Hari Ahad macam biasalah keadaan mall dekat pusat bandar, sibuk dengan ribuan manusia yang ke sana ke sini mencari keperluan diri dan keluarga. Sambil berjalan menuju ke salah sebuah kedai buku ternama disitu, mata aku terleka melihat gelagat manusia dalam tu. Dalam hati terdetik macam-macam perkara.
"Buku biasa saja. Saja isi masa waktu lapang hilangkan bosan." jawab si adik bersahaja.
"Komik?"
"Bukan, buku biasa saja" katanya sambil menghulurkan buku tersebut.
Aku terdiam. Macam tak percaya sebab adik aku biasa minat komik dan majalah tentang memancing. Aku sangkakan buku biasa dimaksudkan adalah ensiklopedia sains atau teknologi. Rupanya buku yang dibeli adalah buku Novel Sejarah Islam - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Mungkin adik aku dah matang. Matang sebelum usia.
Aku terdiam. Macam tak percaya sebab adik aku biasa minat komik dan majalah tentang memancing. Aku sangkakan buku biasa dimaksudkan adalah ensiklopedia sains atau teknologi. Rupanya buku yang dibeli adalah buku Novel Sejarah Islam - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Mungkin adik aku dah matang. Matang sebelum usia.
Siapakah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ni?
Sedikit maklumat ringkas tentang beliau. Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani merupakan seorang pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi dan pemimpin mazahab Sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H, 1078 M, di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.
Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"), kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufiyang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.
Mata manusia melihat sahaja tapi tak merasai. Kita banyak menilai dan menghukum berbanding memahami dan menelusuri kisah hidup seseorang. Dengan kehebatan zaman fitnah kini, segalanya menjadi semakin mudah dan semakin bahaya. Kerana satu berita palsu disebarkan, langsung semua manusia percaya.
Kejadian yang berlaku kurang satu jam tu memberi tamparan kepada aku. Betapa mudahnya kita buruk sangka dengan sesorang walaupun kita tak mengenali individu tersebut. Mungkin kerana busuknya hati kita menutup baiknya amalan manusia lain. Aku nak kongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Fadilah Kamsah.
6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI*
1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia
lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih
tinggi dariku".
2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah
banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu
dia lebih baik dariku."
4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam
hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai
kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui
dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam
hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu
lebih baik dariku."
6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir
usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi diakhir
usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik,
lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak
mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul
khatimah atau su'ul khatimah.
Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka
buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa
kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita
terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik
dengannya.
Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau
sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah
disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar. Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri.
Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita
masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan
memperkatakan keaiban orang lain.
Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari
kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan
mencari kotoran dan najis diserata tempat. Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment