1. Jadikan 'enthusiasm' sebagai amalan harian. Bangun dengan CERIA. Bersyukur untuk hari yang mendatang. Fikirkan yang POSITIF di awal hari yang bermula. Ia akan membawa anda melalui hari yang paling MENCABAR. Jangan BIARKAN orang yang negatif menentukan NILAI DIRI anda.
2. Jangan mengumpul dendam. Kita akan mudah mengingati
setiap insiden yang berlaku dalam hidup kita apabila kita disinggungkan oleh
seseorang, merasa murung akibat tindakan negatif seseorang, atau dihina oleh
seseorang. Amat mudah untuk menarik aura negatif jika kita berterusan untuk
mengingati kejadian-kejadian tersebut atau bertindak balas ke atasnya. Lupakan
kejadian-kejadian tersebut. Ia tidak bernilai untuk diingati.
3. Jangan merungut. Lakukan kebaikan untuk kepuasan diri,
bukan untuk mendapatkan penghargaan manusia. Jika anda menetapkan untuk
melakukan kebaikan demi mengatasi kebaikan orang lain, anda akan pasti merasai
kekurangan dalam perbuatan tersebut kerana hilangnya IKHLAS.
4. Wujudkan kumpulan yang POSITIF. Berkawan bersama
insan-insan yang mempunyai attitud yang sama. Anda akan menemui sokongan moral
dari setiap sahabat di mana akan menjadi 'saguhati' buat anda untuk berterusan
dalam attitud yang positif.
5. Bersyukur pada ALLAH atas setiap perkara yang anda
terima. Jadikan setiap hari adalah hari yang TERBAIK. Sekali ia berlalu, ia
tidak akan kembali lagi. Semoga anda semua kekal positif setiap hari ye. In shaa Allah :)
credit to cik syisyi
No comments:
Post a Comment