Assalamualaikum, sekejap saja dah masuk semester baru 2014 ni. Waktu berlalu sangat pantas sampaikan macam perkara berlaku minggu lepas macam baru berlangsung semalam. Terlalu banyak perkara untuk dikejar, digapai dan digarap. Meningkatkan iman sendiri dalam kala kita selalu terlupa.
Melihat pointer aku kini, terdetik beberapa penyesalan dalam hati tapi bukanlah bermaksud tidak bersyukur. Alhamdulillah cuma kalau aku berusaha sedikit lebih, mungkin aku akan dapat yang lebih baik. Its okay, apa yang sudah tu sudahlah. Tulisan aku pagi ni macam emosi sikit la. Acah2 serius meleleh air mata begitu, hahaha. Joking..
Sebenarnya aku nak berkata tentang kasih sayang. Diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Which one come first? Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan. Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik.
Setiap individu, kelompok pasti ada titik butanya masing-masing. Apa
yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala
ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain. Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan
lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.
Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam
berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.
Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang
sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang
yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih sayang kita dapat
mencari kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah
hujah, asalkan ‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia ’dont care
how much you know untill the know how much you care’.
Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap
meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita,
seharusnya dapat dielakkan. Kekadang saya melihat, soal peribadi sudah
mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian
bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding
orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan
yang lain.
Pandanglah manusia lain dengan pandangan sayang. Semua muslim
bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati
mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana
saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih sayang. Jika mereka
bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih sayang kita.
Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.
Kesukaran mendidik diri sewajarnya meningkatkan kesabaran kita mendidik
orang lain. Jangan kasar. Jangan marah. Perlembutkan bahasa, lunakkan
sentuhan dengan kemukakan hujah secara ilmiah dengan bujukan dan kemesraan.
Begitu Rasulullah saw mengajar kita. Yang benar, mesti diperjuangkan
secara yang benar juga. Kesalahan orang lain, jangan diledakkan di
khalayak ramai (termasuk laman sosial di internet) tanpa bersemuka
dengan yang berkenaan terlebih dahulu. Dan sebelum bersemuka, tanamkan
dalam hati iaitu aku berbuat demikian demi kasih sayang dan cintaku kepada
saudara muslim ku.
Siapa yang mencari kebaikan, akan bertemu kebaikan. Orang yang baik
berhak bertemu dengan orang yang baik sepanjang perjalanan hidupnya.
Sekalipun, dia bertemu dengan ‘orang yang jahat’ namun kebaikan jualah
yang akan dapat dirasai daripada kejahatan itu. Bukan soal siapa yang
kita temui, tetapi siapa kita ketika menemui mereka.
Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang
lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan
mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu.
Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik…
tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan
mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita
dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.
Insya-Allah, jika kita berani berbuat demikian, belenggu yang mengikat
hati dan diri kita akan terungkai. Kita akan terbang lebih tinggi
setelah belenggu itu terungkai. Dia pun akan melonjak lebih jauh tanpa
kehadiran kita di sisi. Begitulah, kekadang perpisahan itu lebih baik
daripada pertemuan… asalkan tidak ada permusuhan.
Apapun, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain kerana itu petanda kesempurnaan iman.
No comments:
Post a Comment