Wednesday, October 3, 2018

B'Day story

Alhamdulillah kerana sampai hari ni kita masih lagi bernafas, masih lagi diberi peluang untuk berbuat amal di bumi tuhan yang aman permai ni. Kelmarin merupakan hari yang istimewa sikit buat aku, kerana apa? Birthday!! So since umur dah tak begitu muda tapi masih belia ni, aku ada plan untuk sambut birthday seorang diri. Self treatment kata orang.

Apa benda paling best yang korang boleh buat masa birthday? Certain orang dia akan ajak kawan-kawan dia untuk sama-sama meraikan. Aku ada plan jugak macam tu tapi disebabkan kewangan yang terhad dan kesibukan rakan-rakan dan ahli keluarga, aku decided untuk jalan sendiri. Penat jugak nak fikir apa benda nak dibuat seharian tu.

Permulaan hari aku dimulakan dengan aktiviti rutin, pergi hantar adik-adik ke sekolah then bersarapan. Aku ada masalah sikit kalau nak bersarapan sorang dekat luar sejak lahir ni tapi untuk hari tu, aku chill saja makan seorang. Habis makan terus balik buat kerja rutin yang lain macam sidai kain, cuci pinggan dan jugak kemas rumah. Mithali? Hahaha belum lagi guys. Itu tanggungjawab normal selaku penghuni rumah.

Selesai semua benda basic, aku duduk bersantai atas lantai. Akhir zaman ni masa berlalu begitu pantas, aku takkan biarkan hari aku berlalu begitu saja. Aku bawa kereta Saga Aeroback 1.6 tahun 2000 memacu laju ke pusat bandar, nak melaksanakan niat yang terpendam sejak dahulu. Tempoh 15 minit perjalanan aku sampai ke destinasi, iaitu salah sebuah mall terbesar dekat bandar Seremban. Aku cari parking free berdekatan mall dan terus melangkah gagah.

Cuaca mendung dan tunggu hujan. Tak fikir panjang, aku memanjangkan langkah ke sebuah cafe' yang paling popular dan hipster di Malaysia. Guess what? Starbuck. Last aku minum cappuccino dekat Starbuck ni tak silap aku dalam tahun 2014 itu pun sebab kawan yang belanja. Nak harapkan sendiri pergi memang tidaklah. Depan kaunter tu, aku order minuman yang sama. Jujurnya sebab aku tak pandai nak order benda lain yang pelik-pelik tu.

Jam tunjuk pukul 11.30 pagi, dan hujan turun selebatnya. Aku pilih untuk duduk mengadap tingkap sambil melihat kesibukan rakyat marhaen mencari rezeki untuk anak isteri. Aku tenang menikmati aroma kopi yang sangat mengasyikkan.  Masa ni macam-macam dalam kepala nak dilempar belakang. Tahu apa tu? Throwback kata orang negeri sembilan. Bukan selalu dapat enjoy moment macam ni. Sekali sekala boleh sebab kalau selalu, akaun bank aku pulak menangis.

Tak lama lagi aku kena report duty, nak kena mula berkhidmat dalam sektor kerajaan setelah beberapa tahun dalam sektor swasta. Aku nak hadiahkan diri sendiri pakaian baru. Lama dah tak beli baju baru. Aku rasa aku ni seorang yang bercitarasa tinggi tapi berpendapatan rendah. Jadi kita tenang saja beli yang kemas dan mampu milik. Baju-baju selama ni semuanya hadiah orang. Jarang beli kemeja sendiri, asal ada alhamdulillah.

Next is movie time. Korang tahu apa pilihan aku? Haruslah PASKAL. Kenapa PASKAL dan bukannya movie lain? Sebab semangat patriotik dalam diri tu membara. Kah kah kah. Takdalah, aku pun cuba nasib saja dengan movie ni sebab bagi aku ini satu genre cerita Malaysia yang berbeza. Sinopsis cerita dia agak light tapi sepanjang movie dia aku kagum. Aku tak sangka dengan perkembangan cerita dia boleh jadi menarik macam tu. Aku bagi 9/10 sebab takda movie yang perfect. Bagi yang belum tengok tu, pergilah tengok. Sikit lagi movie ni mencapai taraf Hollywood. 

Selasai movie dalam jam 4.30 petang then aku pun beransur pulang. Dalam kepala terfikir jugak nak belanja family makan apa untuk celebrate birthday sendiri. Dalam kepala masih menu yang sama, satay, dominos pizza, KFC atau masak sendiri. Sampai rumah aku keletihan berjogathon seharian, so aku baring langsung terlelap lepas asar tu. Cepat betul waktu petang aku berlangsung. 

Bangun tidur saja aku tersedar dah maghrib. Azan berkumandang menggegarkan roh yang terlena. Habis solat maghrib, perut lapar. Perut aku memang biasa lapar tapi kali ni lebih lapar dari lapar biasa. Aku pelik jugak kenapa takda seorang pun family member aku kejut. Dari tingkat 2 rumah, aku jengok ke tingkat bawah tengok rumah gelap semacam. Kenapalah diorang keluar tak bagitau. Aku tak kisah pun, aku chill macam biasa. Then turun nak ke dapur tetiba lampu terbuka, menerangi segenap ruang rumah. HAPPY BIRTHDAY!!

Ya Allah, kejutan apakah yang berlaku ini? Aku tak sangka sungguh diorang tak bagitau pun nak celebrate birthday aku. Aku tengok dekat dapur dah terhidang segala macam makanan, macaroni bakar, ayam KFC, koktail buah campur, dan macam-macam lagi. Aku terharu. Selama ni tak pernah pun diorang plan dan menjadi macam ni. Alhamdulillah, moga Allah luaskan pintu rezeki mereka seluasnya. 

Korang boleh amalkan doa ini untuk keberkatan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan dipermudahkan rezeki.

اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمُورَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا والآخرة إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya : Ya Allah! Panjangkanlah umur kami, sehatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala kebutuhan kami dalam pada agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Macam itulah perjalanan kehidupan aku untuk satu hari yang penuh bermakna. Aku doakan agar setiap daripada mereka yang berusaha membahagiakan orang lain akan terus dibawah lindungan Allah s.w.t. Dalam masa yang sama kita kena sentiasa sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Meningkat umur kita, semakin dekat masa kita dengan kematian. Bertemu Dia, Tuhan Sekalian Alam. 

By the way, kepada yang membaca blog ni, aku minta tolong sedekahkan al Fatihah kepada arwah ibu aku yang telah meninggalkan kami, 7 Oktober 2015. Sebab tu tarikh lahir aku sangat bermakna. Terima kasih kepada semua yang wish dan mendoakan yang baik baik untuk aku. Semoga Allah balas berpuluh kebaikan kepada kalian, in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment