Februari merupakan bulan paling pendek dalam kalender masihi namun, ramai yang menanti kehadiran bulan ini kerana ada keistimewaannya yang tersendiri.
Tanggal 14 Februari, pasti tarikh yang akan sentiasa diingati dan akan
dipastikan diingati oleh mereka yang sedang hanyut dibawa arus percintaan nafsu
dunia. Tarikh ini dipopularkan oleh dunia barat sebagai ‘Hari Kekasih’ dan
turut mempengaruhi golongan muda terutamanya di Malaysia kita yang mudah
terpengaruh kerana kelemahan iman dan ketiadaan jati diri yang mantap serta
matlamat hidup yang jelas.
Sejak dahulu lagi, pasti akan ada orang yang menyambutnya walaupun tidak
sepopular di negara barat. Namun, jika dibiarkan akan merosakkan generasi Islam
di masa hadapan. Sedih hati ini, saban tahun kes demi kes pembuangan anak,
zina, rogol dan gejala maksiat lain semakin meningkat.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah ada yang saling
bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah,
mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari
besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam
dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga
sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri
demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak
ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
Apabila dilihatkan sambutan ‘Valentine Day’ ini lebih membuka kepada
jalan maksiat dan tidak langsung member sebarang mamfaat kepada umat Islam.
Ingatlah, Firman Allah:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Al-Israa’ : 32)
Jom kita meneliti sejenak asal usul ‘Valentine Day’ ini.
SEJARAH VALENTINE DAY
Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3
Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut
Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.
Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi
yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang
menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa
pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.
Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas
pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut
kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.
Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih
sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami
selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja
mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine
menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara
sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap
pendeta itu dan memenjarakanya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah
seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta
kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis
itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu
jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis
itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu
juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.
Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di
Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang
menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di
pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama
gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi
kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang
akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka pada ketika itu terus
mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut
nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan
sehingga melewati satu tahun.
Para pendeta memandang bahawa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah
orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan,
oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu
dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta
Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat
mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan
dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan
Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim
mengawan burung pada 14 Februari.
Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan
semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.
HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi
seluruh umat Islam.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan
Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan
tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud,
3512.)
KESAN
Apabila kita melihat apa yang berlaku sekarang, kesan negatif lebih
banyak daripada positifnya, bahkan boleh kita katakana tidak ada kesan positif.
Yang ada hanyalah memenuhi citarasa nafsu syahwat semata-mata. Antara
kesan-kesan yang mungkin boleh saya kongsikan ialah:
1. Membuka pintu maksiat seluas-luasnya. Apabila bertemu lelaki dan
perempuan, maka akan berlaku tarikan antara satu sama lain, syaitan akan
memberikan bisikan untuk melakukan kejahatan. Hadis Nabi SAW yang bermaksud
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana
Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad,
1/18)
2. Merosakkan generasi akan datang. Ini kerana pemuda hari ini merupakan
pemimpin akan datang. Bila mana pemuda pada hari ini telah rosak akidah dan
akhlaknya, maka ia kan membentuk satu generasi yang rendah akhlaknya dan lemah
jati diri. Lihatlah bagaimana keadaan pemuda zaman sahabat, tabi’ dan tabi’
tabi’in. Mereka adalah pemuda yang tinggi imannya dan mulia akhlaknya sehingga
lahirlah generasi yang hebat selama beberapa kurun.
3. Kejayaan orang kafir. Sambutan yang hangat di kalangan belia Islam
terhadap perayaan ini secara tidak langsung sebenarnya telah menunjukkan
kejayaan mereka menyerang pemikiran belia Islam pada hari ini sehingga belia
kita lalai dengan kecintaan dunia sehingga melupakan tanggungjawab sebagai
muslim yang sebenar.
Selain daripada kesan-kesan di atas, sambutan ini juga sebenarnya boleh
merosakkan hubungan kekeluargaan dan berlaku pembaziran. Ini kerana si anak
sanggup menipu ibu bapa semata-mata untuk berjumpa dengan kekasih mereka. Dan
jika berlaku kelahiran luar nikah, maka keluarga tersebut akan menanggung besar
dan mungkin boleh membuang anak tersebut. Selain itu, duit yang banyak
dihabiskan semata-mata untuk membelikan hadiah kepada kekasih semata-mata untuk
membuktikan kesetiaan mereka terhadap pasangan.
Sememangnya terlalu banyak sumber yang boleh dirujuk berkenaan dengan Valentine Day ni cuma pada asasnya, ini memang bercanggah dengan islam. Tak sweet la kalau macam tu kan :)
No comments:
Post a Comment