Biasa kalau zaman sekolah dulu, perkataan skema ni biasa kita dengar merujuk kepada individu yang tak suka bergaul dengan kawan yang nakal. Diorang ni special sebab mereka nampak hambar tapi dalam diam ubi berisi. Skema ni bagi aku ada dua keadaan, ada yang okay dan ada yang tidak. Kalau jenis yang okay tu, elok jadi ketua pengawas perpustakaan. Dah pinjam, kena pulangkan on time. Undang-undang sekolah dalam poket, pandai menjalankan amanah tanpa culas.
Kalau jenis tak okay ni pulak, diorang ni selalu hidup dalam dunia mereka sendiri. Apa yang diorang buat, diorang taknak orang lain ambik tahu. Susah nak bekerjasama dengan orang macam ni. Budak skema ni boleh diklasifikasikan dengan group nerd. Macam mana yang biasa kita tengok dalam movie atau drama, nerd ni biasa jadi mangsa buli atau membosankan. Creepy sometimes.
Kadang kala seseorang itu dianggap skema adalah
kerana mereka terlalu mengikut undang-undang. Tak kiralah dekat mana, dekat sekolah, kantin, jalan raya, mereka akan patuh pada peraturan. Budak skema ni bukannya
bodoh, tetapi oleh kerana sifat frail itu membuatkan mereka taknak melakukan kesalahan walaupun kesalahan kecil. Kesalahan tu boleh jadi dari segi
undang-undang atau peraturan setempat. Kalau kesalahan dari segi socialism, dan pergaulan
mereka akan langsung tidak mahu ambil risiko. Mereka lebih selesa berdiam diri daripada
menimbulkan risiko. Jenis mereka ni memang taknak langsung kacau orang, dia dengan dunianya sendiri.
Pelajar skema ni secara umumnya lebih selesa menumpukan perhatian terhadap
pelajaran. Mereka hanya banyak berkomunikasi dengan buku dan alat tulis.
Tak perlu bersosial. Ini yang bagusnya sebagai seorang pelajar. Tapi, skema ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama yang skema membabi buta, kedua skema yang bijak.
Budak skema yang mengkhinzir buta ni banyak menghabiskan masa dengan
buku dan alat tulis tanpa menggunakan inisiatif lain walaupun prestasi pelajaran
mereka tidak membanggakan. Mereka malas nak generate otak sendiri berfikir dan
menimba pengetahuan daripada orang lain untuk performance sendiri. Senang cerita, jenis makan sentiasa bersuap.
Budak skema yang bijak pula, diorang akan menggunakan apa yang ada untuk
satu tujuan yang paling penting. Ini bersamaan dengan falsafah “Orang yang
professional tidak akan membuat banyak kerja dalam satu masa”. Mereka banyak
bermain dengan falsafah. Ada kalanya mereka akan menjadikan seseorang watak
untuk diikuti / dicontohi apabila menghadapi sesuatu kesukaran atau cabaran. Kebanyakan jenis seperti adalah mereka yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan baru. Kumpulan ini sangat efektif dalam memberi idea dan cadangan.
Masa aku sekolah dulu, ada seorang kawan skema ni. Dia lelaki tapi dia tak suka kawan dengan lelaki. Dia lebih cenderung berkawan dengan kawan-kawan perempuan. Kenapa? Sebab katanya lelaki ni kasar. Eh, kena faham yang dia ni bukan lembut sotong kering direndam 12 jam tu. Dia normal tapi dia ni suka belajar dan ikut peraturan yang ditetapkan. Jenis budak-budak harapan sekolah, guru dan mak ayah diorang. Kawan jenis ini banyak membantu dalam pelajaran kita walaupun social skill diorang rendah tapi bab knowledge, jangan buat main. Hebat diorang dari kita.
Aku takda isu langsung dengan orang macam ni sebab mereka tak pernah menyusahkan orang. Dulu masa sekolah, aku jadi head boy. Ketua pengawaslah senang cerita. Kawan skema inilah yang banyak bantu aku dalam pelajaran. Maklumlah aku busy dengan program, jadual bertugas dan lain-lain. Bagi aku, setiap orang ada keistimewaan tersendiri.
Cuba perhatikan dalam kalangan kawan korang, ada yang jenis macam ni? Kalau tak ada, mungkin koranglah yang skema tu.
Islam sebenarnya dari dulu mengajar dan mendidik kita untuk menjadi individu yang skema. Individu yang mengikuti tuntutan dan suruhan Maha Esa. Bukannya jadi skema fahaman mainstream tapi ikut tuntutan ilahi. Macam mana tu? Boleh jelaskan? In shaa Allah nanti kita sambung dalam post Skema II.
No comments:
Post a Comment