Thursday, February 27, 2014

Tugas dan Keluarga

Assalamualaikum. Post kali ni agak sentimental sikit. Hahaha, takdelah. Still cerita kosong macam biasa, kalau korang dah siapkan assignment dan nak buang masa membaca, silakan. Lets the story begin with...

"Kamu balik tak minggu ni?"
"Maaf ibu, saya tak dapat balik lagi minggu ni sebab ada kerja yang perlu diuruskan dekat sini"
"Takpelah, ibu tahu kamu sibuk.. Jangan lupa solat, belajar rajin rajin dan doakan kami disini selalu"

Dapatkah korang bayangkan situasi ini berlaku? Si anak terpaksa menolak beberapa kali permintaan orang tuanya beberapa kali atas sebab kerja. Demi demi minggu, bulan berganti bulan. Anak tetap tidak pulang ke rumah walaupun untuk satu malam. Jadi persoalan yang ingin aku kongsikan disini adalah, manakah yang perlu anda utamakan dalam hal ini, kerja atau keluarga?

Kerap kali juga aku terdengar luahan kata ayat sebegini, "Nama saja budak Universiti tapi setiap minggu nak balik, macam budak sekolah" Sejujurnya aku 50-50 dalam kenyataan ini. Tak adil sekiranya kita hanya berfikir bagi pihak kita dan menyalahkan pihak dia. Cuba kita lihat persoalan ini dalam aspek lebih spesifik untuk mendapatkan situasi menang - menang. Pernah tak korang berada ditempat dia yang kerap balik tu dan tahukah korang apa yang dia alami. Mungkin dia terpaksa balik kerana ada urusan penting, ibu sakit atau apa sahaja. Kita yang tidak tahu ini cuma pandai mengata.

Jujur dari hati aku, berbanding menghabiskan masa bergembira dihujung minggu bersama rakan rakan. Aku lebih cenderung menghabiskan masa bersama keluarga sebab jatuh bangun aku pun atas sokongan mereka. Aku lebih suka duduk bersama keluarga walaupun tidak buat apa apa, mungkin sekadar menonton TV bersama. Melihat wajah ibu bapa pun dapat pahala kot.

Tapi tugasan memang penting, itu tidak boleh dinafikan, amanah yang perlu kita pikul. Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَثَ كَذِبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga; jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika diberi amanah ia berkhianat.” (Muttafaq Alaihi).

Dari hadis ini jelaslah bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab, dan tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat dan semuanya akan ditanya oleh Allah apakah tanggungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak. Baiklah, kalau kita nak merungkaikan lagi berkenaan amanah ini memang panjang.

Kita lihat pula kepada persoalan kedua iaitu Ibu, Bonda, Mommy, Ummi, Mama atau apa saja panggilan yang digunakan untuk memanggil orang yang melahirkan kita. Maafkan aku bagi mereka yang sudah tiada ibu atau bapa. People said "Happiness is when we see a smile on our mom". Well said. Untuk minggu ini, berapa kali sudah korang telefon rumah untuk bertanyakan khabar ibu bapa? Sekali? Dua kali? Sepuluh kali? 


Aku mahu kongsikan satu cerita ini. Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus:  "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis:  ”Tidak."
Pengurus:  "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis:  ”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus:  "Ibu awak bekerja di mana?"
Gadis:  ”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat. Pengurus berasa hairan lalu bertanya.

Pengurus:  ”Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis:  "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya. Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya. 

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya. Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya. Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat. Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya.

Pengurus:  "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis:  "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus:  "Apa yang anda rasa?"
Gadis:  "PERTAMA, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. KEDUA, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja, saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. KETIGA, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus:  ”Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.


Jadi, persoalannya disini. Manakah yang mendahului? Tugas atau keluarga. Aku tinggalkan persoalan ini kepada korang. Nilailah dengan mata hati, akal dan fikiran. Kalau korang tanya aku, jawapan aku mesti IBU sebab aku cuma ada seorang ibu dalam dunia ini.

No comments:

Post a Comment