Saturday, May 10, 2014

Si Pelupa I

Assalamualaikum, taknak intro panjang. Pernah tak korang lupa buat assignment? Hahaha, mesti tak pernah kan. So hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku supaya korang sentiasa alert dengan sesuatu tugasan. Amaran awal, bacaan ini hanya membuang masa belia anda.

 Masa tengah syok syok layan movie dalam laptop, terima satu panggilan dari coursemate. Dia bertanyakan tentang sesuatu dan akhir perbualan, dia berpesan...

 Lepas matikan panggilan, terkedu sekejap. Cuba refresh semula semua tugasan yang perlu aku buat. Rasanya semua dah disiapkan dan dihantar tapi sekejap, macam ada satu lagi... BIOMEC!!!

Bila check nota kalender semula, due date assignment tersebut adalah pada jam 12.00 p.m 12 May. Tarikh hari ni dah 11 May, maksudnya aku ada beberapa jam saja untuk lengkapkan sebelum submit assigment tersebut dalam tapak MyGuru2. Tak tidur la nampaknya hari ni.

 Aku mula mentelaah semula segala macam catatan yang pernah aku buat untuk lengkapkan assignment tersebut. Masa tu macam semua yang dah belajar hilang, maklumat tak jumpa. Berat.

 Kehilangan maklumat itu satu hal, dan satu hal lagi apabila wifi kolej jadi masalah. Tak boleh connect. Ini menimbulkan lebih kemarahan, esok nak kena submit dah.

Atas semangat dan iltizam yang utuh, aku gagahkan diri jugak untuk menyiapkan assignment tersebut dengan sedaya upaya. Hahaha, macamlah berat sangatkan. Lebih kurang 5 jam aku bertarung dengan kemalasan dan akhirnya....
Aku berjaya menyiapkan assignment yang kritikal tu. Rasanya dah takda spelling error sebab dah beberapa kali check dan aku hantar softcopy melalui MyGuru2. Bila aku check semula, aku pelik sebab tempoh due date assignment tu dah dilanjutkan sehingga minggu depan. And I was like....

But its okay I guess. Dah sempat siapkan before tamat tempot, sebelum berkulat. Hahaha, kerja last minute macam tu buatkan aku rasa tak mengantuk dan terus aku update blog ni, hehe.


~Tamat~


No comments:

Post a Comment