Thursday, February 27, 2014

Let It Burn


Pernah tak korang rasa marah? Atau rasa nak marah akibat apa apa perkara? Mesti pernah kan. Kita sebagai manusia biasa takkan terlepas dari godaan Syaitan yang sering kali meniupkan api kemarah dalam diri kita walaupun perkara tersebut perkara remeh. Penulisan aku kali sebab aku marah. Aku jarang marah tapi bila aku marah mesti bukan kerana perkara remeh.

Alhamdulillah, Allah masih lagi mengurniakan aku kesabaran untuk mengatasi masalah yang mendatang. Thanks to Allah juga sebab menciptakan aku bukan dengan sifat panas baran. Aku bukanlah baik sangat pun, pernah saja pukul orang, hehe. Serius, tapi itu dulu. In shaa Allah takkan berlaku lagi. Alright, we try make it simple. Pengalaman menjadi guru dua tahun lepas mengajar aku banyak perkara. Bagaimana seorang pendidik mahu menahan kemarahan apabila anak didik mereka melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Then, minggu ni merupakan minggu paling sibuk dalam bulan ni rasanya. Terlalu banyak perkara perlu diselesaikan dalam minggu ni. Stress, tension ditambah dengan masalah masalah lain, buat aku rasa berat dengan bebanan. Allah. Tak tipu, berat sungguh. Jadi untuk release tension aku online facebook mencari bahan yang menarik untuk simpanan sendiri, aku terjumpa tips ni. Guess what? Hehe, keep calm and let it burn.

CARA-CARA MENGATASI MARAH.

1). Mengucap ‘Auzubillahi minasy syaitanir rajiim

Terdapat dua orang yang saling caci mencaci disekitar Nabi s.a.w sedang kami duduk bersama Nabi, salah seorang daripada mereka berdua mencaci seorang lagi dalam keadaan marah, sehingga wajahnya merah, maka Nabi s.a.w bersabda:

إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang seandainya dia (lelaki yang marah itu) menyebutnya nescaya akan hilang apa yang terdapat pada dirinya (marah), iaitu sekiranya dia mengucapkan A’uzubillahi minasy syaitannir rajim (aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk).” Maka para sahabat bertanya kepada lelaki tersebut: Adakah kamu tidak mendengar apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w?

Lelaki itu menjawab: Sesunggunya aku bukanlah gila. (hingga tidak mendengar – pen) (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, lafaz dalam riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya marah yang bukan kerana Allah itu adalah dari hasutan syaitan, oleh kerana itulah disarankan bagi orang yang marah untuk dia memohon perlindungan (kepada Allah) dengan mengucap a’uzubillahi minasy syaitannir rajiim, kerana dengan mengucapnya adalah antara sebab untuk menghilangkan kemarahan.

 2). Mendiamkan diri

Daripada Abdullah Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Yang bermaksud: “Ajarilah, dan permudahkanlah jangan kamu menyusahkan, dan sekiranya seseorang dari kalangan kamu marah hendaklah dia diam.” (hadis riwayat Ahmad)

Apabila seseorang sedang marah dan dia terus berbicara, nescaya itu akan menambah kemarahan dalam dirinya. Maka mendiamkan diri dan menjauhkan diri adalah satu jalan yang baik untuk meredakan perasaan marah yang timbul dalam diri seseorang itu.

 3). Mengubah kedudukan

Sabda Rasulullah s.a.w :

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ

Yang bermaksud: “Sekiranya seseorang daripada kamu marah sedang dia berdiri hendaklah dia duduk, sekiranya hilang kemarahan daripadanya, sekiranya tidak (hilang) maka hendaklah dia baring” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Ibnu ‘Aqil menyebut: Disunatkan bagi orang yang sedang marah itu mengubah kedudukannya, sekiranya dia dalam keadaan duduk hendaklah dia berdiri dan baring, sekiranya dia (marah dalam keadaan – pen) baring hendaklah dia berjalan.

 4). Berwudu’

Sabda Rasulullah s.a.w :


إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api, hanyalah api itu akan terpadam dengan (disirami) air, maka jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah dia berwudu’” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Syeikh Ibn Al-Utsaimin menyebut ada dua cara untuk mengubati perasaan marah, iaitu cara berbentuk percakapan (ucapan) dan perbuatan. Adapun cara mengubati berbentuk ucapan adalah, sekiranya seseorang itu merasa marah maka hendaklah dia menyebut a’uzubillah minasy syaitanir rajiim, sebagaimana anjuran Rasulullah di dalam hadis yang telah disebutkan. 
Cara mengubati berbentuk perbuatan adalah, apabila seseorang itu marah dalam keadaan dia berdiri hendaklah dia duduk, sekiranya dia dalam keadaan duduk hendaklah dia baring, kerana perubahan keadaan fizikalnya memberi kesan kepada perubahan batin, dan sekiranya masih tidak berkesan hendaklah dia mengambil wudu’, kerana sibuknya dia dalam berwudu’ akan melupakan perasaan marahnya, dan kerana wudu’ itu memadamkan kepanasan marah.

Sebagai kesimpulannya, ketahuilah dengan tidak mengawal perasaan marah boleh menimbulkan banyak implikasi dan kesan yang negatif, antaranya boleh berlakunya penceraian antara suami isteri, memutuskan hubungan silaturrahim, merosakkan hubungan kejiranan, memisahkan dan memutuskan hubungan persaudaraan, mudah mengeluarkan cacian dan kata-kata kesat dan sebagainya. Sedangkan menghindari perkara tersebut berlaku adalah amat dituntut dan merupakan satu kewajipan. Alangkah lebih baik kita mengambil sikap sabar dan mencari penyelesaian dengan cara yang baik dan lebih berhikmah. Nabi s.a.w telah mengajarkan kita sebagai umatnya cara untuk menahan dan mengawal perasaan marah, mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkannya.Renung renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment