Monday, October 1, 2018

Kenapa kembang?

Malam kelmarin ada seorang sahabat sejawat ajak aku berjumpa. Beliau merupakan kenalan sewaktu aku mula berjinak dalam dunia pendidikan sebenarnya. Diringkaskan cerita, beliau kini bergiat aktif dalam mengusahakan kedai makan bersama isteri tercinta. Dalam tempoh 2 tahun aku tak berkesempatan nak bertanya khabar kepada sahabat seorang ni. Punyalah sibuk sampai aku sendiri tak tahu apa yang aku buat jadi sibuk macam tu. Sahabat seorang ni memang dikenali sebagai seorang yang kreatif dengan idea luar biasa dia. 

Berdasarkan lokasi waze yang diberi, aku follow saja sehinggalah sampai ke sebuah warung sederhana yang bernama "Warung Dakwat Tertumpah". Kenapa nama dia macam tu? Tanyalah pada tuan warung. Aku cakap dah yang dia ni luar biasa sikit.

Warung dia simple saja dan menjalankan berniaga dari sarapan pagi sehingga minum malam. Off sekejap pukul 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. Apa yang buat warung sahabat ni bertambah menarik, senarai menu dia. Aku sempat baca senarai menu dia antaranya roti malas, roti malas kahwin, roti malas double dan jugak roti malas sangat-sangat. Unik kan? Told yaa..

So sampai saja aku ke kedai tu, sapaan pertama yang aku dapat adalah "Kenapa makin gemuk?". Aku terdiam. You said what? Masa tu rasa nak patah balik saja. Kecik hati kawan hahaha. Then lepaklah kitorang around 3 jam sharing update terkini masing-masing. Catch up session kata orang. Kebetulan masa tu, kawan baik seorang lagi dah sampai. Langsung terbabas sampai jam 11.40 malam, kena balik sebab esoknya hari kerja.

Okay done intro

Dalam perjalanan aku balik, kepala aku ligat berfikir. Gemuk ke aku ni? And of course, tak overthinking macam biasa gegadis buat. Chill saja sebab kadang aku anggap tu as compilment. Why? Aku main gym, so itulah effect dia kan. Aku ambik Whey Protein untuk bulking tapi sampai hari ni kantoi bab cutting. Disiplin kelaut.

So aku balik dan study balik tips penjagaan makanan, badan dan semua yang berkaitan. Berbekalkan ilmu graduan sains sukan dan ditambah dengan ilmu yang dikongsi uncle google, aku berjaya menyiapkan satu jadual harian untuk kembali fit macam dulu. Since setiap daripada kita mempunyai kondisi badan berbeza, apa yang aku amalkan mungkin tak sama dengan apa yang orang lain buat. Apa pun usaha tu paling pentng. No pain no gain kan?

Rules untuk aku:

  1. Tukarkan segala jenis minuman kepada air mineral sahaja. (Ini susah sikit sebab aku gemar minum nescafe kaw. But it worth to try.)
  2. Jangan biarkan badan kita tidak bersenam lebih dari 3 hari. (Ini rasanya takda masalah sebab selain gym, equipment yang sedia ada dekat rumah dah cukup pun. Rajin malas saja yang tinggal.)
  3. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. (Ini susah sikit sebab bila duduk rumah dengan family, nikmat makan tu mashaa Allah.)
  4. Tetapkan matlamat diri. (Perancangan dah makan 2 tahun tapi hasil masih kelabu)
  5. Makan makanan berkhasiat tinggi dan kurangkan minyak. (Orang negeri sembilan memang suka makan lemak cili api, santan garam dia tak banyak tak padu.)
Setakat rules simple macam ni memang mudah nak disebut tapi nak praktikkan dia agak sukar. Takpelah, korang doakanlah aku dapat mencapai target dan konsisten sehingga aku umur 50 tahun ya? Aku pernah ulas benda ni dalam post yang terdahulu. 


Lecturer aku selalu sebut "Imposible is nothing" atau panjangnya, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Jujurnya bukan taknak keep on diet macam zaman universiti dulu tapi sekarang ni banyak komitmen menghalang pencapaian aku. Aku kagum dengan kawan yang still boleh control diet dia dari dulu. Salute!

Jaga badan ni bukan sebab nak orang pandang atau nak orang puji, apatah lagi nak menarik minat orang. Jaga badan ni sebab badan nak diguna lama. Allah bagi pinjam badan ni supaya kita jaga, dan secara tak langsung boleh beramal tanpa masalah. Jangan buat sebab orang suruh atau untuk orang lain. Kalau buat untuk orang lain, percayalah kesannya tak lama. So, jom kita sihat secara total. 



No comments:

Post a Comment