Monday, May 5, 2014

Bahana Bahasa

!!@#$%^

Perhatikan zaman sekarang ni orang kalau cakap perkataan yang uncensored memang macam perkara normal dah. Aku tak pelik kalau manusia yang tidak berpelajaran yang menggunakan perkataan macam tapi kalau bakal pendidik yang terpelajaran pun mulutnya kotor, beratlah.

Alhamdulillah, dari kecik sampai la ni aku dibesarkan dalam keluarga yang baik. Thanks to Allah dan kerana itu juga aku sering diperingatkan tentang bahasa yang digunakan dalam hari hari. Ini bukanlah berkenaan bahasa rojak atau ayat pasar, bukan. Ini berkenaan perkataan kotor berbaur lucah dalam sehari harian. Tak terbit rasa malukah?

Sehabis mungkin aku cuba merasionalkan diri dan bersangka baik setiap kali mereka disekeliling aku bercakap dengan ayat yang kotor dan bagi aku amatlah tidak patut. Bukan semua, ada sebahagian kecil. Aku nak tahu jugak apa yang buat mereka rasa tak bersalah apabila mengeluarkan perkataan begitu. Kalau lelaki yang buat memang nampak buruk dah tapi kalau perempuan yang buat, tak tahu nak cakap apa.

Aku rasa tak perlu nak dihuraikan apakah perkataan yang diorang guna cuma aku sebagai aku terfikir macam mana agaknya apabila mereka dah berumah tangga nanti atau bila dah berkerjaya sebagai pendidik nanti.

Pengalaman aku sebagai guru dulu memperlihatkan aku bagaimana komunikasi generasi baru. Kita mahu melahirkan generasi al Fateh tapi kalau ibu bapa sendiri tidak perihatin dengan komunikasi anak mereka, susahlah. Kadang kadang aku rasa mungkin diorang tak sedar apa yang mereka katakan tapi disebabkan dah terlalu kerap guna maka rasa biasa dan tak berdosa. Allah, dan satu hal lagi.

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis ini, siapa kawan kita itulah diri kita. Benda ini memanglah buat aku berfikir dalam sebab kalau mereka begitu, adakah aku pun sama seperti mereka? Nauzubillah.

Aku pun bukanlah bagus sangat nak menilai orang cuma dalam hal ini aku rasa memang perlukan teguran. Kalau yang besar tidak dapat ditegur, kita mulakan dengan yang kecik. Alhamdulillah, didikan dari kecil sehingga kini membuatkan aku berhati hati dalam perkataan. Masih teringat lagi rotan dan cubitan yang hinggap pada tubuh bila aku berkata sesuatu yang dilarang. Alhamdulillah, menjadi manusia juga hari ni. Terima kasih ibu ayah.

Aku taknak menyalahkan negeri atas penggunaan perkataan macam tu sebab mungkin perkataan sebegitu merupakan perkataan biasa mereka. Entahlah, macam mana acuannya begitu jugalah kuihnya. Jangan salahkan ibu yang mengandung, salah sendiri tak mampu memilih rakan untuk menjaga diri. Kalau perkataan perkataan macam tu jadi zikir harian, takut jugak sebenarnya kalau future wife aku macam tu, nauzubillah.

Post kali ni serius sikit sebab ini berkaitan imej diri dan masa depan generasi baru. Nampak remeh tahu pernah tak fikir kesannya akan datang? Sudahlah budi bahasanya dah ke laut, rasa hormat pada orang pun akan hancur lebur. Entah, aku harap dapat buat sesuatu. Fikir fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment