Thursday, October 11, 2018

Kuman Gergasi II

Sambungan kisah daripada Aziz dan Meor, aku nak kongsikan sedikit tentang kerdilnya kita sebagai manusia. Kehidupan kita hari ni nampak pelbagai jenis manusia, ada yang sombong dan ada yang humble. Allah memang tak suka manusia sombong ni. Dalam sebuah hadis dari Ibnu Abbas RA ia berkata: 

Rasulullah SAW bersabda, “Allah Jalla wa ‘Alaa berfirman : Sombong itu adalah selendang-Ku dan kebesaran itu adalah pakaian-Ku, maka brgsiapa mencabut salah satunya dari-Ku, Aku akan melemparkan org itu ke neraka”. [HR. Ibnu Majah,dlm Targhib wat Tarhib juz 3,hal.563]

Kenapa kita manusia yang kerdil ini perlu merasakan diri kita besar? Adakah kerana kita dilahirkan sempurna fizikal, dikurniakan rezeki oleh Allah untuk duduk diatas lantas kita menjadi seorang manusia sombong. Pesanan untuk diri sendiri, andai satu hari nanti aku menjadi seorang pengarah dalam sesebuah organisasi, tolong ingatkan aku dari mana asal aku. Di bawah ni aku ada letak video, moga kita sedar betapa kumannya kita berbanding kekuasaan Allah SWT.


Lepas tengok video diatas, apa yang terlintas dalam fikiran korang?

Aku nak kongsikan sikit buah fikiran aku pasal kerdilnya kita ni. Mungkin boleh jadi penanda untuk tidak besarkan diri lepas ni. Setidaknya untuk orang yang lebih rendah dari kita.
Okay, kita mulakan dengan malaikat. Terdapat banyak riwayat terutamanya Hadith yang menceritakan besarnya saiz Malaikat. Kebanyakan saiz Malaikat dikisahkan dengan perbandingan saiz bumi, langit, jarak cahaya, jarak masa, antara timur dan barat, dan perbandingan lain yang berskala besar menunjukkan bahawa saiz sebenar Malaikat adalah jauh sangat besar berbanding saiz manusia.
Rasulullah  pernah melihat rupa sebenar Malaikat Jibril sebanyak 2 kali, iaitu ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Perkara ini diceritakan sendiri di dalam al-Quran:
(5) Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat Jibril) yang amat kuat gagah, - 
(6) Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia (malaikat Jibril) memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
(7) Sedang ia (malaikat Jibril) berada di arah yang tinggi (di langit);
(8) Kemudian ia (malaikat Jibril) mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
(9) Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
(10) Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya
.......
(13) Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
(14) Di sisi "Sidratul-Muntaha";
(15) Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
(16) (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
(17) Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. 
(18) Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
– al-Quran, Surah an-Najm, Ayat 5-9, 13-18
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj itu, Rasulullah yang melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenar lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap, apabila dibuka satu sayap maka gelaplah seluruh bumi ini. Namun begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah bahawa jangan memujinya kerana Rasulullah masih belum melihat Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, jika masih ada Malaikat yang lebih hebat daripadanya?" Malaikat Jibril menjawab,
"Ya, ada. Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril."
Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?" Jawab Malaikat Jibril,
"Tidak, Malaikat yang memikul Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2,400 sayap yang satu sayapnya menyamai 1,200 sayap Malaikat Israfil".

Salah satu riwayat memperihalkan pula tentang saiz Malaikat pemikul Arasy itu.
"Telah diizinkan bagiku untuk menceritakan tentang seorang malaikat di antara malaikat-malaikat pemikul Arasy. Sesungguhnya apa yang ada di antara dua cuping telinganya sampai ke bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun (dalam riwayat lain, 700 tahun burung terbang dengan laju)."Hadith Riwayat Abu Dawud

Jadi, apalah sangat kita ni jika nak dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain. Banyak lagi rahsia yang belum terungkap. Tentang besar dan luasnya syurga dan neraka. Banyakkan mendalami ilmu, belajar tentang kebesaran Tuhan yang satu. Sama-samalah kita muhasabah diri. Masalah dunia yang menghimpit kita bukanlah masalah bagi Allah. Minta dan mohonlah sebanyak-banyaknya dari Dia. Sungguh, tidak akan dihampakan permintaan hambaNya. 

No comments:

Post a Comment