Tuesday, October 16, 2018

HENSHIN

Hidup dalam fasa akhir sebelum berlakunya kiamat ini sememangnya penuh dugaan. Setiap yang kita lakukan akan dipersoal dan dihakimi menurut kepala fikiran masing-masing. Semua orang mahu berubah atau setidaknya pernah teragak untuk berubah menjadi individu yang lebih baik. Namun hakikat yang perlu kita telan, untuk berubah bukanlah sesuatu yang mudah. Iya, berubah mudah tapi untuk istiqamah itu sukar.

Majoriti manusia hari ni banyak menghabiskan masa dengan dunia siber yang semakin hari semakin lancang dan tenat. Kerana apa? Kerana leka dengan buaian dunia termasuklah aku sendiri. Kita leka dan lena dengan setiap nikmat yang diterima. Sesekali dilanda musibah, kita masih boleh bercakap "Oh, takpa. Bukan negara aku yang kena". Bila mana negara kita ditimpa bencana dan kita selamat, orang akan berkata "Oh, takpa. Bukan kawasan aku kena" sehinggalah betul kena pada hidung sendiri. Baru sibuk nak cari Tuhan.

Realiti hari ini nak berubah tak mudah. Pernah tak kita tanya pada diri sendiri, sampai bila aku nak hidup bergelumang dengan dosa macam ni? Peringatan demi peringatan dah diberi. Kita sudah dipesan sejak 1400 tahun terdahulu tapi masih sombong dan bongkak untuk tak belajar dari pengajaran yang terhidang.

Ada seorang kawan aku ni, dia ni lahir dalam keluarga yang tak begitu senang. Broken family. Daripada dia kecik sehinggalah besar, dia terdedah dengan begitu banyak masalah sosial sehingga dia merasakan dia taknak teruskan hidup. Mahu ditamatkan riwayat hidup ketika itu juga. Alhamdulillah, dia masih lagi waras. Dia cuba untuk berubah. Daripada tak menutup aurat kepada pakaian yang lebih sempurna. Usaha dia tidak berjalan dengan mudah. Kerana apa?
Kerana manusia yang menghukum tanpa neraca. Berkata apa yang mereka rasa tanpa memikirkan kesan perkataan mereka. Berselindung disebalik papan kekunci, mereka dengan rakusnya menghina, memaki dan mengeji kumpulan yang mahu berubah ini. Mereka rasa mereka mulia kebal api neraka. Masyarakat yang tidak membantu tapi menyusahkan lagi fasa perubahan individu ke arah kebaikan. 

Dalam hal ini, kita tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya pada satu satu pihak semata tetapi juga diri sendiri. Adakah kita bersedia? 
Tidak terhenti setakat itu, dosa-dosa lampau sentiasa menghantui sehingga menyebabkan diri rasa begitu hina dan tidak layak jadi baik. Setiap daripada kita melakukan dosa. Tidak kira dosa kecil, besar, kering atau secara tidak sedar, kita semua tetap pendosa. Dosa semalam inilah yang menyebabkan kita susah nak berubah.
Kawan aku seorang ni akhirnya berjumpa dengan seorang ustaz yang selalu memberi ceramah motivasi tentang bagaimana mahu menjadi manusia yang lebih baik. Nasihat yang baik tidak hanya keluar daripada seorang ustaz, atau motivator tetapi daripada sesiapa sahaja. Jadi ustaz tersebut ada mencadangkan 15 perkara untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam.

1. Keazaman yang tinggi.
2. Perbaiki niat.
3. Berusaha lebih daripada kebiasaan.
4. Jangan malas.
5. Jangan tinggalkan kewajipan sebagai orang islam
6. Cari inspirasi atau motivasi
7. Istiqamah
8. Optimis
9. Keluar daripada zon selesa
10. Berkawan dengan orang yang baik-baik
11. Jangan putus asa dengan rahmah Allah
12. Perbanyakkan bersyukur
13. Sentiasa membantu orang yang memerlukan.
14. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh
15. Kenali potensi diri.

Allah telah berfirman dalam al-Quran, dijelaskan:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri". (QS ar-Ra'd:11)
Berdasarkan pelbagai contoh yang terhidang di depan mata kita, apa lagi alasan untuk kita tidak berubah ke arah kebaikan. Semakin hari hayat kita semakin sedikit. Semakin kita dekat dengan kematian. Aku juga sama seperti korang semua. Mungkin kerana Allah menutup aib kita, menampakkan seakan kita lebih baik daripada orang lain. Hakikatnya kita sendiri yang tahu. 

Oleh itu, kita semua perlu bangkitkan potensi diri. Henshin! 


Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang menjadi masalah ialah, kita ni nak berubah, atau kita ni nak taknak. Kalau kita nak, Allah akan buka jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita dalam kita tidak sedar akan nikmat itu. Tapi, kalau nak taknak, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.
“Susahla nak berubah…..”
“Saya dah cuba, TAPI……”
“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”
“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”
Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Aku tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni salah. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut? Tu persoalannya.
Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Aku rasa semua maklum melainkan Allah berikan dia hidayah dihujung hayatnya.

Sebab itulah dalam mengerjakan apa-apa perkara, kita kena ada tekad. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan.

In shaa Allah dengan sedikit perkongsian di atas dapat menjadi asbab untuk kita berubah. Berubah ini makan masa dan ada yang makan tahun. Jangan gelojoh, jangan gopoh. Amalkan sedikit tips dan tambahkan lagi bahan bacaan dan ilmu kita supaya, kita ni tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan. Moga kita dapat amal dan ditempatkan bersama dengan orang yang kita sayang di dalam syurga Allah.

No comments:

Post a Comment