Wednesday, October 10, 2018

Kuman Gergasi

Ini kisah tentang si kaya bernama Aziz dan sahabatnya, Meor seorang yang susah namun cekal. Aziz membesar dengan kemewahan yang dimiliki oleh bapanya, seorang usahawan berjaya. Kekayaan tersebut terus diwarisi terus kepada anaknya Aziz menyebabkan Aziz kadang terlupa akan kekayaannya itu tidak berkekalan. Perasaan sombong terus mekar dalam dirinya. Berbeza dengan Meor yang sentiasa down to earth. Meor lahir dari keluarga yang susah namun sentiasa menghormati orang lain hasil didikan arwah bapanya.
Pada suatu tengahari yang mendung, Meor datang bertemu Aziz untuk meminjam sedikit wang buat pertama kali bagi memperkasa perniagaan burgernya. Namun, Aziz tak mengendahkan permintaan Meor dengan anggapan bahawa Meor hanya tahu meminjam dan malas bekerja. Aziz terlupa bahawa kekayaan yang dimilikinya bukanlah hasil dedikasi usahanya tapi daddy kasi. Kaya secara mudah. 
Kata-kata tidak bermotivasi tersebut diterima tidak mematahkan malah membakar semangat Meor seperti Goku Super Saiya ke-4. Meor tekad untuk membuktikan bahawa sahabatnya itu salah dan beliau bukanlah pemalas dan loser seperti tanggapan Aziz. Dengan sedikit tangisan keinsafan dan tekad, beliau mulakan langkah kanaknya.
Selain perusahaan burger pada waktu malam, waktu pagi beliau melakukan kerja 'Grab' bagi mencari dana tambahan perniagaannya. Menggunakan perkhidmatan motor E kali 5, beliau gigih bekerja. Siang dan malam. Meor tak lupa jugak untuk belajar secara online cara untuk memperkembangkan perniagaan secara telus tanpa riba. Tidak pernah tinggal solat dan senantiasa berdoa kepada yang Esa untuk mempermudahkan urusannya. Meor tahu yang Allah Maha Pendengar dan Maha Pemurah. Meor sedar beliau hanyalah kuman yang kecil jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah.
Berkat usaha Meor sedikit demi sedikit, beliau akhirnya berjaya mengembangkan bisnes burgernya menjadi terkenal seantero nusantara. Beliau kini tidak lagi perlu meminta daripada manusia tapi Allah s.w.t yang satu. Beliau kini memiliki wisma sendiri dan kereta mewah yang dibayar tunai. Walaupun hidup senang kini, Meor tak pernah lupa daratan. Beliau fly high but stay low
Kesimpulan cerita diatas, Allah takkan mempersia-siakan doa hambaNya. Sebesar mana kita rasa besar masalah kita, yakinlah bahawa masalah kita tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan nikmat dan kekuasaan Allah. Kita sentiasa rasa kita besar bila kita senang, hakikatnya kita hanyalah kuman yang kerdil. Pernah tak korang terfikir betapa kecilnya kita? Kalau korang pernah fikir dan muhasabah diri, pasti perasaan sombong takkan wujud dalam diri kita. Ikuti sambungan dalam kisah Kuman Gergasi II.

tulisan aku memang buruk sejak lahir, jangan judge ya :)

No comments:

Post a Comment