You must be willing to change. You must be willing to break the deal you
made with the devils within. You must be willing to leave the past and
not be tempted to rebound when times are tough. You must be willing to
let go of everything and anyone that takes you back to your sins. You
must be willing to have hope. You must be willing to have hope that you
can change and that you will and that you will be better. You must
believe you are worthy of change and you are worthy of improvement and
you are worthy of being the best. You must be willing to set aside your
negative notions about life, about hardships, about people, about
things, about yourself. You must be willing to stop feeling sorry for
yourself while looking at the world move around you. Get up and make
something of yourself.
Thursday, March 27, 2014
Thursday, March 20, 2014
Jaringan Cikgu
Internet merupakan satu keperluan zaman sekarang. Bermula di internet, segala maklumat dapat diakses dengan begitu mudah. Tidak kira dimana kita berada sekarang, kita mampu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat jika dapat talian internet. UPSI-JARING merupakan salah satu kemudahan yang disediakan pihak UPSI kepada pelajarnya.
Dapat bersambung ke talian UPSI-JARING ni sememangnya satu kebahagiaan. Serius, memang satu kenikmatan sebab kita akan dapat buka facebook, twitter, youtube, blogspot, wikipedia dan sebagainya. Okay, maaf. Saja panjangkan tulisan, hehe.
Kita bermula dengan mencuba segala wifi yang available dan sebagai penghuni kolej kediaman UPSI, mestilah guna wifi yang berbayar, UPSI-JARING. Walaupun ramai yang complain but I think this is one of the best service that UPSI provided. Anda juga akan menemui beberapa wifi hotspot lain seperti, UPSI JARANG, UPSI JARING XLEH ACCESS dan sewaktu dengannya. Jangan risau sebab itu semua permainan student UPSI yang kreatif. Hehehe *positif sungguh aku
Bagi pengguna window 8, senyuman pasti akan terukir bila nampak arahan macam ni sebab itu petanda positif menunjukkan anda hampir berjaya melayari alam maya. Hehe.
Tapi kalau terpapar limited access, maka anda perlu bersabar dan beristifar banyak² sebab benda macam ni pun boleh mendatang kemarahan. Hahaha. Access Denied pun satu lagi hal. Menambah tahap ke'tension'an kita sebagai pengguna.
Sekiranya anda bertuah, anda akan berjumpa log in site macam ni, maka anda akan dapat melayari internet dengan pantasnya tapi kalau tidak dapat, hehehe. Keep trying until 3.00 a.m, hahaha. But beware, segala pergerakan anda sedang diperhatikan. Mohon jaga tatatertib sebagai pengguna internet beretika. Serious talk, sekian :]
Dapat bersambung ke talian UPSI-JARING ni sememangnya satu kebahagiaan. Serius, memang satu kenikmatan sebab kita akan dapat buka facebook, twitter, youtube, blogspot, wikipedia dan sebagainya. Okay, maaf. Saja panjangkan tulisan, hehe.
Kita bermula dengan mencuba segala wifi yang available dan sebagai penghuni kolej kediaman UPSI, mestilah guna wifi yang berbayar, UPSI-JARING. Walaupun ramai yang complain but I think this is one of the best service that UPSI provided. Anda juga akan menemui beberapa wifi hotspot lain seperti, UPSI JARANG, UPSI JARING XLEH ACCESS dan sewaktu dengannya. Jangan risau sebab itu semua permainan student UPSI yang kreatif. Hehehe *positif sungguh aku
Bagi pengguna window 8, senyuman pasti akan terukir bila nampak arahan macam ni sebab itu petanda positif menunjukkan anda hampir berjaya melayari alam maya. Hehe.
Tapi kalau terpapar limited access, maka anda perlu bersabar dan beristifar banyak² sebab benda macam ni pun boleh mendatang kemarahan. Hahaha. Access Denied pun satu lagi hal. Menambah tahap ke'tension'an kita sebagai pengguna.
Sekiranya anda bertuah, anda akan berjumpa log in site macam ni, maka anda akan dapat melayari internet dengan pantasnya tapi kalau tidak dapat, hehehe. Keep trying until 3.00 a.m, hahaha. But beware, segala pergerakan anda sedang diperhatikan. Mohon jaga tatatertib sebagai pengguna internet beretika. Serious talk, sekian :]
Catherina aka Cik Kucing
Ini kucing. Aku panggil dia Catherina tapi tuan punya kucing ni bagi nama Qaseh. Kenapa Catherina? Sebab Qaseh is too mainstream. Hahaha, macam nama zaman 80 an saja Qaseh tu. Kucing seekor ini sejarah silamnya kami tak tahu sebab masa dijumpai di tapak pasar malam dalam kesunyian. Atas dasar ihsan terhadap binatang maka kawan tu pun ambik untuk dibela.
Frankly talk, aku bukan peminat kucing dan aku rasa kucing pun tak minat aku. Hehehe, tapi takpe. Untuk pertama kali aku tidur dengan binatang ni memanglah satu pengalaman yang.. uhh, waktu tidur aku terganggu. Main lompat² dari bantal ke bantal. Aku bukan takut dengan kucing but aku alah dengan bulu kucing. Itu fakta. Catherina aka Qaseh ni jugak sebenarnya seekor kucing yang tak boleh tengok orang senang, mesti dia kacau dan hobi dia baring atas laptop. Haish, hobi dia sejak dia dibela mungkin.
Memang ramai peminat kucing di Malaysia ni tapi tahukah kalian bahawa Nabi Muhammad juga memiliki seekor kucing
kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’. Setiap kali Rasulullah menerima
tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda.
Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah suka ialah Mueeza selalu mengiaw
sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan
suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah hendak
mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah
Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu,
Rasulullah pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh
Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan
menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah menunjukkan kasih sayangnya
dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
So, jangan salahkan aku sebab tak peminat kucing tapi aku takdalah menzalimi mana mana kucing. Cakap pasal kucing, teringat aku pasal Zulaikha Munira, the cat people. Hehe, itu saja :)
Tuesday, March 18, 2014
Everytime..
Semakin hari semakin menjadi² masalah konsentrasi aku ni. Ditambahkan lagi dengan projek² dari subjek yang aku ambik lagi. Berat tapi in shaa Allah, I'll try my best.
Program kolej, program kelas, golf dan biomec..biomec..biomec serta sewaktu dengannya. Hahaha. Jujurnya aku memang peminat gadget² baru dan kamera. Gatal saja tangan nak berenggang dengan gadget² tersebut tapi atas kekangan kewangan maka aku limitkan kemahuan itu. Apa² aku berharap sangat dapat manage segalanya dengan baik. Amin :)
Program kolej, program kelas, golf dan biomec..biomec..biomec serta sewaktu dengannya. Hahaha. Jujurnya aku memang peminat gadget² baru dan kamera. Gatal saja tangan nak berenggang dengan gadget² tersebut tapi atas kekangan kewangan maka aku limitkan kemahuan itu. Apa² aku berharap sangat dapat manage segalanya dengan baik. Amin :)
Friday, March 14, 2014
Thursday, March 13, 2014
Kematian Itu Pasti
Apabila
kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi
kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar,
semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi. Malangnya,
kemudian kita terleka kembali dengan dunia.
Dunia itu racunnya dan jihad itu ubatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada ayah kepada Saudari Puspawati bt Ab Hamid, Exco Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, UPSI yang telah pergi menghadap ilahi pada hari ini. Semoga Allah meletakkan roh ayahandanya bersama orang orang soleh. Amin.
Tersebut di
dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar
sebagai ubatnya:
Dunia itu racunnya dan jihad itu ubatnya.
Harta itu
racunnya dan zakat itu ubatnya.
Perkataan
yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
Seluruh umur
itu racunnya dan taat itu ubatnya.
Seluruh
tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi
S.A.W.:Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
Kasih mereka
kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
Kasih mereka
kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
Kasih mereka
kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
Kasih mereka
kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
Kasih mereka
kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang
pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk
kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan
dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh
Allah."
(Riwayat
At-Tirmidzi)
Kematian
pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Setiap
yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34).
Oleh itu
petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan
amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
Why Always Me?
Ada masanya kita akan sedih, ada masanya kita bergembira dan ada masanya kita sendiri tak faham dengan apa yang kita rasa. Perasaan itu sememangnya sesuatu yang ada masanya membantu dan ada masanya tidak berguna langsung. Tapi itulah keunikan yang Allah cipta untuk kita. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita hidup tanpa perasaan?
Itulah yang akan terjadi sekiranya hidup tanpa perasaan. Bila takda perasaan jugak, kita akan hidup macam robot. Yang bekerja dan terus bekerja sampai satu masa, akan terpadam sendiri bila kehabisan battery. Okay, ini bukan cerita sedih. Hehe, cheer up. Aku menulis kali ini ditujukan kepada seorang sahabat yang sering berkata pada diri sendiri,
Apa yang nak aku sampaikan disini adalah " Setiap kesulitan ada kesenangannya". Kadangkala kesusahan yang kita alami ini ada sesuatu perkara baru yang ingin dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita yang mana perkara itu lebih baik daripada apa yang kita terima sebelumnya. Mungkin jika tidak digantikan dengan yang baru akan lebih mendatangkan mudarat kepada diri kita.
Kawan serumah sakit, kita tidak peduli.
Kawan meminta tolong, kita tidak peduli.
Saudara seagama kita disakiti, tidak peduli
Kita dalam kesulitan, orang pun tak peduli.
Itulah yang akan terjadi sekiranya hidup tanpa perasaan. Bila takda perasaan jugak, kita akan hidup macam robot. Yang bekerja dan terus bekerja sampai satu masa, akan terpadam sendiri bila kehabisan battery. Okay, ini bukan cerita sedih. Hehe, cheer up. Aku menulis kali ini ditujukan kepada seorang sahabat yang sering berkata pada diri sendiri,
"Kenapa dalam setiap perkara, aku yang dipersalahkan?"
Apa yang nak aku sampaikan disini adalah " Setiap kesulitan ada kesenangannya". Kadangkala kesusahan yang kita alami ini ada sesuatu perkara baru yang ingin dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita yang mana perkara itu lebih baik daripada apa yang kita terima sebelumnya. Mungkin jika tidak digantikan dengan yang baru akan lebih mendatangkan mudarat kepada diri kita.
Takda kaitan langsung dengan cerita |
Mungkin ada
dikalangan kita, sebagai contoh terpaksa berpisah sebagai suami isteri kerana tidak
sehaluan dalam hidup atau krisis rumah tangga yang memuncak, kerana salah
seorang pasangannya sudah tidak memiliki akhlak Islam, jika diteruskan akan
mendatangkan musibah yang lebih besar, maka jalan terbaik adalah berpisah
dengan cara hormat. Mungkin disini ada banyak hikmah yang akan dikurniakan oleh
Allah SWT kepada pihak yang benar dan beristiqamah dengan Islam.
Begitu juga
dengan rezeki, mungkin kita diuji dengan kerugian dalam perniagaan atau di
berhentikan kerja atau rezeki yang ada tidak cukup untuk menampung keperluan
hidup yang semakin mendesak. Ketika berada di dalam keadaan kritikal seperti
ini, jangan mudah putus asa dan menyalahkan takdir, kerana setiap kesusahan itu
pasti ada kemudahan dan kebahagiaan. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal
maka disitu nantinya akan ada nur Ilahi , ketenangan dan jalan penyelesaian
yang akan menunjukkan jalan yang lurus dan kebahagiaan yang abadi.
Allah sudah
menyiapkan rezeki bagi kita, jadi meskipun semasa kita susah, sebenarnya sudah
Allah SWT siapkan untuk kita. Kemudahan akan kita dapatkan setelah kesulitan
ini.
Daripada
tenggelam dengan kesedihan akibat kesusahan dan kesulitan, mengapa kita tidak
berusaha mengambil hikmah dengan cara berprasangka baik kepada Allah SWT.
Mungkin dengan datangnya kesusahan kepada kita akan memberi banyak kebaikan :
- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesusahan menguatkan hati kita
- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.
- Bebas dari rasa ‘ujub, kesusahan adalah boleh mendidik kita supaya merendahkan diri.
- Tidak lalai kerana sudah ternyata kesusahan ada dihadapan kita.
- Lebih banyak mengingat Allah SWT.
- Lebih banyak bersabar dan mengerjakan solat, kerana mungkin sahaja dengan kesusahan ini akan melatih kita untuk lebih bersifat sabar.
Baik,
semuanya berbalik kepada kita semula. Tanya semula pada diri, “Adakah apa yang
aku lakukan ini Allah suka?” kerana setiap perkara yang menuju Allah. In shaa
Allah akan dipermudahkan kerana Dia adalah pencetus masalah dan Dia jugalah
penyelesai masalah. Kamu percayakan pertolongan Allah?
Keep calm and smile. You are big and strong enough to face this :)
Wednesday, March 12, 2014
Prof HAMKA : Kata² Cinta
'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah
hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak
bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu
lantaran pergaduhan hati sesama makhluk.
Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung
di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau
mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan
terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini.
Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain
terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau
di waktu bersungguh-sungguh.
Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas,
senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh
kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh
dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta
lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan
cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh
juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang
lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau
bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu
gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau
tak tahu bila lalunya.
Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup
memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang
rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak
jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang
sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di
seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'
Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang
dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka
meracuni jiwa yang lalai.
Note : Pengurusan Masa
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Sebelum aku sempat terlelap malam tadi, aku sempat mengoogle tentang pengurusan masa dalam Islam dan dipertemukan aku dengan http://al-nidaa.com.my. Dalam site ini dipaparkan penulisan tentang Pengurusan Masa Dalam Islam. Satu penulisan yang menarik untuk dikongsikan bersama. Tapi satu masalah aku, susah nak praktikkan apa yang aku pelajari. Make it short, semoga memberi manfaat kepada semua.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَالْعَصْرِ
(1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan
bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan
empat perkara:
Beriman, iaitu
memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan
oleh-Nya.
Melaksanakan amal
shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan
yang soleh di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan
silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
Berpesan-pesan
kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain
tentang apa yang benar dan apa yang salah.
Berpesan-pesan
kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi
musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.
Saya yakin para pembaca sekalian telah menghafal dan
mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak dari kecil. Akan tetapi
timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk melaksanakan
keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah Subhanahu wa
Ta'ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang disebut-Nya selepas
sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan masa?
Sebenarnya apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengaitkannya
dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada
keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata
lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai
tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan
gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.
Melalui tulisan ini, saya ingin berkongsi dengan para
pembaca sekalian tentang bagaimana mengurus masa secara efisyen. Ia amat mudah,
hanya terdiri dari lima langkah. Ia amat ringkas, hanya memerlukan lima belas
minit dari masa anda. Akan tetapi ia amat penting, penentu sama ada anda
menjadi orang yang beruntung atau rugi.
Langkah 1 : Menyedari Bahawa Masa Adalah Tetap.
Berhenti sekejap dan lihat kepada jam anda. Sama ada jam
tangan, jam talifon bimbit atau jam di dinding. Sama ada jam yang menggunakan
jarum atau angka digital. Terdapat pelbagai jenis jam dan pelbagai jenis reka
bentuk, dengan kepelbagaian yang tidak mampu kita hitung. Akan tetapi dalam
kepelbagaian tersebut, terdapat sesuatu yang sama, sesuatu yang tetap. Iaitu,
60 saat = 1 minit, 60 minit = 1 jam dan 24 jam = 1 hari.
Formula di atas tidak dapat diubah atau diperlahankan. Kita
tidak boleh mengubah agar dalam satu hari ada 30 jam. Kita tidak boleh
memperlahankan agar 100 saat menjadi satu minit. Ringkasnya, masa adalah
sesuatu yang tetap. Lalu bagaimanakah kita hendak melebihkan masa supaya dapat
mencapai keempat-empat tuntutan dari surah al-‘Ashr?
Jawapannya, kita tidak boleh melebihkan masa kerana ia
adalah tetap. Sebaliknya kita boleh ubah perkara-perkara yang kita lakukan
kerana ia tidak tetap. Salah satu sebab utama orang menghadapi masalah
keterbatasan masa ialah kerana mereka melakukan terlalu banyak perkara. Sikap
inilah yang perlu diubah, dari melakukan banyak perkara kepada melakukan hanya
beberapa perkara.
Sebagai contoh, seorang pelajar pusat pengajian tinggi
mungkin melakukan perkara-perkara berikut sehingga menghadapi keterbatasan
masa:
- Belajar jurusan yang diambil.
- Menyertai sesi latihan Kick Boxing setiap petang, dua kali seminggu.
- Menyertai kelab bahasa Inggeris.
- Menyertai pasukan sukarelawan menziarahi rumah orang kurang upaya setiap hari Ahad.
- Ahli panel rekabentuk grafik untuk risalah bulanan fakulti yang diterbitkan setiap bulan.
- Bermain untuk pasukan badminton asrama.
- Menghadiri kuliah-kuliah agama yang dianjurkan oleh masjid di kampus setiap hari.
- Menganjurkan usrah untuk pelajar-pelajar yang baru masuk ke kampus setiap malam Jumaat.
- Menjadi wakil penjual kad tambah nilai telefon bimbit untuk syarikat 015-xxx xxxx.
Perkara-perkara di atas hendaklah diubah dan dikurangkan,
umpama:
- Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
- Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.
- Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa di kampung.
- Menyertai hanya satu aktiviti sukarelawan di kampus.
Ingat! Masa adalah tetap. Melakukan banyak perkara dalam
masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara yang dilakukan tidak mencapai
kualiti yang terbaik. Malah adakalanya cukup syarat sahaja. Semua ini akhirnya
melahirkan perasaan tidak puas hati, kekecewaan dan kehilangan motivasi.
Sebaliknya melakukan beberapa perkara dalam masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara
yang dilakukan mencapai kualiti yang baik. Ini akhirnya melahirkan perasaan
kesyukuran, puas hati dan motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa
akan datang.
Formula masa adalah tetap, iaitu
60 saat = 1 minit, 60 minit = 1 jam dan 24 jam = 1 hari.
Kita tidak boleh mengubah masa tetapi boleh mengubah perkara
yang dilakukan dalam masa tersebut.
Langkah 2 : Fokus
Dan Prioriti, Bukan Rambang Dan Suka Hati.
Sebab kedua yang menyebabkan keterbatasan masa adalah sikap
melakukan perkara-perkara secara rambang dan suka hati, tidak secara fokus dan
berprioriti. Ditegaskan bahawa individu muslim yang berjaya bukanlah seorang
yang melakukan banyak perkara, tetapi adalah seorang yang melakukan beberapa
perkara dan dia melakukannya secara fokus dan berprioriti.
Fokus maksudnya memberi tumpuan kepada sesuatu perkara
secara mendalam sehingga menguasainya secara luas. Prioriti maksudnya menimbang
sesuatu perkara, sama ada patut didahulukan atau dikemudiankan, sama ada patut
dipertamakan atau diletakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.
Sebagai contoh, menuntut ilmu agama hendaklah difokuskan
kepada aqidah kerana aqidah yang sahih lagi kukuh menjamin kejayaan seorang
muslim di dunia dan akhirat. Menuntut ilmu agama hendaklah diberi prioriti
kerana seseorang yang memahami Islam secara benar akan menjadi individu yang
berjaya, bukan sahaja dari sudut agama tetapi juga dari sudut pembelajaran,
kerjaya dan motivasi diri.
Memberi fokus dan prioriti kerana ilmu agama tidak bererti
mengabaikan ilmu duniawi. Seorang muslim yang memiliki aqidah yang sahih lagi
kukuh serta kefahaman Islam yang benar akan mengetahui bahawa Islam amat
menuntut agar dia menjadi seorang yang profesional dalam urusan duniawi. Dia
mengetahui firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَقُلْ
اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ
وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.
Dan katakanlah: “Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya
serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan; dan kamu
akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan
yang nyata, kemudian Dia (Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah
amalkan.” [al-Taubah 9:105]
Dia mengetahui sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ
إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً
أَنْ يُتْقِنَهُ.
Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu
beramal, dia beramal dengan cemerlang.[2]
Firman Allah yang bermaksud “Beramallah kamu…” adalah fi‘il
amr yang berupa satu perintah. Ini menunjukkan kewajipan untuk kita beramal.
Sementara perkataan “amal” bukanlah terhad kepada solat, puasa dan zikir tetapi
meliputi semua aktiviti yang selari dengan Islam termasuk menuntut ilmu duniawi
dan berkerja dalam jurusan duniawi. Sesiapa yang berpendapat perkataan amal
hanyalah solat, puasa dan zikir, bererti dia masih berpegang kepada kefahaman
sekularisme yang memisahkan antara agama dan dunia.
Menyentuh tentang sekularisme, fahaman ini telah banyak
mempengaruhi umat Islam pada masa kini. Di satu sudut kita akan temui orang
yang hanya memberi tumpuan kepada agama hingga mengabaikan dunia. Di sudut yang
lain kita temui pula orang yang hanya memberi tumpuan kepada dunia sehingga
mengabaikan agama. Amat sedikit untuk ditemui orang yang memberi tumpuan kepada
agama dan dunia sehingga mencapai kecemerlangan dalam kedua-duanya.
Seterusnya amal tersebut kita lakukan sebaik mungkin,
sesempurna mungkin. Ini kerana dari sudut aqidah, kita mengetahui bahawa Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat apa
yang kita lakukan. Seolah-olah, Allah dan Rasulullah hadir mengawasi apa yang
sedang kita lakukan. Kemudian di Hari Akhirat kelak …(Allah) akan menerangkan
kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” Sudah tentu semua ini akan
menyebabkan kita malu untuk melakukannya secara enteng atau sekadar melepaskan
batuk di tangga. Sebaliknya kita akan melakukannya sesempurna mungkin kerana:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal
dengan cemerlang.”
Oleh itu, langkah kedua dalam mengurus masa ialah memberi
fokus dan prioriti dalam beberapa perkara yang dilakukan sehingga setiap
detikan saat memiliki nilai dan manfaat. Keberadaan masa yang sentiasa tetap
menyebabkan kita tidak mampu untuk mensia-siakannya dengan sikap yang rambang
dan suka hati.
Individu muslim yang berjaya bukanlah seorang yang melakukan
banyak perkara, tetapi adalah seorang yang melakukan beberapa perkara dan dia
melakukannya secara fokus dan berprioriti.
Langkah 3 : Menyedari Bahawa Masa Tidak Menunggu Sesiapa.
Sekali lagi saya ingin meminta para pembaca merenung kepada
jam. Perhatikan bahawa ia sentiasa bergerak. Jika ia terhenti kerana kehabisan
bateri atau kerana anda menghentikannya, jam-jam yang lain tetap bergerak.
Semua ini mengarah kepada satu kesedaran yang amat penting, iaitu masa tidak
menunggu sesiapa.
Saya yakin semua orang tahu akan hakikat ini. Akan tetapi
kadangkala kita melakukan perkara-perkara yang memberi gambaran seolah-olah
masa menunggu kita. Seolah-olah masa berhenti sementara bagi membolehkan kita
melakukan perkara-perkara tersebut. Apakah perkara-perkara yang saya maksudkan
itu? Berikut saya kemukakan beberapa contoh:
Menyambung tidur
selepas solat Subuh pada hari cuti. Jika hari Isnin hingga Jumaat bangun pukul
5.45 pagi, solat Subuh berjamaah dan terus ke kuliah atau pejabat, maka pada
hari cuti bangun dilewatkan hingga pukul 8 atau 9 pagi. Ada juga yang
melanjutkannya hingga siang hari.
Meluangkan masa
antara 1 hingga 2 jam membaca surat khabar.
Menonton orang
lain bersukan, seperti menonton perlawanan bola sepak, futsal, hoki, tenis dan
sebagainya.
- Beriktikaf di hadapan kaca TV, purata antara 1 hingga 3 jam setiap hari.
- Keluar makan bersama rakan-rakan dengan tempoh yang lama, purata antara 1 hingga 2 jam.
Contoh-contoh di atas adalah segelintir dari sekian banyak
perkara yang kita lakukan yang sebenarnya merupakan satu kesia-siaan masa.
Istilah seerti baginya ialah pembaziran masa dan pembaziran, sama ada
melibatkan masa, wang, kesihatan, pemikiran dan perbuatan, adalah suatu
tindakan yang tidak sepatutnya menjadi ciri-ciri seorang muslim. Ini kerana:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ.
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah
saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27]
Di sini saya tidak bermaksud untuk menyuruh para pembaca
sekalian mengabaikan perkara-perkara di atas. Jika anda ingin tidur lebih untuk
merehatkan minda dan tubuh pada hari cuti, lakukanlah ia pada waktu siang dan
bukan pada waktu pagi. Waktu pagi adalah saat yang penuh keberkatan untuk kita
lakukan aktiviti yang bermanfaat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
pernah berdoa:
اللَّهُمَّ
بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا.
Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.
Ada pun waktu siang, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berpesan:
قِيْلُوْا،
فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ.
Tidurlah (sebentar) pada siang hari kerana sesungguhnya
syaitan-syaitan tidak tidur pada siang hari.
Merujuk kepada surat khabar, anda sudah mendapat berita
dengan hanya membaca beberapa perenggan pertama bagi setiap laporan. Kemudian
jika anda membacanya dengan manhaj fokus dan prioriti, 80% dari laporan yang
dikemukakan boleh diabaikan. Semua ini membolehkan anda khatam membaca surat
khabar dalam masa 15 minit sahaja.
Ada pun sukan, maka Islam menganjurkan kita untuk bersukan
demi kekuatan dan kesihatan. Berkenaan kekuatan, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
الْمُؤْمِنُ
الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى
اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ.
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah
berbanding mukmin yang lemah.[5]
Ada pun kesihatan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
lazim berdoa:
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ
وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ
وَأَهْلِي وَمَالِي .
Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau kesihatan yang baik di
dunia dan akhirat. Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau keampunan dan kesihatan
yang baik dalam urusan agamaku, duniaku, ahli keluargaku dan hartaku.[6]
Walaubagaimana pun bezakan bahawa Islam menganjurkan kita
bersukan dan bukan menonton orang lain bersukan. Saya sebenarnya amat hairan
memerhatikan gelagat orang yang menonton orang lain bersukan. Bukan sekadar
menonton, mereka menyokong pasukan yang ditonton dengan penuh jiwa dan raga.
Mereka menunggu perlawanan bermula dengan penuh debaran. Mereka memerhati
perlawanan dengan penuh kekhusyukan, kekhusyukan yang mengalahkan semua nilai
khusyuk solatnya dalam sehari. Jika pasukan yang disokong menang mereka
melompat kegembiraan. Jika sebaliknya, mereka tunduk kesedihan mengalirkan air
mata.
Kepada para penonton seumpama perenggan di atas, saya ingin
bertanya beberapa soalan mudah. Jika anda sakit, adakah pasukan yang anda
sokong datang untuk menziarahi anda? Jika anda menghadapi kesempitan kewangan,
adakah pasukan yang anda sokong memberikan sumbangan atau pinjaman? Jika anda
gagal dalam kehidupan, adakah pasukan yang anda sokong akan membantu anda
mencapai kejayaan? Saya yakin jawapannya tidak. Oleh itu kenapakah anda
menyerahkan segala jiwa dan raga, termasuk masa anda, kepada satu pasukan yang
tidak kisah langsung tentang anda?
Ada pun menonton TV, maka tontonlah dengan manhaj fokus dan
prioriti, iaitu satu dua rancangan yang memberi manfaat kepada pembangunan
minda. Percayalah, kebanyakan pemilik syarikat siaran TV tidak menonton apa
yang disiarkan oleh syarikatnya melainkan beberapa rancangan yang terpilih.
Mereka tahu, jika mereka menonton TV saban hari, mereka tidak akan menjadi
individu berjaya yang dapat memiliki sebuah syarikat siaran TV.
Akhir sekali, makan bersama-sama rakan dianjurkan oleh Islam
kerana memiliki keberkatan di dalamnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
pernah menegaskan:
فَاجْتَمِعُوا
عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ
يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ.
Berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama Allah
padanya (Bismillahi Rahmani Rahim), nescaya makanan kalian akan diberkati.[7]
Oleh itu makan bersama adalah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Akan tetapi menghabiskan masa yang lama ketika makan bersama adalah pembaziran
masa dan pembaziran adalah sunnah……
Masa tidak berhenti untuk menunggu sesiapa. Maka janganlah
membazir masa dengan melakukan perkara yang sia-sia.
Langkah 4 : Di Celah-Celah Masa Ada Masa.
Sebenarnya dalam keterbatasan masa yang dihadapi, kita boleh
memiliki masa yang lebih. Berikut dikemukakan beberapa tip untuk mencari masa
di celah-celah masa:
Berani berkata
tidak. Apabila orang lain mengajak anda untuk melakukan aktiviti yang sia-sia
atau minimum manfaatnya, beranikan diri berkata tidak. Tolaklah ajakan tersebut
dengan sopan, umpama: “Tak mengapa silakan, saya ada kertas kerja fakulti yang
belum disiapkan.” Atau yang lebih baik: “Tak mengapalah, saya ada kertas kerja
fakulti yang belum disiapkan. Hmm! Alang-alang anta ada masa lapang, jom kita
siapkan bersama?”
Gunakan kaedah
temujanji (appointment). Kaedah temujanji bukan hanya untuk orang yang sudah
berjaya tetapi juga untuk orang yang ingin berjaya. Apabila ada rakan yang
ingin menziarahi anda, tetapkan waktu bermula dan berakhir. Apabila ada
mesyuarat persatuan, minta ditetapkan waktu mula dan akhir. Kemudian jangan
anda berganjak dari waktu yang dijanjikan. Kaedah ini mungkin kurang selesa
bagi rakan atau ahli-ahli persatuan anda, justeru sejak awal berilah penjelasan
yang hikmah tentangnya.
Manfaatkan bas dan
tandas. Dua suasana yang lazim kita lalui tetapi tidak sedar bahawa masa boleh
dimanfaatkan di dalamnya. Ketika dalam pengangkutan awam dan tandas, kita
sebenarnya memiliki masa untuk membaca, mengkaji dan berfikir. Maka janganlah
bazirkannya dengan nyanyian dan khayalan.
Do Not Disturb.
Peranan tanda Do not disturb please bukan saja untuk digantung pada tombol
pintu bilik hotel, tetapi juga untuk digantung pada tombol pintu bilik asrama
atau dileher anda. Apabila anda sedang melakukan aktiviti yang penting, cuba
elakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan gangguan. Senyapkan talifon
bimbit. Tutup pintu bilik asrama. Pastikan rakan perbincangan di perpustakaan
adalah mereka yang benar-benar fokus dalam perbincangan.
Ketahuilah bahawa satu gangguan akan merosakkan fokus anda
pada kadar dua hingga tiga kali ganda dari tempoh gangguan itu sendiri. Sebagai
contoh, anda mungkin mengambil masa 20 saat untuk membaca dan menjawab satu pesanan
ringkas (SMS). Akan tetapi anda akan mengambil masa 1 minit untuk mengembalikan
fokus kepada apa yang sedang anda lakukan sebelum itu. Kemudian, lazimnya SMS
tersebut akan berbalas semula. Oleh kerana itulah dikatakan: A minor
interruption will lead to many other interruptions.
Cepat bukan jimat.
Wujud satu kefahaman, bahawa sesuatu aktiviti yang dilakukan dengan cepat akan
menjimatkan masa. Sebenarnya tidak. Ia bahkan membazir masa. Sebabnya:
- Cepat menyebabkan anda terpaksa menggunakan fikiran pada kadar yang tinggi. Ini menyebabkan ia cepat letih sehingga tidak dapat melakukan aktiviti seterusnya dengan efisyen.
- Cepat menyebabkan projek yang anda lakukan memiliki banyak kesilapan dan kekurangan. Akhirnya anda terpaksa melakukan semula dari awal untuk menampung kesilapan dan kekurangan tersebut demi mencapai kualiti yang memuaskan.
- Anda akan mudah marah dan merungut apabila berlaku gangguan yang tidak dijangkakan. Ini kerana gangguan tersebut mempengaruhi kadar kecepatan anda. Namun yang sebenarnya mengganggu ialah sikap anda yang ingin cepat sehingga mudah marah dan merungut. Satu gangguan mungkin mengambil masa 5 minit, tetapi anda akan memerlukan 15 minit untuk kembali tenang dan lapang.
- Anda mungkin dapat membaca buku dalam masa yang cepat (speed reading). Akan tetapi dalam kecepatan tersebut banyak poin penting yang anda tertinggal atau salah faham. Kemudian apabila ingin membuat kertas kerja, anda gagal mengemukakan maklumat yang bermanfaat dan tepat padahal semuanya sedia terkandung dalam buku-buku yang sudah anda baca sebelum itu. Akhirnya anda terpaksa merujuk semula kepada buku-buku tersebut.
Oleh itu cepat bukanlah jimat. Sikap yang terbaik ialah
dipertengahan antara cepat dan lambat. Sikap yang dimaksudkan ialah tenang.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berpesan:
اَلتَّأَنِيْ
مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ
الشَّيْطَانِ.
Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan
adalah dari syaitan.[8]
Lakukan pelaburan
masa. Pelaburan bererti menggunakan modal yang kecil untuk memperoleh manfaat
yang besar di kemudian hari. Pelaburan bukan sahaja berkaitan dengan wang
ringgit, tetapi juga masa. Gunakan masa yang sedikit sebagai pelaburan untuk
mencapai manfaat masa yang besar di kemudian hari.
Satu contoh mudah, saya yakin para pembaca sekalian lazim
menggunakan perisian Microsoft Word untuk menyiapkan kertas kerja kuliah dan
sebagainya. Saya juga menggunakannya untuk menulis risalah ini. Pada mulanya
saya menggunakan perisian tersebut secara terus tanpa belajar apa-apa
tentangnya. “Alaah! Microsoft Word! Siapa yang tak tahu guna?”
Akan tetapi pada satu hari, saya mengambil keputusan untuk
belajar tentangnya. Saya membeli buku The Complete Idiot’s Guide To Microsoft
Word 97 oleh Daniel T. Babola yang diterbitkan oleh QUE Corporation, tahun
1996.
Saya mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk mengkajinya.
“Wah! Sungguh banyak yang mampu dilakukan oleh perisian ini. Dan semua itu
dapat dilakukan dengan amat mudah.” Demikian bisik hati saya. Apa yang saya
belajar dalam tiga minggu tersebut, sepuluh tahun yang lalu, dapat saya
manfaatkan hingga hari ini. Tiga minggu tersebut merupakan satu pelaburan masa
yang benar-benar menguntungkan. Ia, alhamdulillah, membolehkah saya melakukan
pelbagai kerja dengan perisian Microsoft Word dan semuanya dapat dilakukan
dengan mudah dan kemas.
Tak dapat bayangkan apa yang saya maksudkan? Cubalah anda melaburkan
masa membacanya. Carilah edisi yang terkini. Saya yakin kertas kerja kuliah
dapat anda siapkan dengan kemas lagi canggih dalam masa sejam berbanding tiga
jam sebelumnya.
Belanjakan RM
untuk masa. Ada satu kata pepatah Inggeris: Time is more valuable than money.
Iyya! Masa lebih bernilai dari wang ringgit. Maka gunakanlah wang ringgit untuk
memperoleh masa yang lebih. Kertas kerja kuliah anda sekali lagi saya jadikan
contoh. Adakah anda terpaksa ke makmal komputer atau cybercafe untuk menaipnya?
Banyak masa yang terbuang di sana, dari menunggu giliran sehinggalah kepada
petunjuk di skrin yang tidak bergerak searah dengan tetikus.
Sebagai alternatif lain, cuba beli komputer riba sendiri.
Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak. Memadai komputer riba terpakai
dengan kelajuan prosesan sederhana. RM1500.00 yang anda belanjakan akan dapat
menjimatkan masa anda dalam jumlah yang tidak dapat dihitung.
Menyentuh berkenaan mencari masa di celah-celah masa, saya
tidaklah bermaksud agar para pembaca sekalian menggunakan seluruh masa yang ada
untuk bekerja keras. Islam tidak menyuruh umatnya menjadi rahib yang hanya
beribadah mahu pun robot yang hanya bekerja. Sebaliknya Islam membolehkan agar
ibadah dan kerja diselang-seli dengan lawak jenaka, sembang-sembang bersama
rakan dan beristirehat. Ringkasnya, setiap sesuatu ada masanya, yang penting
hendaklah kita membahagikannya secara adil.
Salah seorang sahabat dan juru tulis Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bernama Hanzhalah al-Usaidi radhiallahu 'anh pernah
menceritakan: ‘Satu hari saya berjumpa dengan Abu Bakar as-Shiddiq radhiallahu
'anh.” Abu Bakar bertanya: “Kamu apa khabar?”
Hanzalah menjawab: “Saya telah melakukan satu kemunafiqan!”
“Subhanallah! Apa yang kamu cakap
ni?"
“Sebentar tadi saya bersama
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda mengingatkan kami berkenaan
neraka dan syurga sehingga seolah-olah saya dapat melihat dengan mata saya
sendiri. Apabila saya berangkat pulang dari sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, saya bermain-main bersama isteri dan anak-anak serta melakukan
beberapa urusan sehingga saya lupa kebanyakan (dari apa yang dipelajari dari
Rasulullah sebelum itu).”
“Demi Allah! Saya juga pernah
mengalami hal yang sama!” ujar Abu Bakar.
Kemudian Hanzhalah dan Abu Bakar pergi berjumpa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Hanzhalah berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah
menjadi seorang munafiq!”
Rasulullah bertanya: “Kenapa sedemikian?” Lalu Hanzhalah
menceritakan apa yang terjadi padanya. Lalu Rasulullah bersabda:
وَالَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ لَوْ تَدُومُونَ
عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي
وَفِي الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلاَئِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي
طُرُقِكُمْ وَلَكِنْ يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً
وَسَاعَةً (ثَلاَثَ مَرَّاتٍ).
“Demi Allah yang jiwaku berada di
Tangan-Nya, kalau kalian sentiasa dalam keadaan seperti ketika bersamaku dan
kalian sentiasa berzikir, nescaya para malaikat akan menemani kalian di atas
tempat tidur dan juga di jalanan.
Akan tetapi wahai Hanzhalah, segala sesuatu ada masanya.”
(Baginda mengulanginya tiga kali).
Tujuh Tip Mencari Masa Di Celah-Celah Masa:
1. Berani Berkata
Tidak.
2. Gunakan Kaedah
Temujanji.
3. Manfaatkan Bas
Dan Tandas.
4. Do Not Disturb.
5. Cepat Bukan
Jimat.
6. Lakukan
Pelaburan Masa.
7. Belanjakan RM
Untuk Masa.
Langkah 5 : Carilah Keberkatan Dalam Masa.
Sebelum ini saya ada menerangkan tentang formula masa dan
pergerakan jam. Memang, ia tidak dapat diubah. Akan tetapi sebagai seorang
mukmin, kita beriman kepada wujudnya sesuatu yang istimewa di sebalik formula
masa dan pergerakan jam. Perkara istimewa tersebut tidak dapat diukur dengan
apa-apa formula dan tidak dapat dilihat pada mana-mana jam.
Perkara istimewa tersebut ialah keberkatan yang dikurniakan
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada para hamba-Nya yang terpilih. Dengan
keberkatan ini, seseorang itu mampu melakukan banyak perkara bermanfaat untuk
agama, umat, manusia dan alam sekali pun dalam formula masa dan pergerakan jam
yang tetap sama.
Bagaimanakah memperoleh atau mencari keberkatan dalam masa?
Berikut dikemukakan dua cara:
Memberi perhatian
kepada hal-ehwal ibubapa.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ
وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ.
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
Luangkanlah masa sekurang-kurang seminggu sekali untuk
menalifon ibubapa atau menulis surat kepada mereka. Sebulan sekali, baliklah ke
kampung menziarahi dan memperhatikan hal ehwal mereka. Dalam zaman materialisme
dan individualisme masa kini, ibubapa sering diketepikan. Akan tetapi
ketahuilah, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa kita. Jika ibubapa
redha kepada kita, Allah juga akan redha kepada kita. Apabila Allah redha
kepada kita, tidak ada perkataan yang mampu saya taip untuk menggambarkan
hasilnya.
Sedekahkan masa.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
مَثَلُ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ
سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ
مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ
لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ
عَلِيمٌ.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya
pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh
tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah
Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [al-Baqarah
2:261]
Dalam ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan
pulangan dividen harta bagi sesiapa yang sebelum itu mensedekahkan hartanya
secara ikhlas untuk kebaikan agama dan umat Islam. Secara analogi, demikianlah
juga dividen masa yang akan diperoleh oleh sesiapa yang mensedekahkan masanya
secara ikhlas demi kebaikan agama dan umat Islam. Sedekah masa yang saya
maksudkan ialah melakukan kerja-kerja sukarelawan. Kerja sukarelawan tersebut
bukanlah kerana kumpulan atau persatuan, tetapi kerana agama dan umat.
Antara kerja sukarelawan yang saya maksudkan ialah mengajar
tusyen kepada pelajar-pelajar sekolah luar bandar, melawat hospital, melawat
rumah orang tua, melawat rumah orang kurang upaya dan memperbaiki rumah yang
rosak di kawasan kampung. Jika anda menguasai ilmu agama, lakukanlah amar
ma’ruf dan nahi mungkar. Jika anda menguasai ilmu perbandingan agama, maka
jadilah seorang pendakwah. Sesiapa yang mensedekahkan masanya demi kebaikan
agama dan umat Islam, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengurniakan
kepadanya kelapangan masa untuk melakukan pelbagai lagi perkara yang
bermanfaat.
Dua perkara di atas, iaitu memperhatikan hal-ehwal ibubapa
dan melakukan aktiviti sukarelawan telah saya senaraikan ketika mengupas
langkah pengurusan masa # 1. Di sana saya senaraikan bahawa jumlah perkara yang
hendak dilakukan oleh seseorang hendaklah dikurangkan kepada:
- Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
- Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.
- Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa di kampung.
- Menyertai hanya satu aktiviti sukarelawan di kampus.
Apabila anda melakukan perkara ketiga dan keempat secara
ikhlas dan sebaik-baiknya, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengurniakan
keberkatan dalam masa anda sehingga anda memiliki kelapangan untuk melakukan
perkara-perkara lain yang bermanfaat. Maka setelah itu, senarai empat perkara
di atas boleh anda tambah menjadi lima, enam dan seterusnya. Akan tetapi ingat,
hendaklah perkara yang anda tambah itu masuk dalam kategori firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala:
وَالْعَصْرِ
(1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Sesiapa yang mensedekahkan masanya demi kebaikan agama dan
umat Islam, maka Allah akan mengurniakan kepadanya kelapangan masa untuk
melakukan pelbagai lagi perkara yang bermanfaat.
Credit to : http://al-nidaa.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)