Kulit bawang ni sifatnya comot,
nipis dan mudah terkoyak. Akan tetapi nipisnya kulit bawang ni sentiasa
melindungi orang sekeliling daripada terkena penangan syn-propanethial-S-oxide.
Syn-propanethial-S-oxide ini yang
merangsang kelenjar lachrymal mata yang
menyebabkan mata kita berair. Boleh tanya makcik bawang, diorang lebih expert
dalam bidang ni. Berbalik kepada topik fokus hari ni, adakah iman kita senipis
kulit bawang?
Setiap hari kita baca berita dan mendengar perkhabaran dari kebanyakkan
media elektronik dan media cetak tentang kekejaman, penindasan dan penganiayaan
musuh Allah terhadap umat Islam. Oleh kerana manusia ini menganut agama samawi
yang disampaikan melalui utusannya, Nabi Muhammad s.a.w. Isu ini sebenarnya
bukan satu isu baru malah perkara ini berlaku setiap hari sejak beribu tahun
dahulu. Persoalannya, apa tindakan dan tanggungjawab kita sebagai saudara
seagama?
Mungkin kerana tidak terkena pada batang hidung sendiri kita tidak
merasakan sengsara yang mereka alami. Terdapat banyak bukti sejarah yang
menunjukkan kekejaman ini berlaku tapi semuanya dipandang sepi seperti dah
lali. Ketentuan ilahi katanya. Nauzubillah.
Aku nak share tentang isu melanda umat islam hari ni sikit semoga ada
yang membuka mata. Antara paling hangat diperkatakan hari ini adalah tentang
Kem Tahanan Xinjiang di China. Mungkin ada antara kita tak tahu tentang kem ini
yang didirikan khusus untuk memurtadkan umat Islam ini. Pelbagai seksaan
dilakukan kepada umat Islam Uighur dengan alasan kononnya mahu mengekang
fahaman extremist. Ini sememang satu penindasan kaum yang tak boleh diterima
akal.
Mereka ditahan secara besar-besaran ini atas alasan yang tak masuk akal
kerana menutup aurat, berpuasa, solat dan menyimpan janggut panjang. Tahanan
kem akan dipaksa makan daging khinzir dan minum arak yang sememangnya haram
dalam Islam. Selain itu, bagi wanita muslim akan ditelanjangkan dan dirogol
secara bergilir-gilir oleh pegawai penjara Xinjiang. Mereka akan dipaksa
berkahwin dengan lelaki China dan dimurtadkan dengan pelbagai cara. Anak-anak
Islam akan dimasukkan ke dalam sekolah kerajaan China untuk brainwash bagi
membenci agama Islam. Mereka akan dipisahkan jauh dari keluarga. Ada antara
ahli keluarga yang masuk dan ‘hilang’.
Itu adalah ujian bagi mereka. Untuk anak di Malaysia, ujian kita juga
sangat getir tapi kita tak sedar kerana dunia yang kita cintakan ini. Lihatlah
anak-anak Melayu kita hari ini, mereka bebas menikmati kebebasan sehingga ada
yang terbabas. Secara tak sedar, kita disesatkan dengan 5S yang dibawa oleh
Yahudi.
5S merupakan salah satu senjata Yahudi untuk menjatuhkan umat islam.
Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 5S tu? Senjata apa yang dimaksudkan
sebenarnya. Kalau pada zaman Rasulullah saw dulu boleh la kita cakap yang
peperangan berlaku dengan menggunakan pedang, panah dan sebagainya. Tapi
sekarang, mereka menggunakan cara yang lebih halus untuk menjatuhkan umat islam
iaitu dengan menggunakan 5S itu.
SPORTS
Kita tengok la sekarang. Sukan menjadi perkara penting dalam
membangunkan nama negara. Bola sepak contohnya. Boleh dikatakan hampir
keseluruhan rakyat meminati sukan bola sepak tak kira lelaki mahupun wanita,
tua mahupun muda. Semuanya meminati bola sepak sehingga sanggup memenuhi
stadium semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Yang paling
menyedihkan, bila ada dalam kalangan mereka yang meninggalkan solat. Inilah salah
satu senjata yang Yahudi gunakan iaitu membiarkan umat Islam meninggalkan solat
yang merupakan tiang kepada agama kita, agama Islam.
SONG
Makin hari, dunia makin penuh dengan hiburan. Banyak hiburan yang
melalaikan. Konsert sana sini. Kita negara Islam tetapi melahirkan golongan
belia yang tak mengenal Allah. Mereka lebih suka menjadikan artis sebagai idola bukannya Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, lahirnya pula generasi yang tidak mempedulikan
Islam di sisi mereka. Mereka lebih tertarik dengan music yang menampilkan
penyanyi yang seksi seperti KPOP meskipun tidak memahami maksud lagu tersebut.
SEX
Kita tengok sahaja negara sekarang. Hampir setiap hari kita dengar ada
kes pembuangan bayi. Mengandung luar nikah dan seterusnya anak-anak yang tak
berdosa itu yang menjadi mangsa ibu bapa yang tak mengenal dosa dan pahala.
Islam sendiri menyarankan umatnya menutup pintu zina dengan tidak melakukan
pergaulan bebas. Tapi lihatlah sekarang, masalah sosial semakin menjadi-jadi.
Ini belum termasuk kes pondan, maknyah, pengkin, gay dan lain-lain. Sangat
merisaukan keadaan kita kini.
SMOKE
Bila ditanya kepada lelaki, kenapa mereka merokok. Jawapan mereka
merokok ni nampak macho. Walaupun dah keluar amaran dari pihak kesihatan yang
menyatakan merokok membahayakan kesihatan, tapi masih ramai lagi yang pilih
untuk merokok. Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1997 menyatakan hokum merokok
adalah haram tetapi masih beribu perokok tidak ambik endah. Kerajaan tak dapat
menghentikan pengeluaran rokok sebab negara menambah keuntungan dengan rokok.
SUGAR
Bunyi macam takda apa tapi mesti korang kenal Coca Cola, Pepsi dan
seangkatan dengannya. Semua orang tau. Generasi kita sekarang lebih suka
menikmati minuman ini sedangkan di negara barat, mereka menggunakan minuman ini
sebagai racun perosak atau pencuci tandas sahaja. Tak cukup dengan tu, dadah dan
arak sekarang makin menjadi-jadi. Budak-budak sekolah pun dah mula terlibat
dengan najis dadah ni.
Cuba kita perhatikan sekarang ni. 5S yang digunakan oleh pihak yahudi ni
hampir berjaya untuk menjatuhkan umat Islam. Generasi kini hampir melupakan Islam.
Malahan ada yang hanya Islam pada nama tetapi setiap tingkah lakunya
bertentangan dengan Islam. Kemana hala tuju kita? Adakah kita pilih untuk
diperangi oleh mereka? Atau memilih untuk menentang mereka. Persiapkan diri
kita dengan ilmu agama agar kita pertahankan diri kita dari dijatuhkan oleh
mereka.
Sebagai seorang pendidikan, perkara ini semakin obvious dan semakin
menjadi jadi dalam kalangan generasi muda hari ini. Kita semakin jauh dan
menyimpang dari laluan yang sebenarnya. Boleh tanya berapa ramai antara mereka
yang lancar bacaan Qurannya, penuh solat 5 waktu dan lain-lain. In shaa Allah
aku akan sambung dalam penulisan Kulit Bawang II.
No comments:
Post a Comment