Assalamualaikum, sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Baik, sekarang ni aku nak cerita tentang cinta memandangkan ramai sudah sahabat sahabat mendirikan rumah tangga dan masing masing hangat dengan soal pernikahan. Barakallah buat mereka dan semoga jodoh aku pun akan sampai tak lama lagi, hehe.
Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar
dielakkan pada zaman ini. Dengan kemudahan teknologi perhubungan, hampir
mustahil pemuda dizaman ini tidak bercinta, walaupun sekurang - kurangnya hanya
dengan ber-sms.
Kali ini tajuk yang ingin dibincangkan adalah mengenai cinta
di dalam Islam. Adakah kita sebagai generasi muda memahami cinta yang dianjurkan di dalam
Islam?
Cinta Dalam Islam
Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan
ukurannya. Jika tidak, boleh merosakan. Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga
boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang
kukuh.
Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih
sayang boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian
dari Allah.
Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita
akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan
badai kehidupan. Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah
cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya. Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan
tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.
Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada
orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan
berjaya ke jinjang pelamin. Namun, mereka putus di tengah jalan.
Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita
seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan
kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan seseorang.
Sering kalahnya manusia dalam ujian percintaan merupakan kes yang biasa mendera kaum
muda. Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat
sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila mereka hilang dalam
perjuangan zaman, hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang. Kegagalan menjaga rasa cinta. Mereka hanya tidak mampu
menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika menghadapi ujian kehidupan.
Ketika kaum muda putus cinta, seolah-olah putus segala
harapan untuk mendapatkan kasih sayang dari jantina berlawanan. Padahal
tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan kasih sayang dalam koridor yang
sebenar masih terbuka lebar. Meskipun begitu, sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih
sayang dari Allah. Cinta dan kasih sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan
cinta dan kasih sayang dari manapun.
Kita seharusnya selalu berprasangka positif terhadap Allah.
Sehingga mampu menjadikan kita menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan
kasih sayang terhadap sesama kita terputus di tengah jalan.
Kita juga jangan sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu
Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh adalah hasil terbaik yang
diberikan Allah. Walaupun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit,
tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita
akan ikhlas menerimanya.
Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih
sayang yang baik terhadap pasangan?
Biasanya, sebelum berumah tangga, para pemuda & pemudi
selalu mendesak dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi,
setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan
terbuka. Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu,
seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan
penceraian. Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.
Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?
Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada
isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah.
Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan. Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari.
Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka
boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata
yang baik kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu sangat cantik hari
ini.”
Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan
jolokan si “pipi merah”. Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi
ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati. Tidak perlu membelikan
alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke
hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih
cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari. Kerana kecantikan isteri ada di
dalam hatinya.
Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji
apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih
sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin
mendekatinya.
Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan
menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita
untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.
“Jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa
sebelum menikah. Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.
No comments:
Post a Comment