Kawan serumah sakit, kita tidak peduli.
Kawan meminta tolong, kita tidak peduli.
Saudara seagama kita disakiti, tidak peduli
Kita dalam kesulitan, orang pun tak peduli.
Itulah yang akan terjadi sekiranya hidup tanpa perasaan. Bila takda perasaan jugak, kita akan hidup macam robot. Yang bekerja dan terus bekerja sampai satu masa, akan terpadam sendiri bila kehabisan battery. Okay, ini bukan cerita sedih. Hehe, cheer up. Aku menulis kali ini ditujukan kepada seorang sahabat yang sering berkata pada diri sendiri,
"Kenapa dalam setiap perkara, aku yang dipersalahkan?"
Apa yang nak aku sampaikan disini adalah " Setiap kesulitan ada kesenangannya". Kadangkala kesusahan yang kita alami ini ada sesuatu perkara baru yang ingin dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita yang mana perkara itu lebih baik daripada apa yang kita terima sebelumnya. Mungkin jika tidak digantikan dengan yang baru akan lebih mendatangkan mudarat kepada diri kita.
Takda kaitan langsung dengan cerita |
Mungkin ada
dikalangan kita, sebagai contoh terpaksa berpisah sebagai suami isteri kerana tidak
sehaluan dalam hidup atau krisis rumah tangga yang memuncak, kerana salah
seorang pasangannya sudah tidak memiliki akhlak Islam, jika diteruskan akan
mendatangkan musibah yang lebih besar, maka jalan terbaik adalah berpisah
dengan cara hormat. Mungkin disini ada banyak hikmah yang akan dikurniakan oleh
Allah SWT kepada pihak yang benar dan beristiqamah dengan Islam.
Begitu juga
dengan rezeki, mungkin kita diuji dengan kerugian dalam perniagaan atau di
berhentikan kerja atau rezeki yang ada tidak cukup untuk menampung keperluan
hidup yang semakin mendesak. Ketika berada di dalam keadaan kritikal seperti
ini, jangan mudah putus asa dan menyalahkan takdir, kerana setiap kesusahan itu
pasti ada kemudahan dan kebahagiaan. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal
maka disitu nantinya akan ada nur Ilahi , ketenangan dan jalan penyelesaian
yang akan menunjukkan jalan yang lurus dan kebahagiaan yang abadi.
Allah sudah
menyiapkan rezeki bagi kita, jadi meskipun semasa kita susah, sebenarnya sudah
Allah SWT siapkan untuk kita. Kemudahan akan kita dapatkan setelah kesulitan
ini.
Daripada
tenggelam dengan kesedihan akibat kesusahan dan kesulitan, mengapa kita tidak
berusaha mengambil hikmah dengan cara berprasangka baik kepada Allah SWT.
Mungkin dengan datangnya kesusahan kepada kita akan memberi banyak kebaikan :
- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesusahan menguatkan hati kita
- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.
- Bebas dari rasa ‘ujub, kesusahan adalah boleh mendidik kita supaya merendahkan diri.
- Tidak lalai kerana sudah ternyata kesusahan ada dihadapan kita.
- Lebih banyak mengingat Allah SWT.
- Lebih banyak bersabar dan mengerjakan solat, kerana mungkin sahaja dengan kesusahan ini akan melatih kita untuk lebih bersifat sabar.
Baik,
semuanya berbalik kepada kita semula. Tanya semula pada diri, “Adakah apa yang
aku lakukan ini Allah suka?” kerana setiap perkara yang menuju Allah. In shaa
Allah akan dipermudahkan kerana Dia adalah pencetus masalah dan Dia jugalah
penyelesai masalah. Kamu percayakan pertolongan Allah?
Keep calm and smile. You are big and strong enough to face this :)
No comments:
Post a Comment