Saturday, May 3, 2014

Crush

Assalamualaikum, 
Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni. Sebenarnya aku agak kesibukan kebelakangan ini sampaikan aku rasa macam masa tu terlalu pantas berlalu. Terasa amat sangat pantas masa berlalu. Okay, lupakan. Walaupun aku malas nak menaip tapi atas permintaan kenalan, aku luangkan sedikit masa untuk menulis. Kalau taknak rasa buang masa, jangan baca.

CRUSH. Apa yang korang faham pasal crush ni? Jujurlah aku cakap, hal macam ni memang aku lambat pickup sikit dan aku baru tahu maksud dia ni masa aku berumur 18 tahun. I thought crush is something like food, iced blended atau candy crush. Salah rupanya. Crush dalam isu ni membawa maksud orang yang kita suka, orang yang selalu kita puji, orang yang kita sayang, cuma dia tak tahu yang kita suka dia, dan kita tak berani luahkan perasaan kat dia, sebab tu kita panggil dia crush. 

Pengertian ini sebenarnya aku tak tahu kesahihan dia sebab aku takda masa nak selidik sejarah dia, hehe. Pernahkah anda memiliki crush ini? Pernah? Mesti pernah kan? Tak payah nak tipu kata tak pernah ada. Hahaha, aku pun ada jugak tapi rahsia. Pernah saja ada yang mesej kata kawannya ada crush dengan aku tapi serius aku rasa ayat ni pelik. Hahaha. Koya.

Baik, berbalik pada topik ini. Aku rasa topik ni memang kena dengan situasi manusia hari ni, terutama budak budak sekolah. Tak habis habis CRUSH, CRUSH, CRUSH. Memanglah dari takrifan mereka crush itu SECRET ADMIRE atau orang panggil peminat rahsia . Kalau dah nama crush tu mestilah ada rasa jatuh hati right?  But please, jangan dengan mudahnya jatuh hati. Come on kids, don't easily got crush on someone.

Sebelum mengarut lebih jauh, aku ingatkan semula bahawa ini bukan blog gegadis yang meraikan setiap hari hidup mereka dengan cinta manusia. Uhh, well..ada jugak la sebenarnya. Sikit, hehe. Kali ni ada pengecualian. Walaupun aku noob dalam hal ni tapi aku nak bercerita jugak. Biasanya memang aku tak suka cerita pasal diri sendiri dan lebih suka mengenali orang. Pengecualian kali ni, hehe.
Masa aku mengajar tak lama dulu, seorang murid pernah bertanya pada aku tentang crush sebab dia meminati sungguh dengan seorang rakan sekelasnya. Budaknya baik, pendiam, bijak dan good looking. Dia bersungguh sungguh cerita minatnya pada budak tersebut. As a teacher, aku memang tak boleh benarkan dia macam tu sahaja. Takut ke laut pelajaran dia. Aku cuba mencari ikhtiar macam mana nak meredakan perasaan suka dia yang membuak buak tu. 

Semasa waktu rehat, aku cuba mencari apakah nasihat yang terbaik untuk dia. Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsikan pada dia. Biasalah bagi gadis berumur 17 tahun, kata masyarakat ini semua normal. Daripada artikel tu aku ceritakan semula dalam bentuk nasihat tentang kesan apabila belum bersedia tapi dah meluahkan perasaan:
  • Di saat itu, apa yang kita nak (atau orang yang kita nak) tak semestinya yang terbaik untuk kita
  • Penantian yang berpanjangan akan menjejas emosi dan fikiran lebih senang terjerumus dengan maksiat dan fitnah
  • Seandainya dah tunggu bertahun-tahun tapi akhirnya tak menjadi, akan mendatangkan kekecewaan
  • Selagi belum bersedia, lebih baik simpan sahaja hasrat tersebut. memang perasaan cinta itu fitrah, tapi Allah juga kurniakan kita akal untuk berfikir. usahakan diri untuk bersabar, jaga hati dan keimanan.
Sebaiknya, mantapkan diri untuk menjadi soleh/solehah. persiapkan diri untuk menikah, bukan untuk menikah dengan si fulan atau fulanah. Jadi bila dah betul-betul bersedia tu, siapa-siapa saja boleh di-"plug and play"-kan dan dapat dimasukkan dalam perancangan kita.

Dari sudut yang lain, tak mustahil untuk menikah sambil belajar. kalau sangguh berkorban dan usaha lebih sikit, insha Allah tiada yang mustahil melainkan Allah tidak mengizinkannya. minta petunjuk dari Allah melalui istikharah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, dan kita tidak. Tapi sebagai pelajar, perlulah diutamakan apa yang utama. Pelajaran. 

Pendekkan cerita, akhirnya aku pulak jadi mangsa dia. Hahaha, sampailah aku tukar nombor telefon, baru aku aman. Hehe. Sebenarnya masa aku cerita dekat dia tu pun aku masih tak clear sangat pasal crush ni. Hehe, tapi atleast dia cemerlang akhirnya dalam SPM. 

Kalau korang tanya aku pasal aku dengan crush ni, tak pandai aku nak describe sebab pandangan manusia selalu menipu. Tak semua yang kita nampak baik atau cantik itu sama kan? Tapi yang pasti.
  • Aku taknak tertarik dengan niqabis semata mata kerana niqabnya. 
  • Aku taknak cair dengan perempuan hanya kerana lunak suara dia.
  • Aku taknak terpikat kerana keayuan atau kecomelan perempuan.
  • Aku taknak seseorang itu suka aku hanya kerana luaran aku.
Meminati seseorang itu

No comments:

Post a Comment