Thursday, March 20, 2014

Catherina aka Cik Kucing


Ini kucing. Aku panggil dia Catherina tapi tuan punya kucing ni bagi nama Qaseh. Kenapa Catherina? Sebab Qaseh is too mainstream. Hahaha, macam nama zaman 80 an saja Qaseh tu. Kucing seekor ini sejarah silamnya kami tak tahu sebab masa dijumpai di tapak pasar malam dalam kesunyian. Atas dasar ihsan terhadap binatang maka kawan tu pun ambik untuk dibela.

Frankly talk, aku bukan peminat kucing dan aku rasa kucing pun tak minat aku. Hehehe, tapi takpe. Untuk pertama kali aku tidur dengan binatang ni memanglah satu pengalaman yang.. uhh, waktu tidur aku terganggu. Main lompat² dari bantal ke bantal. Aku bukan takut dengan kucing but aku alah dengan bulu kucing. Itu fakta. Catherina aka Qaseh ni jugak sebenarnya seekor kucing yang tak boleh tengok orang senang, mesti dia kacau dan hobi dia baring atas laptop. Haish, hobi dia sejak dia dibela mungkin.

Memang ramai peminat kucing di Malaysia ni tapi tahukah kalian bahawa Nabi Muhammad juga memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’. Setiap kali Rasulullah menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

So, jangan salahkan aku sebab tak peminat kucing tapi aku takdalah menzalimi mana mana kucing. Cakap pasal kucing, teringat aku pasal Zulaikha Munira, the cat people. Hehe, itu saja :)

No comments:

Post a Comment