Telah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Juga telah
tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak
siapa di antara kita yang tahu..Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini..
Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan..
Aku bukanlah lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf,
bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang
Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku,
pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada
anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah
hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita
pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali
dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi
seluruh alam..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau
akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup
pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya
untukmu.
Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ?
Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang
suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya
belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu,
pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan
seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan
padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata
indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak,
yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku.
Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini.
Maafkan aku..
Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang
lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya
untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab
Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati
yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di
hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan
untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya..
Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada
orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya
milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku
tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita..
Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di
mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau
juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang
bertopengkan manusia ?
Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai
mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku
dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka
dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ?
Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau
membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati
ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini
tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan
paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan
harta bertimbun darimu, biarlah ianya semuabersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan.
Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke
Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama
sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat
berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa
Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith
dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama.
Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua
itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan
semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku
menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi
semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini
sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai
Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman
bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang
bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku
tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika
hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik
hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu
sebelum akad.
Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku
adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang
halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang
paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda
lagha.
Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu
kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa
bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan
kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat
sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu
jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia
menerimamu.
Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul
menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau
pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga
memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama
memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi.
Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik.
Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang
tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi,
kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?
No comments:
Post a Comment