“Usaha yang
paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas.” (HR Ahmad)
Hadis diatas
ternyata ringkas tetapi memiliki maksud yang tersendiri dan mendalam. Ramai
orang sebut berkenaan ikhlas, tapi apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas?
Sebelum kita pergi lebih jauh, aku nak kongsi sesuatu yang mungkin memberi
kefahaman kepada kita tentang ikhlas.
Secangkir
kopi di pasaraya besar harganya lebih kurang harga 3 kg kopi dijual oleh
petani. Dari petani sampai kopi yang dijual di pasaraya tersebut berlaku
peningkatan nilai yang lebih dari 100 kalinya atau mungkin 10,000%. Siapa yang akan menikmati hasil dari peningkatan
nilai yang luar biasa ni? Boleh jadi yang mendapat keuntungan itu adalah orang yang
bekerja dengan kreatif dan berstrategi. Tetapi jika dinilai kopi tersebut
selain yang bersifat wang ringgit, peraih keuntungan itu sebenarnya adalah dari
hasil kerja keras pembanting tulang
empat kerat, sang petani sendiri – bila mana dia bekerja dengan ikhlas.
Selama ini
bila kita mendengar istilah kerja dengan ikhlas, biasanya hanya dikaitkan
dengan kerja amal, sukarela, tidak berbayar, atau suka suka sahaja. Padahal
ikhlas tidak ada hubungannya dengan berbayar atau tidak berbayar. Ikhlas adalah
mengerjakan segala sesuatu hanya mencari keredhaan-Nya. Apabila Allah meredhai
apa yang kita lakukan – tidak ada lagi yang perlu kita risaukan dalam dunia ini.
Orang yang
hanya bekerja keras, dia hanya akan memenuhi keperluannya sendiri. Malahan
keperluan ini pun sering kali tidak mencukupi. Jika dia menghasilkan sesuatu
produk, produknya akan cenderung bersifat komoditi seperti kopi dari petani
tersebut.
Hanya orang
yang kreatif dan kritis pemikirannya saja mampu mengambil keuntungan berlebihan
dari kelemahan pihak lain tanpa menganiyai mereka. Boleh saja dia menikmati
keuntungan yang sangat besar, tetapi keuntungan ini tidak memberi manfaat
kepada orang lain – bahkan untuk diri sendiri atau kerabatnya pun tidak mewujudkan
kebahagiaan.
Orang yang
bekerja dengan ikhlas, ukurannya bukan lagi wang ringgit. Bukan rendah atau
tingginya harga, bukan sedikit atau banyaknya harta – tapi keupayaan untuk
terus menerus untuk mencari redhaNya semata. Ikhlas bukan hasil sesaat atau
snapshot, tapi on-going process – iaitu proses yang berjalan tanpa henti secara
terus menerus kerana kita tidak akan mungkin tahu adakah kerja kita itu ikhlas
atau tidak, atau mendapat redha Allah atau tidak.
“Sesungguhnya
ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan
penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)
Terlalu
banyak kaitan aku dengan hadis ini, bekerja dengan ikhlas. Tingkatkan
produktiviti kerja dan dalam masa yang sama kena punctual dengan masa menyahut
panggilan Sang Pencipta. Dekat mana sekalipun kedudukan kita, sebagai Rakan
Exco, Exco atau Majlis Tertinggi sekalipun kalau kita bekerja untuk nama atau
kedudukan, susah nak dapatkan ikhlas itu.
Selalu juga
aku bertanya kepada diri sendiri, ikhlaskah aku buat semua ini? Macam mana nak
dinilai kerja yang ikhlas itu. Semasa memberi tugasan kepada rakan exco dibawah
aku untuk melakukan sesuatu tugasan, sering kali aku cuba menafsir apa yang
bermain dalam fikiran mereka, respon mereka terhadap kerja yang dilakukan. Ada
antara mereka seakan terpaksa menerima tugasan berikutan komitmen lain.
Dalam
benak fikiran membuak buak rasa ingin menyebut kembali tentang janji janji yang
mereka lafaz semasa dilantik menjadi Rakan Exco tapi hati minta aku diam dan
tahan. Ikhlaskan diri semasa membimbing. Aku cuba dan terus mencuba, semoga
kita semua memahami erti ikhlas.
No comments:
Post a Comment