Sunday, May 11, 2014

Cara Untuk Kekal Positif

Assalamualaikum, hari ni aku terasa sangat positif maka aku nak berkongsikan cara untuk kekal positif. Moga berguna buat manusia sejagat. Haha

1. Jadikan 'enthusiasm' sebagai amalan harian. Bangun dengan CERIA. Bersyukur untuk hari yang mendatang. Fikirkan yang POSITIF di awal hari yang bermula. Ia akan membawa anda melalui hari yang paling MENCABAR. Jangan BIARKAN orang yang negatif menentukan NILAI DIRI anda.
2. Jangan mengumpul dendam. Kita akan mudah mengingati setiap insiden yang berlaku dalam hidup kita apabila kita disinggungkan oleh seseorang, merasa murung akibat tindakan negatif seseorang, atau dihina oleh seseorang. Amat mudah untuk menarik aura negatif jika kita berterusan untuk mengingati kejadian-kejadian tersebut atau bertindak balas ke atasnya. Lupakan kejadian-kejadian tersebut. Ia tidak bernilai untuk diingati.

3. Jangan merungut. Lakukan kebaikan untuk kepuasan diri, bukan untuk mendapatkan penghargaan manusia. Jika anda menetapkan untuk melakukan kebaikan demi mengatasi kebaikan orang lain, anda akan pasti merasai kekurangan dalam perbuatan tersebut kerana hilangnya IKHLAS.

4. Wujudkan kumpulan yang POSITIF. Berkawan bersama insan-insan yang mempunyai attitud yang sama. Anda akan menemui sokongan moral dari setiap sahabat di mana akan menjadi 'saguhati' buat anda untuk berterusan dalam attitud yang positif.

5. Bersyukur pada ALLAH atas setiap perkara yang anda terima. Jadikan setiap hari adalah hari yang TERBAIK. Sekali ia berlalu, ia tidak akan kembali lagi. Semoga anda semua kekal positif setiap hari ye. In shaa Allah :)

credit to cik syisyi

Saturday, May 10, 2014

Si Pelupa I

Assalamualaikum, taknak intro panjang. Pernah tak korang lupa buat assignment? Hahaha, mesti tak pernah kan. So hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku supaya korang sentiasa alert dengan sesuatu tugasan. Amaran awal, bacaan ini hanya membuang masa belia anda.

 Masa tengah syok syok layan movie dalam laptop, terima satu panggilan dari coursemate. Dia bertanyakan tentang sesuatu dan akhir perbualan, dia berpesan...

 Lepas matikan panggilan, terkedu sekejap. Cuba refresh semula semua tugasan yang perlu aku buat. Rasanya semua dah disiapkan dan dihantar tapi sekejap, macam ada satu lagi... BIOMEC!!!

Bila check nota kalender semula, due date assignment tersebut adalah pada jam 12.00 p.m 12 May. Tarikh hari ni dah 11 May, maksudnya aku ada beberapa jam saja untuk lengkapkan sebelum submit assigment tersebut dalam tapak MyGuru2. Tak tidur la nampaknya hari ni.

 Aku mula mentelaah semula segala macam catatan yang pernah aku buat untuk lengkapkan assignment tersebut. Masa tu macam semua yang dah belajar hilang, maklumat tak jumpa. Berat.

 Kehilangan maklumat itu satu hal, dan satu hal lagi apabila wifi kolej jadi masalah. Tak boleh connect. Ini menimbulkan lebih kemarahan, esok nak kena submit dah.

Atas semangat dan iltizam yang utuh, aku gagahkan diri jugak untuk menyiapkan assignment tersebut dengan sedaya upaya. Hahaha, macamlah berat sangatkan. Lebih kurang 5 jam aku bertarung dengan kemalasan dan akhirnya....
Aku berjaya menyiapkan assignment yang kritikal tu. Rasanya dah takda spelling error sebab dah beberapa kali check dan aku hantar softcopy melalui MyGuru2. Bila aku check semula, aku pelik sebab tempoh due date assignment tu dah dilanjutkan sehingga minggu depan. And I was like....

But its okay I guess. Dah sempat siapkan before tamat tempot, sebelum berkulat. Hahaha, kerja last minute macam tu buatkan aku rasa tak mengantuk dan terus aku update blog ni, hehe.


~Tamat~


Monday, May 5, 2014

Bahana Bahasa

!!@#$%^

Perhatikan zaman sekarang ni orang kalau cakap perkataan yang uncensored memang macam perkara normal dah. Aku tak pelik kalau manusia yang tidak berpelajaran yang menggunakan perkataan macam tapi kalau bakal pendidik yang terpelajaran pun mulutnya kotor, beratlah.

Alhamdulillah, dari kecik sampai la ni aku dibesarkan dalam keluarga yang baik. Thanks to Allah dan kerana itu juga aku sering diperingatkan tentang bahasa yang digunakan dalam hari hari. Ini bukanlah berkenaan bahasa rojak atau ayat pasar, bukan. Ini berkenaan perkataan kotor berbaur lucah dalam sehari harian. Tak terbit rasa malukah?

Sehabis mungkin aku cuba merasionalkan diri dan bersangka baik setiap kali mereka disekeliling aku bercakap dengan ayat yang kotor dan bagi aku amatlah tidak patut. Bukan semua, ada sebahagian kecil. Aku nak tahu jugak apa yang buat mereka rasa tak bersalah apabila mengeluarkan perkataan begitu. Kalau lelaki yang buat memang nampak buruk dah tapi kalau perempuan yang buat, tak tahu nak cakap apa.

Aku rasa tak perlu nak dihuraikan apakah perkataan yang diorang guna cuma aku sebagai aku terfikir macam mana agaknya apabila mereka dah berumah tangga nanti atau bila dah berkerjaya sebagai pendidik nanti.

Pengalaman aku sebagai guru dulu memperlihatkan aku bagaimana komunikasi generasi baru. Kita mahu melahirkan generasi al Fateh tapi kalau ibu bapa sendiri tidak perihatin dengan komunikasi anak mereka, susahlah. Kadang kadang aku rasa mungkin diorang tak sedar apa yang mereka katakan tapi disebabkan dah terlalu kerap guna maka rasa biasa dan tak berdosa. Allah, dan satu hal lagi.

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis ini, siapa kawan kita itulah diri kita. Benda ini memanglah buat aku berfikir dalam sebab kalau mereka begitu, adakah aku pun sama seperti mereka? Nauzubillah.

Aku pun bukanlah bagus sangat nak menilai orang cuma dalam hal ini aku rasa memang perlukan teguran. Kalau yang besar tidak dapat ditegur, kita mulakan dengan yang kecik. Alhamdulillah, didikan dari kecil sehingga kini membuatkan aku berhati hati dalam perkataan. Masih teringat lagi rotan dan cubitan yang hinggap pada tubuh bila aku berkata sesuatu yang dilarang. Alhamdulillah, menjadi manusia juga hari ni. Terima kasih ibu ayah.

Aku taknak menyalahkan negeri atas penggunaan perkataan macam tu sebab mungkin perkataan sebegitu merupakan perkataan biasa mereka. Entahlah, macam mana acuannya begitu jugalah kuihnya. Jangan salahkan ibu yang mengandung, salah sendiri tak mampu memilih rakan untuk menjaga diri. Kalau perkataan perkataan macam tu jadi zikir harian, takut jugak sebenarnya kalau future wife aku macam tu, nauzubillah.

Post kali ni serius sikit sebab ini berkaitan imej diri dan masa depan generasi baru. Nampak remeh tahu pernah tak fikir kesannya akan datang? Sudahlah budi bahasanya dah ke laut, rasa hormat pada orang pun akan hancur lebur. Entah, aku harap dapat buat sesuatu. Fikir fikirkanlah.

Saturday, May 3, 2014

Crush

Assalamualaikum, 
Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni. Sebenarnya aku agak kesibukan kebelakangan ini sampaikan aku rasa macam masa tu terlalu pantas berlalu. Terasa amat sangat pantas masa berlalu. Okay, lupakan. Walaupun aku malas nak menaip tapi atas permintaan kenalan, aku luangkan sedikit masa untuk menulis. Kalau taknak rasa buang masa, jangan baca.

CRUSH. Apa yang korang faham pasal crush ni? Jujurlah aku cakap, hal macam ni memang aku lambat pickup sikit dan aku baru tahu maksud dia ni masa aku berumur 18 tahun. I thought crush is something like food, iced blended atau candy crush. Salah rupanya. Crush dalam isu ni membawa maksud orang yang kita suka, orang yang selalu kita puji, orang yang kita sayang, cuma dia tak tahu yang kita suka dia, dan kita tak berani luahkan perasaan kat dia, sebab tu kita panggil dia crush. 

Pengertian ini sebenarnya aku tak tahu kesahihan dia sebab aku takda masa nak selidik sejarah dia, hehe. Pernahkah anda memiliki crush ini? Pernah? Mesti pernah kan? Tak payah nak tipu kata tak pernah ada. Hahaha, aku pun ada jugak tapi rahsia. Pernah saja ada yang mesej kata kawannya ada crush dengan aku tapi serius aku rasa ayat ni pelik. Hahaha. Koya.

Baik, berbalik pada topik ini. Aku rasa topik ni memang kena dengan situasi manusia hari ni, terutama budak budak sekolah. Tak habis habis CRUSH, CRUSH, CRUSH. Memanglah dari takrifan mereka crush itu SECRET ADMIRE atau orang panggil peminat rahsia . Kalau dah nama crush tu mestilah ada rasa jatuh hati right?  But please, jangan dengan mudahnya jatuh hati. Come on kids, don't easily got crush on someone.

Sebelum mengarut lebih jauh, aku ingatkan semula bahawa ini bukan blog gegadis yang meraikan setiap hari hidup mereka dengan cinta manusia. Uhh, well..ada jugak la sebenarnya. Sikit, hehe. Kali ni ada pengecualian. Walaupun aku noob dalam hal ni tapi aku nak bercerita jugak. Biasanya memang aku tak suka cerita pasal diri sendiri dan lebih suka mengenali orang. Pengecualian kali ni, hehe.
Masa aku mengajar tak lama dulu, seorang murid pernah bertanya pada aku tentang crush sebab dia meminati sungguh dengan seorang rakan sekelasnya. Budaknya baik, pendiam, bijak dan good looking. Dia bersungguh sungguh cerita minatnya pada budak tersebut. As a teacher, aku memang tak boleh benarkan dia macam tu sahaja. Takut ke laut pelajaran dia. Aku cuba mencari ikhtiar macam mana nak meredakan perasaan suka dia yang membuak buak tu. 

Semasa waktu rehat, aku cuba mencari apakah nasihat yang terbaik untuk dia. Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsikan pada dia. Biasalah bagi gadis berumur 17 tahun, kata masyarakat ini semua normal. Daripada artikel tu aku ceritakan semula dalam bentuk nasihat tentang kesan apabila belum bersedia tapi dah meluahkan perasaan:
  • Di saat itu, apa yang kita nak (atau orang yang kita nak) tak semestinya yang terbaik untuk kita
  • Penantian yang berpanjangan akan menjejas emosi dan fikiran lebih senang terjerumus dengan maksiat dan fitnah
  • Seandainya dah tunggu bertahun-tahun tapi akhirnya tak menjadi, akan mendatangkan kekecewaan
  • Selagi belum bersedia, lebih baik simpan sahaja hasrat tersebut. memang perasaan cinta itu fitrah, tapi Allah juga kurniakan kita akal untuk berfikir. usahakan diri untuk bersabar, jaga hati dan keimanan.
Sebaiknya, mantapkan diri untuk menjadi soleh/solehah. persiapkan diri untuk menikah, bukan untuk menikah dengan si fulan atau fulanah. Jadi bila dah betul-betul bersedia tu, siapa-siapa saja boleh di-"plug and play"-kan dan dapat dimasukkan dalam perancangan kita.

Dari sudut yang lain, tak mustahil untuk menikah sambil belajar. kalau sangguh berkorban dan usaha lebih sikit, insha Allah tiada yang mustahil melainkan Allah tidak mengizinkannya. minta petunjuk dari Allah melalui istikharah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, dan kita tidak. Tapi sebagai pelajar, perlulah diutamakan apa yang utama. Pelajaran. 

Pendekkan cerita, akhirnya aku pulak jadi mangsa dia. Hahaha, sampailah aku tukar nombor telefon, baru aku aman. Hehe. Sebenarnya masa aku cerita dekat dia tu pun aku masih tak clear sangat pasal crush ni. Hehe, tapi atleast dia cemerlang akhirnya dalam SPM. 

Kalau korang tanya aku pasal aku dengan crush ni, tak pandai aku nak describe sebab pandangan manusia selalu menipu. Tak semua yang kita nampak baik atau cantik itu sama kan? Tapi yang pasti.
  • Aku taknak tertarik dengan niqabis semata mata kerana niqabnya. 
  • Aku taknak cair dengan perempuan hanya kerana lunak suara dia.
  • Aku taknak terpikat kerana keayuan atau kecomelan perempuan.
  • Aku taknak seseorang itu suka aku hanya kerana luaran aku.
Meminati seseorang itu