Monday, February 17, 2014

Chapter 3.. Action!

Assalamualaikum to all my readers. 

Tekanan, tekanan dan tekanan. Aku pernah diingatkan tentang ini "Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, kita memerlukan tekanan untuk mendesak kita melakukan sesuatu dengan cepat dan tepat kerana tanpa tekanan, kita akan sentiasa berlengah dalam zon selesa." 

Pengalaman mengajar aku untuk teruskan bergerak walau apa jua posisi kita ketika ini. Memang kalau nak diikutkan, kita semua memiliki sifat malas cuma bezanya macam mana nak atasi sifat malas tu. Serius aku kata, aku seorang yang kurang rajin buat kerja. Kerja yang bukan bidang aku dan bukan kerja aku, dalam bahasa mudah buatkan kerja orang lain. Aku terpaksa mengakuinya walaupun perit. Sleeping partner dalam kumpulan yang menyebabkan banyak kerja tertangguh. Tapi apa yang sudah itu sudahlah.

Sekarang sudah bermulanya semester baru. Untuk semester ni, aku berazam untuk mendapatkan semula pointer aku yang hilang. Target aku adalah 3.85. In shaa Allah, aku mampu buat dan dapatkannya. Cuma aku risaukan satu subjek ni. Subjek killer dalam fakulti aku di tambah lagi dengan pensyarahnya yang sangat amat tegas dalam segala aspek, buatkan ramai terpaksa repeat paper dia. Biomechanics. He talked about math, physic and biology yang mana aku tak mahir dalam subjek ni. Okay, ni subjek yang aku ambik dalam semester ni.
Teori, teori, teori. Lab and practical. Kata orang, dalam fakulti aku untuk mendapat dekan adalah mudah tapi kata aku, cuba masuk dalam fakulti kami dulu dan belajar. Kalau anda seorang yang cepat dapat dan fittness dalam kondisi terbaik, mungkin mudah.

“Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.” (HR. Ar-Rabii’)

Semester ni, aku tekad untuk tidak memegang apa2 lagi jawatan dalam kelas sebab nak fokus study. Targetnya begitulah. Kita datang ke Universiti bukanlah untuk mengejar nama atau pangkat tapi kita bawa harapan ibu bapa yang menggunung untuk melihat kita berjaya. Setiap kali aku rasa malas, aku akan melihat pada gambar kedua ibu bapa aku dan dengan cara itu memotivasikan diri aku. No women, no cry. Memang seronok kalau kita digilai atau dikelilingi gadis tapi kalau kerap melayan atau belajar dalam kumpulan macam tu, yang melebihkan pergaulan dari ilmu dan tidak menjaga ikhtilat, aku takut berkat ilmu itu akan hilang. Mungkin akan dapat jugak A dalam peperiksaan tapi A yang kosong, takda maksud di sisi Allah.

Aku tak kesah pun kalau terpaksa mematikan handphone kalau handphone itu mengganggu tapi atas dasar kerja dan komitmen, in shaa Allah aku cuba uruskan sebaiknya. Aku pun sebenarnya cukup bersyukur kerana dihadirkan dalam keluarga Sinergi, Majlis Mahasiswa Kolej Kolej Harun Aminurrashid. Rasa aku, mereka seakan lebih memahami aku berbanding dengan rakan aku yang lain, mungkin kerana kita banyak habiskan masa bersama. Perkara utama kenapa aku disini adalah kerana ilmu. Thanks to Allah for everything.

“Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Muslim)

Aku juga kerap melakukan dosa dan jika dosa itu berbau, nescaya takkan ada sesiapa yang mahu mendekati aku. Semoga Allah memudahkan urusan aku disini. Amin.

No comments:

Post a Comment