Tuesday, February 25, 2014

Sungguh aku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga berada dan dalam kesihatan yang baik dan bagi yang tidak sihat mungkin itu adalah tanda kasih sayang Allah dalam menghapuskan dosa-dosa kita semua, in shaa Allah. Penulisan ini merupakan respon kepada satu soalan kenalan aku.

"Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"

Mungkin ungkapan ini sesuai dengan situasi bagi mereka yang telah menemui seseorang atau mungkin bukan juga seseorang tetapi yang cukup istimewa untuk di jadikan sebagai peneman hidup di dunia mahupun akhirat. Bercerita tentang jodoh dan takdir, memang itulah persoalan yang kerap bermain dalam fikiran kala usia menjelang 20-an ini. Ramai sudah kenalan, sahabat yang telah selamat akad dan in shaa Allah, semoga berbahagia berumahtangga bersama insan yang tersayang.

Kalau kita lihat pada fenomena anak muda sekarang, ramai sangat yang bercinta tetapi sejauh mana mereka faham tentang istilah cinta itu sendiri. Adakah bercinta itu hanya terhad pada dua insan yang saling berbalas perasaan sayang? Mungkin bagi mereka cinta itu dianggap sebagai satu kepuasan bagi diri mereka untuk melepaskan segalanya tanpa menghiraukan hukum hakam Allah SWT.

Mungkin juga sekarang ramai remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Ya tidak, bercinta memang tidak salah kerana ia adalah fitrah semulajadi yang Allah telah kurniakan kepada setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Tetapi mestilah disertakan dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan  oleh Allah SWT.

Bagi orang yang pernah bercinta dengan mengikut nafsu mungkin Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta mereka dengan menafikan peraturan Allah dan ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah.


“Jangan bercinta dengan seseorang perempuan/lelaki itu jika bukan berniat untuk mengahwininya”

Apa yang boleh aku faham di sini, cinta itu tidak salah jika berada pada landasannya. Hendaklah cinta kita itu berdasarkan kepada cinta Allah. Maksudnya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepadanNYA..
  
Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang sedang bercinta aku harap cintailah seseorang itu dengan niat untuk mengahwininya. Pesan seorang guru, jangan risau walau usia masih muda mungkin ada yang merungut kami belum ada rumah, kereta, kerja? Masih belajar tetapi  ingatlah rezeki Allah ada dimana sahaja. Jika kita melaksanakan hakNya, in shaa Allah, aku yakin Allah akan permudahkan kita semua. Selain itu, kita bebas mencintai sesiapa pun yang kita mahu, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Tapi kalau ditanya tentang bila aku mahu ke arah itu, in shaa Allah, selepas aku bersedia dengan iman dan amal.

Akhir kata, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah tetapi jika perempuan / lelaki itu bukanlah seseorang kita yang kita cintai selama ini, redha lah dengan ketentuanNya. Mungkin Dia ingin memberikan orang yang lebih baik untuk kita. Kita cuma merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah DIA.

Ya-Allah...
andai dia jodohku tunjukkn aku jalan agar dia menjadi milikku
andai dia milikku Kau sabarknlah hatiku
 andai dia jodohku Kau tetapknlah imanku

andai dia bukan jodohku, kau hilangkanlah segala kenangan bersama si dia agar ku setia pada yang satu...
andai perpisahan adalah yang terbaik buatku
Kau peliharalah dia 
Kau pertemukanlah dia dengan orang yang terbaik buat dirinya,
yang akan menjaga iman dan amal dia selalu.

 Sekadar perkongsian bersama. Peace yo :3

No comments:

Post a Comment