Tersebut di
dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar
sebagai ubatnya:
Dunia itu racunnya dan jihad itu ubatnya.
Harta itu
racunnya dan zakat itu ubatnya.
Perkataan
yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
Seluruh umur
itu racunnya dan taat itu ubatnya.
Seluruh
tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi
S.A.W.:Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
Kasih mereka
kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
Kasih mereka
kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
Kasih mereka
kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
Kasih mereka
kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
Kasih mereka
kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang
pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk
kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan
dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh
Allah."
(Riwayat
At-Tirmidzi)
Kematian
pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Setiap
yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34).
Oleh itu
petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan
amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
No comments:
Post a Comment