Dengan berbesar hati kali ini aku ingin menguar-uarkan satu aktiviti yang bakal dilangsungkan oleh kolej aku, Kolej Harun Aminrrashid, Proton City. Okay, KHaT' 8 merupakan singkatan kepada Karnival Hari Terbuka kali ke - 8 yang mana akan diadakan pada 6 hingga 9 Mac 2014. Sukacita dimaklumkan bahawa aku terlibat secara langsung dalam penganjuran kolej ini jadi aku ingin mengajar semua yang membaca blog aku ini untuk turut serta.
Biasalah dalam event macam ni memang memerlukan artis atau public figure untuk menarik pengunjung membanjir program kami, jadi program kami turut membawa beberapa nama yang terkemuka antaranya ialah Heliza Helmi, Devotees, Adi Putra, Imam Muda dan Fedtri Yahya.
Okay, aku pun sebenarnya tak bercadang nak menulis lebih panjang sebab memang aku agak kesibukan lebih lebih lagi menjelang karnival open day nanti. Korang boleh rujuk kepada flyer dekat bawah ni. Kalau ada apa apa yang mahu diajukan, silakan. In shaa Allah akan respon. Keep calm and smile. Sinergi Pemangkin Keunggulan :)
No comments:
Post a Comment