Wednesday, February 19, 2014

Proud of Yourself

Assalamualaikum,
Memang seharusnya kita mulakan setiap perbualan atau ucapan kita dengan salam kerana menurut Sheikh Yusof Al Qadrawi, tiada perkataan lebih baik untuk memulakan perbicaraan selain salam. Okay, hari ni aku belajar sesuatu yang baru. Belajar untuk memahami manusia dalam erti kata lebih jelas.

Tidak dinafikan setiap daripada kita mempunyai rakan atau kita sendiri yang sering membanding kebaikan diri dengan orang lain. Minta dijauhkan. Aku sendiri kadang2 terlupa dan berbangga dengan segala nikmat yang Allah beri. Selalu rasa diri sudah cukup dengan setiap sesuatu sedangkan kita sebenarnya tiada apa2 disisinya. Saat kita berasa bangga itulah ujian kita. Aku bukan mufti, aku bukan ustaz dan aku juga bukanlah sesiapa yang mahu menasihati orang tentang ini dan itu. Tapi aku seorang muslim yang cuba menjadi muslim yang lebih baik. Dan berpesan-pesan kepada kebenaran itu adalah tanggungjawab seorang muslim.

Aku selalu terleka dalam permainan dunia. Selalu berkata perkara yang sia-sia, selalu merasakan diri cukup dengan segalanya. Ternyata jelas bahawa aku silap, silap besar kerana kita takkan pernah cukup jika tidak kerana adanya Allah. Aku masih teringat pesan seorang sahabat kepada aku, pesan sahabat :

Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.
Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.
Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.
Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.
Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.
Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.
Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.
Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI..

Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.
Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

Nak jadi baik memang mudah tapi sangat sukar untuk istiqmah. Mohon kalian doakan aku untuk menjadi muslim yang lebih baik. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment