yang best dan bukannya pandai mengarah itu dan ini sahaja kan. Ada orang yang lahir dengan sifat kepimpinan dalam diri dan ada yang melalui proses penggilapan bakat. Masing² ada laluannya tersendiri tapi yang pasti, setiap orang adalah pemimpin dalam diri masing².

Para pemimpin yang hebat memang memiliki naluri mengambil keputusan. Mereka telah berulang kali melakukannya, mereka menjadi tegal terhadap tekanan dan amat teliti dalam proses pengambilan keputusan yang paling penting dan berstrategi. Inilah mengapa para eksekutif senior selalu berkata, mereka memil “firasat” dalam mengambil keputusan sukar dalam waktu cepat d.

Berikut adalah 13 ciri kepimpinan yang perlu diberi perhatian.

1. Membuat orang lain selesa untuk terus terang
Kita sering melihat pemimpin yang terasa “seram” kerana jawatan dan kekuasaan mereka. Nah, pemimpin yang hebat mampu mengalihkan perhatian terhadap diri mereka, dan mendorong orang lain untuk menyuarakan pendapat. Mereka mahir dalam membuat orang lain selesa untuk terus terang dan berbagi pandangan. Para pemimpin hebat juga mampu menciptakan suasana yang ramah dan akrab.

2. Membuat keputusan
Pemimpin hebat adalah pengambil keputusan yang tepat. Mereka mampu melakukannya dengan memfasilitasi dialog, agar para kolega dapat meraih kesimpulan strategis, atau mereka bisa melakukannya sendiri. Mereka fokus “membuat sesuatu terwujud” sepanjang waktu — sebuah pengambilan keputusan yang menyuburkan kemajuan perusahaan. Para pemimpin sukses tidak membuang-buang waktu di masalah yang mengganggu momentum. Mereka tahu caranya mengambil 30 keputusan dalam 30 menit.

3. Komunikasi bermatlamat
Pemimpin hebat juga kemahiran komunikasinya, dan ini sungguh terasa ketika mereka sedang berucap mengenai “target kerja”. Mereka mengingatkan anak buah mereka tentang nilai-nilai perusahaan dan target - memastikan visi mereka benar-benar dapat difahami dan diterjemahkan dalam langkah yang nyata.

Saya pernah punya seorang bos yang sering mengutarakan katat² berharapan dia terhadap bawahannya. Kesannya aku mampu fokus dan tetap berjalan mengikut rentaknya. Prosedur sederhana yang dia lakukan iaitu menyampaikan harapan - terbukti meningkatkan motivasi dan membantu kami mengetahui siapa saja di antara rakan² yang tidak dapat memenuhi standard.

4. Simbol synergy orang untuk berfikir
Pemimpin hebat memahami kemampuan serta kelemahan anak buah mereka. Mereka membantu anak buah untuk berfikir dan membantu mereka untuk mengembangkan potensi diri. Jenis pemimpin seperti ini amat diperlukan dalam mendorong perkembangan orang bawahan, sehingga orang tidak mudah terlena serta terus berkembang.

Jika kita tidak berfikir bererti kita tidak belajar perkara yang baru. Jika kita tidak belajar, bererti kita tidak berkembang — dan lama-lama kita akan jadi tidak penting di pekerjaan.

5. Menjadi contoh
Menjadi contoh bunyinya agak remeh, tapi kenyataannya banyak pemimpin yang gagal dalam hal yang satu ini. Nah, pemimpin hebat memberi dan melaksanakan contoh yang mereka berikan. Mereka tahu bahawa mereka diamati sentiasa oleh bawahan.

6. Mengukur dan menghargai kerjaya
Pemimpin hebat selalu punya “denyutan nadi” terhadap kerjaya bisnes dan orang-orang yang bekerja keras. Mereka tidak hanya memperhatikan angka-angka, tapi juga secara aktif menghargai kerja keras orang lain walau apa pun hasil akhirnya. Pemimpin hebat tidak akan pernah sebelah mata memandang pegawainya yang bekerja keras demi menjaya sesebuah projek.


7. Membina pasukan terbaik
Para pemimpin hebat tahu dengan sebenar2nya kemampuan orang bawahan mereka. Sehinggakan mereka sangat cermat dalam menentukan “formasi pemain” pasukan mereka. Mereka mengetahui pegawai mana yang harus ditugaskan dalam mengatasi situasi tertentu.

8. Bertanya dan mencari nasihat
Pemimpin hebat akan melemparkan pertanyaan dan mencari nasihat setiap waktu. Dari luar, mereka seperti sudah mengetahui segalanya. Tetapi dari benak hati yang dalam, mereka sebenarnya haus pengetahuan dan selalu mencari cara mempelajari perkara baru kerana mereka ingin meningkatkan kemampuan mereka dengan nasihat orang lain.

9. Mengatasi masalah, tanpa berlengah
Pemimpin hebat akan segera mengatasi masalah langsung ke akar umbinya. Mereka tidak menunda-nunda masalah. Kalau ada masalah, mereka juga tidak cemas atau kelam kabut. Mereka tahu bahawa orang mampu maju bila melakukan hal yang orang lain tidak suka.

10. Energi dan perilaku positif
Pemimpin hebat mampu mencipta budaya kerja yang positif sehingga anak buah mereka bermotivasi untuk terus bekerja. Mereka disukai dan dihargai. Mereka tidak mahu momentum terganggu akan kegagalan.

11. Menjadi guru
Banyak pegawai mengeluh, bos mereka tidak mahu lagi mengajar mereka. Tetapi pemimpin hebat tidak pernah berhenti mengajar orang bawahannya, sebab mereka sendiri juga kehausan pengetahuan. Pemimpin hebat akan meluangkan waktu untuk membimbing anak buah mereka serta membimbing pegawai yang memang terbukti mampu untuk maju.

12. Memperkukuh hubungan
Pemimpin yang hanya tidak hanya fokus mempertahankan “kerajaannya” sebaliknya, mereka mengembangkan wilayah dengan memperkukuh hubungan yang saling menguntungkan. Pemimpin hebat membahagikan hasil kejayaan mereka untuk menciptakan momentum dengan mereka yang ada di sekeliling.

13. Menikmati tanggung jawab
Pemimpin hebat memang menyukai tugasnya sebagai pemimpin. Bukan kerana jawatan atau kuasa yang mereka ada, tapi kerana impak bermanfaat yang mampu mereka sumbangkan. Bila kita sudah meraih kedudukan senior, ini bermaksud kita harus melayani orang lain dan kita baru boleh melakukannya dengan sebenar-benar kegembiraan bekerja.


Begitulah 13 perkara yang perlu ada pada setiap pemimpin. Pemimpin bukan hanya seseorang yang mampu memberi arahan semata tetapi juga bekerja bersama pengikutnya. Macam mana? Macam mudah je..macam kacang je. Hahaha, trademark Syasa. Apa² pun beringatlah selalu bahawa setiap kelakuan kita di dunia ini akan dihisab lebih² lagi bila kita menjadi pemikul amanah orang bawahan kita. Renung²kan dan selamat beramal

Harus diingati bahawa perkongsian itu satu amalan yang baik. Sebarkanlah, hehe :)

Sunday, November 17, 2013

JALIN III Siri III 2

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Selesai jugak akhirnya program JALIN III berakhir juga. Setelah berlangsung selama 4 hari berturut², macam² perkara baru yang aku belajar daripada program kali ni. Komunikasi yang berkesan sangat penting dalam mana² event. Kali ni kerjasama bersama Kolej Ungku Omar aka KUO. Masalah tetap akan terjadi dalam apa jua program tetapi kalian memang terbaik. Tahniah.

Berikut adalah gambar sekitar majlis penutup program JALIN III. Have a look.

 Ini menjadi adat bagi seluruh kehidupan manusia hari ini iaitu dalam mana² program, jumlah pelajar lelaki yang hadir sangat tidak handsome berbanding kehadiran pelajar perempuan. Bukannya budak lelaki tak ada tapi masing² malas dan mungkin sangat busy dengan assignment masing² kot. Bersangka baiklah. Hehe.


 Kalau nak diikutkan memang aku taknak join program ini berikutan timbunan kerja² yang perlu disubmit dalam minggu ini juga. Ditambah tekanannya bila aku berada dalam AJK Protokol. Uh, protokol. First thing in my mind was "Ah, its gonna be problem for me". Korang tahu kan kerja protokol tu apa? Call VIP, follow up VIP, berhubung dengan semua unit yang terlibat dalam tu dan semuanya agak menyusahkan. Itu semua apa yang aku gambarkan, tapi alhamdulillah hakikatnya tidak begitu teruk dan its fun actually. Tapi tak seseronok unit aktiviti la. Hehe.




Perasmian kali ini dilaksanakan oleh Timbalan Naib Censelor UPSI sendiri. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama semua dalam menjayakan program kali ini. Rasanya boleh buang dah segala perspektif tentang kerjasama bersama kolej lain mendatangkan lebih banyak masalah daripada penyelesaian. Its okay kalau ada kerjasama antara kolej lagi, boleh diusahakan. Banyak pengalaman manis dalam program dan ini antara yang terbaik. Tahniah Encik pengarah program.

Note : Lebih banyak gambar gadis dari lelaki dalam ni sebab photographernya adalah gadis dan bukan aku. Hehe.

Friday, November 15, 2013

Humanity Value

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu yang penuh kemalasan, bangun pagi, solat subuh kemudian panjat semula katil dan tarik selimut sambung tidur. Jangan tidur perbuatan yang sangat tidak sihat ini kerana waktu subuh dah selepasnya adalah waktu yang mendatangkan rezeki yang melimpah ruah. Sebab itu barang siapa yang telah bangun untuk menunaikan solat subuh pada waktunya akan terasa lebih kesegaran berbanding mereka yang menunaikan solat subuh lewat. Mahal rezeki.

Okay, television. Berapa kerap kalikah kalian tengok TV dalam sehari? Okay, dalam seminggu atau sebulan la, berapa kali rasanya. Selalu? Sangat jarang? Kalau siapa yang sangat jarang tu, kita boleh jadi geng. Sebenarnya aku memang tak minat tengok TV sejak beberapa tahun kebelakang ni. Bukanlah sebab tak ada masa tapi macam tak best saja. Kalau orang lain ada astro dirumah dan boleh duduk berjam-jam di hadapan TV tu, aku tak larat sangat la. Tak dinafikan banyak program menarik seperti Majalah Tiga ataupun mana2 dokumentari tapi kalau di TV macam banyak tak best dari best.

Panjang betul mukaddimah aku. Haha, aku buat ringkasan sikit la. Taufan yang melanda Filipina baru baru ini memang memerlukan perhatian yang agak serius daripada masyarakat dunia. Serius, ini bukan benda main2. Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi kelmarin dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi kelmarin waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis. Korang baca tak tu? Terkuat di dunia. Bukan calang2 bencana alam ini. Takziah kepada mangsa bencana alam ini. Berita ini membawa aku kepada satu artikel yang ditulis orang sesorang yang tidak dikenali, katanya di negeri ini berlaku akibat daripada kerajaannya yang rakusnya memusnahkan masjid2 di dalam kawasan itu. Mereka menghancurkan rumah Allah dan Allah menghancurkan negara mereka. Angin ribut, tsunami dan segalanya adalah menurut kehendak Allah.

Musibah ini turut mengingati aku mengenai cerita National Geography mengenai teknologi di Jepun yang mana scientist diaorang dengan angkuhnya mengatakan teknologi ciptaan mereka mampu menangkis bencana taufan dan tsunami. Apabila datangnya tsunami pada tahun lalu semua teknologi diaorang yang kononnya dapat mengatasi bencana tsunami tidak langsung dapat menghalang kuasa allah s.w.t. sampaikan satu rektor nuklear meletup. Sekarang kawasan letupan nuklear sudahpun menjadi padang jarak padang terkukur selama lebih 20 tahun. Bila manusia angkuh pada Dia Maha Mencipta dan Menghancurkan.

 Isu bencana alam ini dimainkan begitu kencang sehingga seakan melenyapkan cerita penderitaan manusia di negara2 Asia barat. Palestin, Syria, Mesir, Kashmir, Afganistan, Iraq dan lain2 negara umat Islam yang tertindas. Sekiranya anda seorang yang tegar mengikuti perkembangan semasa dunia islam ini, anda akan menitiskan air mata di mana mereka mengalami kongkongan dahsyat dari musuh2 Allah. Mereka dibunuh setiap hari, bekalan makanan, air dan elektrik telah disekat dan setiap 15 saat, seorang demi seorang rakyat menjadi pelarian.

Kita di Malaysia, bumi yang aman ini telah diberi pelbagai nikmat tapi sering terlupa untuk bersyukur. Bukanlah bersyukur hanya melafazkan ucapan syukur saja tapi juga dalam amalan seharian. Banyak makanan dan minuman, dibazirkan begitu sahaja. Ini sangat menyedihkan. Sedangkan peminjam PTPTN pada hujung semester pun dah terasa sesaknya, inikan lagi negara yang telah difatwakan kucing boleh dimakan dengan alasan darurat mengelak kebuluran. Bunyi macam mudah saja tapi kita tak pernah berada di tempat mereka. Andai ditakdirkan Allah, satu hari nanti kita mengalami keadaan sebegitu (Nauzubillah) Mampukah kita meneruskan kehidupan tanpa menyalahkan takdir Allah?

Apakah masih ada harapan bagi mereka mengecapi keamanan seperti kita? Berdoalah untuk mereka.

Wednesday, November 13, 2013

JALIN III Siri III

Ahlan wasahlan marhaban bikum.. hari ni bermula orientasi kolej bagi pelajar diploma ambilan November. Baiklah, untuk kali kedua bekerjasama dengan kolej lain dalam satu program yang biasanya akan menjadi masalah tapi kali ni alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan baik dan segala pujian bagi Nya jugalah kami mampu bersama dalam satu program.

Rasa aku adalah sesuatu yang baru bagi budak diploma baru ni sebab ada antara mereka memang pelajar lepasan SPM. Masa pengenalan program tadi segalanya berjalan dengan baik dan para pelajar turut memberi reaksi yang baik bagi setiap aktiviti, thanks a lot to AJK Aktiviti jugak. Mereka terpaksa mengerah suara merdu masing-masing (merdu ke? Haha) dalam menggerakkan pelajar supaya aktif. Syabas diucapkan, kalian memang terbaiklah.


Tadi sempat aku berbual2 dengan beberapa orang peserta dalam program tadi. Dan salah seorangnya membahasakan diri 'aku kau' dengan aku. Aku takdelah kesah sangat tapi bagi junior baru, agak sesuatu yang janggal la. Aku pun selidik la latar belakang dia, borak2 sikit dengan dia. Rupa2nya dia merupakan pelajar lepas Diploma UiTM dan masuk ke UPSI untuk diploma kedua. Aku tanya dia juga, kenapa tak sambung degree saja? Dia dengan nada sedikit pasrah katanya tak dapat sebab pointer dia taklah begitu bagus. Tapi serasa aku, 2.70 tu tidaklah teruk sangat sebab ramai saja yang dapat kurang daripada tu. Mungkin kerana persaingan atau kesilapan dia masa memilih jurusan kot. Kiranya dia sebaya atau lebih tua dari aku la ni. Haha *terasa muda semula.

Okay, balik kepada tajuk aku. JALIN ini merupakan satu legasi biasa bagi kami untuk meraikan pelajar baru bagi kolej kami, kolej lain tak tahu la. Peserta kali ni aku tengok, ramai jugak kacak2 dan cantik2 belaka. Interviewer tu memang pilih yang kacak dan comel je ke? Haha. Entahlah. Program JALIN ini dimulakan dengan solat berjemaah yang diimamkan tadi oleh YDP KUO. Not bad bacaan dia sebenarnya. Well, macam mana biasa, sesi Ice Breaking then pengenalan MMK dari kedua-dua kolej. Nak cerita apa lagi ea? Okay blur sudah. HAHA.


Merujuk gambar diatas, gadis ni sangat pandai melukis, serius aku kagum. Kalau nak ikutkan aku memang takda masa nak update blog ni sebab esok aku ada presentation dan kena submit assignment Oh My!! tapi in shaa Allah, doakanlah yang baik buat aku ye. Sekarang nak ikutkan dah pukul 2.37 pagi dan aku masih ligat dengan blog ni, ya Allah gatal sungguh tangan nak mengupdate walaupun hakikatnya takda pembaca. HAHA.Semoga kita bertemu lagi dalam episod seterusnya (kalau aku rajin la, hihi)

*post ini ditulis sambil ditemani teh o panas dan maggi big curry. Hehe.

Tuesday, November 12, 2013

Next Learning

Assalamualaikum dan hai, apa khabar semua. Aku harap kalian semua berada dalam keadaan yang baik² saja dan harap lebih baik dari biasa dengan izin Nya. Em, pejam celik pejam celik dah sampai minggu ke 9 rupanya aku dalam semester ni dan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum final exam. Kali ni aku nak berceloteh tentang akademik. Next semester aku terpaksa mengambil subjek minor.

Sejujurnya agak malas aku mengambil minor ni walaupun katanya ia akan membantu masa depan terutama dalam proses interview nanti tapi aku rasa yang sedia ada dah cukup berat dah. Hahaha, dasar kemalasan mengkaji ilmu baru. So sekarang ni aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan telah mengambil subjek minor aku iaitu Pendidikan Kesihatan.
Oh, wait... What? Pendidikan kesihatan? Yup, betullah tu cumanya pendidikan kesihatan ini bukanlah bermaksud jadi nurse, ia bidang lain walaupun macam sama.

So, lets see apa yang aku ambik untuk semester depan.

CSG2081              Hoki Dewan

KPP3014               Pembelajaran Dan Perkembangan Pelajar

QSI3051                Bola Jaring          

QSI3111                Golf

QSI3161                Futsal

QSI3201                Bola Baling

QSM3012             Pengurusan Sukan dan Rekreasi

QSM3022             Kepegawaian Sukan dan Rekreasi

QSP3012              Psikologi Sukan                

QSU3063              Biomechanics 

Ini sebenarnya belum masuk beberapa subjek minor lagi. Its gonna be tough semester dan aku tak tahu sama ada aku mampu mengekalkan atau meningkatkan kecemerlangan aku dalam exam nanti. Cuba korang tengok tu, nampak tak sukan yang aku ambik. Golf dan Bola Jaring. Hahaha, sebenarnya agak kelakar jugak bila fikir balik kenapa aku daftarkan diri untuk subjek ni sebab aku tak pernah main lagi game ni. Yang lain tu mungkin biasalah.

Killer subjek yang akan aku hadapi semester depan, psikologi sukan dan Biomechanics. Dengarnya ramai yang fail subjek ni tapi aku harap itu sekadar berita yang bertujuan menakutkan saja dan bukannya yang betul². Mungkin aku boleh lakukannya tapi aku mengharapkan doa daripada kalian agak aku mampu menjalaninya dengan lebih baik. In shaa Allah :)