Friday, February 28, 2014

Bicara Cinta : Merajuk

Assalamualaikum, mohon kalian jangan tertipu dengan tajuk. Takda makna nak berbicara sangat. Satu cerita saja untuk malam ni. Semuanya bermula dari satu tweet aku seusai saja pertemuan gerak kerja untuk program kolej.


“Satu ayat mudah jika ditafsir oleh orang yang salah pasti akan membawa maksud yang berbeza. Kesannya, akan berlaku lebih banyak salah faham kemudian” – Atik Ns, 2013

Hahaha, sememangnya sesuatu yang seronok apabila kita mula mengenali seseorang baru dalam hidup kita dan mendapati seseorang itu memiliki kimia dengan kita. Bunyinya macam putik putik sebelum mulanya percintaan kan? Well, its not. Hehe. Aku cuma nak berkongsi sesuatu yang aku rasa menarik, bagi aku la. Merajuk. 

Lepas aku tweet, aku terus offline dan tak tengok lagi sampailah perjumpaan pada malam tadi. Sebelum aku pergi lebih jauh, biar aku berterus terang. Ini cerita tentang seorang gadis yang dirahsiakan identitinya. Hehe, okay. Aku tengok dia diam saja dari mula perjumpaan sampai berakhir perbincangan. Aku pun tertanya tanya kenapa dia macam tu tapi aku biarkan saja, mungkin dia tak sihat atau sewaktu dengannya. Biasanya dia seorang yang periang dan rajin bertanyakan soalan. Kali ni tidak, pasif dan macam mode hibernasi. 

Selepas bawa semula twitter akaun aku, ada notification. Baru aku faham, salah faham. Hahaha, tweet tu sebenarnya aku tujukan kepada coursemate aku pasal tugasan lab. Dia ingat aku tweet tu merujuk kepada dia. Aku wonder gak macam mana dia boleh terasa. Macam ada kaitan saja, hehe. 

Serius, aku taknak bersweet² sangat memujuk perempuan sampai dia rasa lain. Itu khas untuk bakal isteri aku nanti, hehe. Lagipun sebenarnya aku nak tengok kalau² dia boleh keep in positive dan sabar dengan dugaan melanda, sebab tu aku taknak pujuk dulu. Kalau salah faham kecik pun tak boleh handle, datang dugaan lebih besar nanti macam mana? 

Biasalah dalam setiap hubungan, memang akan ada pasang surut, tawa dukanya yang tersendiri. Aku pun takdalah arif sangat dalam hal ni. So, I`m searching for the solution. Google punya google, jumpa tips ni. Tips memujuk perempuan.


Sentiasa memberitahu yang sebenar (In shaa Allah)
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung.

Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan. (Boleh dibincangkan)
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan.

Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’ (Errr..tak boleh, untuk bakal isteri saja)
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

Dendangkan lagu untuk si dia. (What?!! Mustahil)
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama - sama anda!

Errr, apa kaitan tips tu dengan cerita aku ea? Dan aku berbicara pasal cinta? Hahaha. Tapi aku mohon maaflah andai kata ada yang tersinggung. Aku bukannya bagus sangat. Kejap okay tapi selalu k.o. Hahaha. Sayonara :)


Thursday, February 27, 2014

Tugas dan Keluarga

Assalamualaikum. Post kali ni agak sentimental sikit. Hahaha, takdelah. Still cerita kosong macam biasa, kalau korang dah siapkan assignment dan nak buang masa membaca, silakan. Lets the story begin with...

"Kamu balik tak minggu ni?"
"Maaf ibu, saya tak dapat balik lagi minggu ni sebab ada kerja yang perlu diuruskan dekat sini"
"Takpelah, ibu tahu kamu sibuk.. Jangan lupa solat, belajar rajin rajin dan doakan kami disini selalu"

Dapatkah korang bayangkan situasi ini berlaku? Si anak terpaksa menolak beberapa kali permintaan orang tuanya beberapa kali atas sebab kerja. Demi demi minggu, bulan berganti bulan. Anak tetap tidak pulang ke rumah walaupun untuk satu malam. Jadi persoalan yang ingin aku kongsikan disini adalah, manakah yang perlu anda utamakan dalam hal ini, kerja atau keluarga?

Kerap kali juga aku terdengar luahan kata ayat sebegini, "Nama saja budak Universiti tapi setiap minggu nak balik, macam budak sekolah" Sejujurnya aku 50-50 dalam kenyataan ini. Tak adil sekiranya kita hanya berfikir bagi pihak kita dan menyalahkan pihak dia. Cuba kita lihat persoalan ini dalam aspek lebih spesifik untuk mendapatkan situasi menang - menang. Pernah tak korang berada ditempat dia yang kerap balik tu dan tahukah korang apa yang dia alami. Mungkin dia terpaksa balik kerana ada urusan penting, ibu sakit atau apa sahaja. Kita yang tidak tahu ini cuma pandai mengata.

Jujur dari hati aku, berbanding menghabiskan masa bergembira dihujung minggu bersama rakan rakan. Aku lebih cenderung menghabiskan masa bersama keluarga sebab jatuh bangun aku pun atas sokongan mereka. Aku lebih suka duduk bersama keluarga walaupun tidak buat apa apa, mungkin sekadar menonton TV bersama. Melihat wajah ibu bapa pun dapat pahala kot.

Tapi tugasan memang penting, itu tidak boleh dinafikan, amanah yang perlu kita pikul. Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَثَ كَذِبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga; jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika diberi amanah ia berkhianat.” (Muttafaq Alaihi).

Dari hadis ini jelaslah bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab, dan tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat dan semuanya akan ditanya oleh Allah apakah tanggungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak. Baiklah, kalau kita nak merungkaikan lagi berkenaan amanah ini memang panjang.

Kita lihat pula kepada persoalan kedua iaitu Ibu, Bonda, Mommy, Ummi, Mama atau apa saja panggilan yang digunakan untuk memanggil orang yang melahirkan kita. Maafkan aku bagi mereka yang sudah tiada ibu atau bapa. People said "Happiness is when we see a smile on our mom". Well said. Untuk minggu ini, berapa kali sudah korang telefon rumah untuk bertanyakan khabar ibu bapa? Sekali? Dua kali? Sepuluh kali? 


Aku mahu kongsikan satu cerita ini. Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus:  "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis:  ”Tidak."
Pengurus:  "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis:  ”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus:  "Ibu awak bekerja di mana?"
Gadis:  ”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat. Pengurus berasa hairan lalu bertanya.

Pengurus:  ”Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis:  "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya. Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya. 

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya. Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya. Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat. Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya.

Pengurus:  "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis:  "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus:  "Apa yang anda rasa?"
Gadis:  "PERTAMA, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. KEDUA, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja, saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. KETIGA, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus:  ”Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.


Jadi, persoalannya disini. Manakah yang mendahului? Tugas atau keluarga. Aku tinggalkan persoalan ini kepada korang. Nilailah dengan mata hati, akal dan fikiran. Kalau korang tanya aku, jawapan aku mesti IBU sebab aku cuma ada seorang ibu dalam dunia ini.

Let It Burn


Pernah tak korang rasa marah? Atau rasa nak marah akibat apa apa perkara? Mesti pernah kan. Kita sebagai manusia biasa takkan terlepas dari godaan Syaitan yang sering kali meniupkan api kemarah dalam diri kita walaupun perkara tersebut perkara remeh. Penulisan aku kali sebab aku marah. Aku jarang marah tapi bila aku marah mesti bukan kerana perkara remeh.

Alhamdulillah, Allah masih lagi mengurniakan aku kesabaran untuk mengatasi masalah yang mendatang. Thanks to Allah juga sebab menciptakan aku bukan dengan sifat panas baran. Aku bukanlah baik sangat pun, pernah saja pukul orang, hehe. Serius, tapi itu dulu. In shaa Allah takkan berlaku lagi. Alright, we try make it simple. Pengalaman menjadi guru dua tahun lepas mengajar aku banyak perkara. Bagaimana seorang pendidik mahu menahan kemarahan apabila anak didik mereka melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Then, minggu ni merupakan minggu paling sibuk dalam bulan ni rasanya. Terlalu banyak perkara perlu diselesaikan dalam minggu ni. Stress, tension ditambah dengan masalah masalah lain, buat aku rasa berat dengan bebanan. Allah. Tak tipu, berat sungguh. Jadi untuk release tension aku online facebook mencari bahan yang menarik untuk simpanan sendiri, aku terjumpa tips ni. Guess what? Hehe, keep calm and let it burn.

CARA-CARA MENGATASI MARAH.

1). Mengucap ‘Auzubillahi minasy syaitanir rajiim

Terdapat dua orang yang saling caci mencaci disekitar Nabi s.a.w sedang kami duduk bersama Nabi, salah seorang daripada mereka berdua mencaci seorang lagi dalam keadaan marah, sehingga wajahnya merah, maka Nabi s.a.w bersabda:

إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang seandainya dia (lelaki yang marah itu) menyebutnya nescaya akan hilang apa yang terdapat pada dirinya (marah), iaitu sekiranya dia mengucapkan A’uzubillahi minasy syaitannir rajim (aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk).” Maka para sahabat bertanya kepada lelaki tersebut: Adakah kamu tidak mendengar apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w?

Lelaki itu menjawab: Sesunggunya aku bukanlah gila. (hingga tidak mendengar – pen) (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, lafaz dalam riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya marah yang bukan kerana Allah itu adalah dari hasutan syaitan, oleh kerana itulah disarankan bagi orang yang marah untuk dia memohon perlindungan (kepada Allah) dengan mengucap a’uzubillahi minasy syaitannir rajiim, kerana dengan mengucapnya adalah antara sebab untuk menghilangkan kemarahan.

 2). Mendiamkan diri

Daripada Abdullah Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Yang bermaksud: “Ajarilah, dan permudahkanlah jangan kamu menyusahkan, dan sekiranya seseorang dari kalangan kamu marah hendaklah dia diam.” (hadis riwayat Ahmad)

Apabila seseorang sedang marah dan dia terus berbicara, nescaya itu akan menambah kemarahan dalam dirinya. Maka mendiamkan diri dan menjauhkan diri adalah satu jalan yang baik untuk meredakan perasaan marah yang timbul dalam diri seseorang itu.

 3). Mengubah kedudukan

Sabda Rasulullah s.a.w :

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ

Yang bermaksud: “Sekiranya seseorang daripada kamu marah sedang dia berdiri hendaklah dia duduk, sekiranya hilang kemarahan daripadanya, sekiranya tidak (hilang) maka hendaklah dia baring” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Ibnu ‘Aqil menyebut: Disunatkan bagi orang yang sedang marah itu mengubah kedudukannya, sekiranya dia dalam keadaan duduk hendaklah dia berdiri dan baring, sekiranya dia (marah dalam keadaan – pen) baring hendaklah dia berjalan.

 4). Berwudu’

Sabda Rasulullah s.a.w :


إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api, hanyalah api itu akan terpadam dengan (disirami) air, maka jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah dia berwudu’” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Syeikh Ibn Al-Utsaimin menyebut ada dua cara untuk mengubati perasaan marah, iaitu cara berbentuk percakapan (ucapan) dan perbuatan. Adapun cara mengubati berbentuk ucapan adalah, sekiranya seseorang itu merasa marah maka hendaklah dia menyebut a’uzubillah minasy syaitanir rajiim, sebagaimana anjuran Rasulullah di dalam hadis yang telah disebutkan. 
Cara mengubati berbentuk perbuatan adalah, apabila seseorang itu marah dalam keadaan dia berdiri hendaklah dia duduk, sekiranya dia dalam keadaan duduk hendaklah dia baring, kerana perubahan keadaan fizikalnya memberi kesan kepada perubahan batin, dan sekiranya masih tidak berkesan hendaklah dia mengambil wudu’, kerana sibuknya dia dalam berwudu’ akan melupakan perasaan marahnya, dan kerana wudu’ itu memadamkan kepanasan marah.

Sebagai kesimpulannya, ketahuilah dengan tidak mengawal perasaan marah boleh menimbulkan banyak implikasi dan kesan yang negatif, antaranya boleh berlakunya penceraian antara suami isteri, memutuskan hubungan silaturrahim, merosakkan hubungan kejiranan, memisahkan dan memutuskan hubungan persaudaraan, mudah mengeluarkan cacian dan kata-kata kesat dan sebagainya. Sedangkan menghindari perkara tersebut berlaku adalah amat dituntut dan merupakan satu kewajipan. Alangkah lebih baik kita mengambil sikap sabar dan mencari penyelesaian dengan cara yang baik dan lebih berhikmah. Nabi s.a.w telah mengajarkan kita sebagai umatnya cara untuk menahan dan mengawal perasaan marah, mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkannya.Renung renungkan dan selamat beramal.