Friday, February 21, 2014

Pena Pemandu

Aku menulis. Penulisan aku biasanya adalah berdasarkan gerak hati aku dan apa yang aku tulis adalah luahan bisu hati aku. Pepatah melayu 'rambut sama hitam, hati lain lain' memang tepat diutarakan dalam situasi aku kali ni. Bila mana kita bersendirian, kita akan lebih tenang dengan menulis.

Pernahkah anda menghilang sesuatu benda atau perkara yang penting dalam hidup anda? Mesti ada. Tapi bagaimana pula sekiranya anda menghilangkan harta benda yang dianggap sangat penting dalam hidup orang lain. Contohnya macam kertas kerja mereka, atau sesuatu macam itu. Sejujurnya, rasa bersalah itu meluap luap macam gunung berapi nak meletup. Ya Allah, hanya Dia saja tahu perasaan aku bila bertemu dengan dia.


Bila bertemu muka, dia memang tidak bersuara tapi dalam nota media, dia meluahkan sendiri. Salah aku. Kecuaian aku menyebabkan dia kehilangan maklumat penting yang dia kumpul. Ya Allah, aku tak tahu macam mana nak ganti barang tersebut. Sebenarnya bukan pendrive itu sahaja, tapi barang yang hilang termasuk beg laptop, hard disk dan buku hadiah ulang tahun aku.

Tapi kehilangan barang sendiri dengan menghilangkan barang orang lain sangat berbeza. Puas sudah aku mencari, disetiap tempat dalam lipatan ingatan aku dicari. Sayangnya, aku tak jumpa. Tapi aku takkan berputus asa. Kesiankan kawan aku seorang tu. Mesti banyak kerja dia tertangguh kerana kecuaian aku. Maafkan aku, akan cuba juga mencari setiap sesuatu yang hilang itu. Andai kata ada sesiapa yang terambil, mohon doakan agar dibuka pintu hati untuk dia memulangkan semula,

Okay, touching sikit.

No comments:

Post a Comment