Tuesday, December 16, 2014

Ujian dalam kurniaan

Semalam terbuka satu dokumen tersorok bawah katil, bila buka rupa rupanya maklumat kemasukan pelajar baru ambilan februari 2012/2013. Dalam dokumen tu terkandung banyak laporan yang diperlukan sebagai syarat nak masuk Universiti awam di Malaysia ni.

Semak balik kalender hari ni, dah hampir penutup tahun 2014 sudah dan beberapa hari lagi kita akan menjejaki tahun 2015. Pantasnya masa berlalu sampaikan rasa banyak benda yang nak dibuat tak terlaksana. Alhamdulillah, bersyukur kepada nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hari ni masih mampu bernafas diatas bumi tuhan ni.

Teringat kata kata seorang pensyarah fakulti aku, Dr Ong Kuan Boon. Kata beliau "Bila saya bangun pagi, apa yang saya fikirkan adalah apakah sumbangan yang dapat saya bagi kepada orang hari ini". Walaupun beliau bukanlah seorang Muslim tapi mengamalkan apa yang dituntut dalam Islam iaitu berbuat baik kepada sekalian manusia. Tambah Dr. Kuan "...kita hidup tidak lama jadi banyakkan buat baik kepada orang. If you give something good to other people, people will do same thing to you. Trust me".

Nak mencari orang beragama Islam hari ini memang mudah tetapi nak mencari orang yang betul betul mengamalkan Islam secara menyeluruh agak sukar hari ni. Kenapa? Sebab mungkin penghayatan tu tidak secara total. Penghayatan dengan hati, akal dan amal. Bunyi mudah kan?

Okay, sebenarnya bukan itu yang nak aku kongsikan. Hidup ini ada pilihan. Allah beri kebebasan untuk kita pilih sama ada baik atau buruk dengan kurnia akal pada manusia. Flashback balik masa sebelum aku masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris ni, memang aku tak sangka aku akan masuk Universiti ini. Jujurnya sasaran aku sebenarnya lebih kepada universiti awam yang lain macam UKM, UM, UIA atau USIM.

 “Allah tak beri apa yang kita inginkan, tetapi Allah beri apa yang terbaik buat diri kita”.

Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Memang sejak kita dilahirkan, telah ditetapkan kita 3 perkara iaitu Rezeki, Ajal dan Jodoh. Majoriti kita mengejar rezeki dan jodoh. Rezeki harus dicari sebab Allah kata "Siapa yang berusaha, dia akan berjaya". Itu soal rezeki tapi ramai terlupa pasal persediaan kita bertemu Dia. Termasuk aku.

Menakutkan sebenarnya bila fikir bersediaan kita sebelum bertemu 'Raja segala Raja'. Kata seorang guru "Ramai antara kita sibuk mencari jodoh tapi lupa hidayah sedangkan hidayah perlu dicari manakala jodoh dah ditetapkan sejak kita lahir lagi"

Selain final exam, ada satu benda lagi yang selalu menghimpit aku. People talking about marriage and some of my friends already married. They keep asking me, who is my girl? Please. Aku ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Bercinta is not an option. Tipulah kata takda minat sesiapa. Tipu. Ada tapi jodoh adalah rahsia, maka lebih baik kita rahsiakan saja.

Aku takutkan persepsi orang, aku takutkan masa depan, aku takut dengan diri aku sekarang. Bila fikir, Allah dah banyak sangat bagi aku kurniaanNya macam ibu bapa yang baik, keluarga yang bahagia, tempat yang baik untuk belajar dan kawan kawan yang baik. Alhamdulillah. Setiap kali terhimpit perasaan macam ni, Allah hantarkan aku seseorang yang mampu menasihati aku tentang sesuatu.

Expectation tinggi orang menyebab wujud rasa tertekan plus takut. They said they do believe in me and they believe that I can do that, that and soon. Itu okay lagi but once they said about "pinjaman sementara" ni, uhh..lemah sungguh rasa. Diorang lupa ke rupa ni cuma pinjaman? Sampai satu masa, bila bila Allah boleh tarik nikmat ni. Bukan aku minta tapi kurnia dan takut kurnia ni menjadi fitnah kepada diri. Kadang kadang bila kita buat baik, orang boleh salah tafsir. Susah sangat agaknya nak bersangka baik.

"Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap ku.
 
Sebolehnya aku cuba bersangka baik dalam setiap yang berlaku sebab aku yakin dengan hikmah yang tersembunyi. Kita tak selamanya bernasib baik dan tak selamanya diduga kemalangan. Selalu aku berdoa dan berharap diberikan sesuatu atau sesorang yang terbaik buat aku. Boleh jadi apa yang kita impikan itu bukan sesuatu yang terbaik untuk kita.

"Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa"

Allah itu Maha Penyayang. Mungkin jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagiaan dari kasih sayangNya. Jadi jangan pernah kecewa apabila apa yang dihajatkan tidak tercapai. Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai. Sekiranaya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, in shaa Allah jiwa kita akan tidak berbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif. Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain. In shaa Allah.

Monday, December 15, 2014

Ghuraba

Assalamualaikum, atas rasa hati yang nak kongsi. Keep your mind calm and read it with heart. Dari sahabat kepada sahabat. 

Pertemuan di Cafe Kara pada petang tu, membuatkan Aiman tak senang duduk. fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. it has been quite some time. sejak form 1 lagi. dan sekarang jumpa balik. di universiti yang sama. cuma berlainan course.

dia seakan tak percaya. perasaan yang sudah lama dipendam kini semakin hangat. bak kata orang, kembali mendidih. acap kali kedengaran istighfar meniti di bibirnya. akhirnya, jari jemari menekan butang send. audio 'you are the one' by raef.

mata asyik tertumpu pada conversation whatsapp. menunggu balasan dari si gadis.

seminit..
dua minit..
tiga minit..
empat minit..

bzzz. bzzz.

"apa ni?"

"hayati lirik tu and fahamkan. then tell me the answer. sudi ke tak."

"are you serious Aiman Arshad Shamsudin?"

"i am. aku dah lama suka ko."

"this is not the right way. i'm not ready."

"just tell me. that you love me the way i do or not. only then i'll be okay."

"aku pun suka ko."

bibir kembali senyum sampai telinga. sampai tak sedar Hafiz Aqil yang sedang murajaah AlQuran surah AnNisa memandang aneh.

"aku akan kahwini ko satu hari nanti."

"i'll wait for that day."

 "just you wait. "

dan hari demi hari, semakin kerap whatsapp dan berkongsi segala duka dan duka. segalanya indah.
indah semua apabila hati berbunga. kan?

***

Sebulan berlalu.

di satu sudut. Farah Aina sujud di sejadah. lama.

usai salam terakhir, dia menangis. sambil meruap muka.

malu. malu dengan diri sendiri yang makin tak tahu malu.

bermaksiat. ye.. zina. zina hati je. "JE" takkan ubah apa apa.

yang dosa tetap dosa.

"ala ramai je orang lain bercinta."

what is wrong is wrong even if everyone is doing it. hati segera menangkis.

"tapi aku tak pernah langkau syariat!" hati tetap membantah.

betulke...? setiap hari whatsapp. even bertanya khabar. tapi perasaan halus tu sentiasa menjalar di hati. sentiasa tersengih sorang2. sampai kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi semata nak melayan whatsapp dari si dia pada pukul 1, 2 pagi. selalu cemburu bila si dia digosipkan dengan akhowat lain. selalu stalk profile dan segala yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.

"aku..."

dan masa tu, sejadah menjadi tempat airmata meresap. mata bengkak. badan lemah. hanya pada Allah boleh diluah. hanya Allah yang mengerti saat itu. betapa berdosanya diri. tapi masih, diselubungi perasaan 'takut untuk sakit bila berjauhan' jadi..

"ya Allah.. tolong bukakan hati si dia untuk sedar akan hakikat ini juga.. tolong ya Allah.. kurangkan sakit yang aku rasa ni.."

dan malamtu, di saat yang lain nyenyak dibuai mimpi.

seorang gadis di sudut ruang kamar. menangis dan menangis. kerana dosa.

---

"Ai'e. syok whatsapp? dengan siapa?" tegur Hafiz. memulakan bicara.

"oh takdelah. dgn member sekolah lama." jawab Aiman sambil sengih.

"aku bukan apa. tapi aku tengok kau ni dah lain." berhati hati Hafiz menuturkan.

"lain macam mana?" Aiman menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.

"boleh kita bincang kejap?" ajak Hafiz.

"sure." iPhone diletak tepi dan di tukar mode silent. something sounds fishy.

"tengah berbunga ke?" Hafiz senyum segaris. sekadar bermanis.

"eh apa? what do you mean?" Aiman kerutkan dahi tanda tak faham.

"look. let me be honest. sebab ko member aku since first time kita masuk uni lagi. satu course. satu bilik. satu kelas. dan, satu agama. aku sayang ko."

"eh jap jap. ada apa hal ni?"

"aku tak larang ko nak bercinta. tapi biarlah cinta tu, kerana Allah. bukan kerana nafsu. selagi belum halal, selagi tu ada jarak. got me?"

"oh.. tapi aku takde la sampai bersayang semua. aku cuba limitkan pergaulan kami."

"hati?"

diam. gulp! tersedak. batuk dua kali untuk hilangkan payau di tekak.

"Ai'e.. even kita dah limitkan pergaulan. contact tanya khabar ke. sembang through phone sambil cakap benda baik ke. ingat, syaitan tu ada. bunyi kecik simple gitu je kan? tapi, little do we now. benda kecik macamtu lah, yang kita orang belajar agama ni. selalu rebah kena hentam dgn nafsu. are you with me?"

"proceed." mata merah. tahan airmata dari tumpah ke lantai. muka ditunduk.

"aku tahu. ko sayang dia. tapi, jarak tu still exists. kalau masa ni ko enjoy kenal dan suka2 dengan dia. lepastu. do you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal lagi? save. save manja. save cinta. save kata2 manis. tu semua, lepas nikah. ko lelaki. dia tu perempuan. aku rasa si dia tu pun bukan calang2 orang. sbb aku tau, kau terpikat dengan agama dia. at first. perempuan ni umpama air mutlak. kenapa kita nak musta'malkan dia? kenapa nak sentuh hati dia awal2? kenapa nak cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?"

tersentak. diam. airmata mula menuruni pipi.

dan sekarang. Aiman Arshad Shamsudin sedang menangis. Sebab dosa.

Hafiz mendekat dan peluk bahu dengan tangan sebelah dan bisik.

"kita taktahu dengan siapa kita akan nikah. kita taktahu bila kita akan nikah. tapi kita kena ingat. kita jugak tak tahu, bila kita akan mati dan macam mana kita akan mati. persiapkan diri. mana tahu, diri kita ni akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?"

"tapi.. aku sayang dia lillahitaala. aku pilih dia sebab agama dia."

"sayang tu bukan dengan kata2. jangan ucap sayang kerana Allah. jangan syok berkata kerana Allah sedangkan Allah jelik dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. jangan syok sendiri. kadang2, kita kena berbalik pada fitrah. jiwa bertuhan. memang cinta itu fitrah juga. tapi, jangan sampai jadi fitnah."

"aku sayang dia Fiz.. sakit sangat perpisahan tu. aku tak sanggup hilang dia."

"yakin dengan Allah Ai'e. jangan cakap macam kau takde Tuhan. kita merancang. Tuhan yang tentukan."

"doakan aku berjodoh dengan dia.. Fizz." rintih Aiman dalam sendu.

"aku takkan doakan kau berjodoh dengan dia. tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Ai'e.. barangkali. kita suka akan sesuatu tapi sebenarnya ia tak baik untuk kita. dan barangkali. kita tak suka akan sesuatu tapi sesungguhnya ia baik untuk kita. janji Allah Ai'e. pegang betul2. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. strive untuk jadi lelaki yang baik."

"kalau aku takde jodoh dengan dia.."

"redha. aturan Allah tu the best. jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. sebab sesungguhnya, semuanya berhikmah. husnudzhon Ai'e. yang penting. doa. doa yang berterusan. Aku tahu ko kuat."
"Fizz.."

"dah jom pergi surau. sahut seruan Ilahi, Allah rindu nak dengar rintihan ko. Allah rindu beb."


seminggu kemudian.

bzzz. bzzz.

"Farah Aina Sanusi. aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik. aku akan stop contact ko lepasni. aku tak janji. tapi aku akan cuba yang terbaik. buat masa ni, aku harap ko kuat dan tabah nak hadap dunia ni. lepasni dah takde aku utk ingatkan ko dhuha. sila paham sendiri. lepasni tolong, behave attitude. aku mintak maaf sbb pernah buai hati ko. dan aku maafkan ko sbb pernah buai hati aku. hati ni masih tak rela. tapi in order to achieve mardhatillah. aku buat keputusan ni. jangan salah faham. aku tak benci ko. aku nak, kita jaga. sesama menjaga. aku taknak kita terus hipokrit. senang buat apa saja atas nama 'cinta lillah'. aku nak jaga cinta ni. sebab aku nak Allah redha cinta yang aku bina. insha Allah, kalau berjodoh. aku sendiri akan jumpa wali ko. ya salam. jaga hati. jaga iman."

whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik sahaja sudah melipat kain solat. kaki disila dan bersandar di satu sudut masjid. airmata bercucuran. tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.

sakit.

gembira.

berbaur rasa.

'Allah makbulkan doa aku.. tapi.. ya Allah.. sakit.' airmata deras mengalir.

sneakers hitam disarung ke kaki sambil kepala menengadah langit. langit mendung. semendung hati. air mata tak habis habis menuruni pipi. seakan ingin meluahkan segala isi rasa yang ada. gadis berbaju kurung biru laut memulakan langkah dengan lafaz yang mulia. Bismillahirrahmanirrahim. setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad. mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi. demi cinta yang suci. demi cinta Allah yang hakiki.

***

ikhtilat tu, bukan hanya dengan orang yang kita suka. tapi dengan semua ajnabi.

jaga hati.

belum sampai masa.

aku juga sedang bertatih.

untuk menjaga hati dari dibuai ajnabi.

akan bersambung. ambil yang baik. tinggal yang buruk. ya salam.

Buat apa pun, jgn lupa Allah nampak semuanya, malaikat mencatat.
.

Sunday, September 7, 2014

Permata Ayah Bonda

Ada masanya kita kuat dan ada masanya kita lemah dan sebagai hamba, kita sentiasa memerlukan bantuan dan ihsan orang lain. Kita tidak akan mampu hidup seorang diri lebih lebih lagi untuk tempoh masa yang agak panjang.


Banyak kali aku jatuh dan pada masa itu, aku rasa takda kawan yang boleh bantu aku dalam ketika itu. Aku buntu dan hanya pada Allah saja aku berharap mengharapkan bantuan. Alhamdulillah, Allah membantu aku dalam keadaan aku sendiri tak sedar. 

Keluarga. Aku masih memiliki kedua ibu bapa yang sentiasa menyokong. Mereka sentiasa ada memberi nasihat dan pandangan terhadap tindakan atau keputusan aku. Betapa bertuahnya aku rasa adanya mereka. 

Sewaktu aku masih di tadika, aku sering didengarkan dengan nasyid nasyid tahun 90an yang sememangnya menyentuh jiwa. Mungkin pada ketika itu aku masih kecik dan tak mampu menghadam setiap bait bait lirik yang dinasyidkan itu tapi bila aku dengar semula kini, serius tersentuh.

Dalam banyak banyak lagu, Permata Ayah Bonda menjadi pilihan aku. Lagu yang menceritakan tentang kekeluarga dan kehidupan seorang anak yang sedang membesar. Mungkin nasyid ini tidaklah sepopular mana tapi nasyid ini menjadi inspirasi untuk aku terus berusaha sehabis baik. Demi membalas jasa kedua insan yang tersayang yang tidak ada gantinya. Hayati lirik yang hati, in shaa Allah akan terkesan.

Sejak kecil diasuh, dididik dengan penuh kasih sayang tanpa membeza bezakan antara adik beradik. Menjaga ketika kita sakit, menyuap ketika kita lapar, menenangkan ketika kita resah gelisah, tempat mengadu segala permasalahan bahkan lebih memahami kita dari mana mana manusia dalam bumi ini. Sedikit lirik yang penuh maksud..


Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah 
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya



Setiap kali terdengar nasyid ni, secara automatiknya aku menjadi sebak. Lebih 15 tahun aku dengar lagu ni, kali ni betul betul menerkam jiwa dalam. Allah, beruntungnya aku masih memiliki ibu ayah. Bertuahnya aku masih ada mereka yang sentiasa ada untuk aku dalam apa jua keadaan. 

"Daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, kebaikan yang paling sempurna ialah apabila seorang itu menghubungkan kasih sayang kedua ibu bapanya."

Semoga mereka sentiasa berada dibawah lembayung kasih Nya selamanya. Thanks to Allah, Alhamdulillah. Siapalah kita tanpa mereka.

Friday, July 18, 2014

Mahasiswa bitara

Bercerita tentang kehidupan mahasiswa. Mahasiswa yang sepatutnya memberi manfaat kepada agama dan bangsa. Mahasiswa yang mampu mengubah corak politik sesebuah negara secara aman. Tanggapan aku sebelum menjadi mahasiswa IPTA sememangnya tinggi, expectation yang akan melakar satu kegemilangan buat diri dan keluarga. Itu cerita sebelum, tapi setelah bergelar mahasiswa ni aku rasakan macam aku tak mampu nak buat apa apa yang membanggakan.

I was like "apa sebenarnya sumbangan aku pada agama dan bangsa sejak bergelar mahasiswa ni?" Persoalan macam tu timbul bila mana aku rasa macam kurang memberi manfaat kepada masyarakat. Kita semua tahu macam mana semangat dan peranan mahasiswa zaman awal kemerdekaan dahulu. Ini bukan cerita sejarah atau kenangan lama tapi sekarang. Bangun pagi, pergi kelas, balik kelas, siapkan assignment lepas tu tidur. Again, again and again. Mana hilang nilai mahasiswa? Setakat dapat Dean List atas kertas?

Tak perlu nak cerita macam jaguh kampung, kejayaan kecil nak dibesar besarkan. Simpan semua tu dan tolak ke tepi. Duduk di Universiti leka dengan dunia belia, leka bermain cinta, seronok berprogram suka suka sana sini and at the end, apa sumbangan kepada agama?

Serius. Semua benda ni memang kita takkan rasa masa kita tengah seronok dengan dunia kita. Macam mana nak bagi sumbangan pada agama kalau benda wajib pun berat nak terlaksana? Macam mana nak memberi sumbangan pada masyarakat kalau buat itu ini berkira? Macam mana nak berdiri mempertahankan negara kalau bangun subuh pun selalu lewat?

Persoalan demi persoalan macam ni kerap kali berlegar legar dalam kotak pemikiran setiap kali terbaca berita atau menonton video tentang Palestin dan Syria. Sebagai mahasiswa, apa sumbangan yang dapat kita bagi untuk membantu mereka yang sedang berperang dalam bulan puasa ni.

Sedang kita enak bergolek atas katil, dorang yang kat Gaza tu sedang digolek-kan bom. Sedih melihat saudara saudara kita yang sedang ber-'jihad' untuk mempertahankan holy land mereka dari serangan tentera Zionis.

Sesungguhnya aku tak mampu untuk berbuat apa apa untuk membantu saudara di Gaza. Hanya doa yang mampu untuk melindungi rakyat Gaza. Sesungguhnya doa adalah senjata umat Islam dan tolong jangan berhenti berdoa. Bayangkan jika negara kita diserang sebegitu, dan negara negara lain tidak memperdulikan negara kita, tiada bantuan dan doa, apa yang kita rasa? Mohon teruskan berdoa selepas solat.


Baru baru ni juga kita dikejutkan dengan berita terhempasnya kapal terbang MH17 yang didakwa ditembak semasa melalui ruang udara antara Ukraine dengan Rusia. Masa dapat berita tu, Allah.. tak tahu nak cakap macam mana. Bayangkan kalau kita tengah menunggu ketibaan ahli keluarga yang tersayang setelah empat tahun, apa yang kita dapat cuma jenazah yang dah tidak bernyawa. Sedekahkan Al- Fatihah kepada yang terkorban.

Memang benar semuanya aturan Allah dan mestinya ada hikmah disebalik kejadian. Mati memang tidak boleh dijangka. Cuma persoalan kita disini, bagaimanakah persediaan kita menghadapi sebarang kemungkinan tersebut. Apakah amalan kita yang mampu menjadi bekalan kita untuk hari disana? Untuk peringatan diri ini yang selalu terleka.

Kita perlukan mahasiswa yang produktif, mahasiswa yang cakna dengan isu semasa dunia dan agama. Kita tak perlukan keyboard warrior yang hanya pandai berkata kata dalam alam media sahaja, atau yang hanya bergurukan internet. Aku harap aku mampu melakukan sesuatu untuk diri, keluarga, bangsa dan agama. Biarlah perbuatan baik kita itu sedikit namun cubalah kita istiqamah, in shaa Allah akan ada ganjarannya.  

Tuesday, July 15, 2014

Cikgu Praktikal

Bermula isnin lepas, ramai kenalan yang dah bermula praktikum di sekolah pilihan masing masing. Alhamdulillah, setakat ni semuanya respon yang baik baik saja aku dengar dan aku harap mereka mampu menjalankan tugas dengan baik sehingga bulan 12 nanti. Semoga Allah memudahkan urusan kalian dalam usaha mendidik anak bangsa, mudah mudahan.

Bercerita tentang pengalaman sememangnya satu perkara yang menyeronokkan bagi penglipur lara sampaikan orang yang dengar pun boleh jadi muak dan bosan, haha. Tapi aku tak kesah, ada beberapa cerita yang nak aku kongsikan masa aku menjadi tenaga pengajar 2 tahun lepas.

Nak menjadi seorang guru ni bukan mudah, terlalu banyak benda yang perlu kita belajar seiring perkembangan semasa bebudak zaman sekarang. Paling penting sekali, seorang guru tu tak boleh hot temper dan kena pandai tackle minat anak murid. Bayangkanlah dengan masa yang kita ada perlu dibahagi bahagikan antara waktu mengajar, mengenali pelajar, tugasan guru dan tak termasuk tugasan sampingan lain lagi. Sibuknya tak terkata.

Dalam satu kelas average ada 30 orang murid dan kalau mengajar 5 buah kelas dah jadi 150 orang murid. Berapa banyak masa untuk kita ambil bagi mengenali pelajar pelajar tersebut? Itulah soalan kerap yang ditanya oleh rakan yang berpraktikum pada aku. Well, actually I'm not good adviser sebab aku sendiri tak mampu kenal semuanya dalam tempoh beberapa bulan. Maksud aku, kenal secara menyeluruh dan bukan hanya pada nama pelajar semata. Apa yang aku buat, aku akan ambil sedikit masa sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran untuk bertanya secara rambang kepada anak murid tentang diri mereka dan apa mereka nak jadi 20 tahun akan datang atau apa sahaja yang berkaitan. Alhamdulillah, Allah dah mudahkan dan aku berjaya kenal hampir 85% dari keseluruhan,  not good enough tapi okay la. Hehe..

Ada something yang masih mengganggu fikiran aku dari first day mengajar sampailah dah hari ni. Dua tahun lepas berhenti mengajar ni. Masa aku mengajar dulu, mereka memanggil aku dengan gelaran cikgu, sir dan ustaz. Either three. Cikgu dengan Sir tu in shaa Allah not a big deal but Ustaz tu.

Aku rasakan sampai hari ni macam panggilan tu tak layak untuk aku. Terlalu tinggi dan aku tak boleh dipanggil dengan panggilan tu. Masa mula mengajar dulu aku 19 tahun dan bila budak form 5 panggil aku dengan panggilan Cikgu atau Ustaz tu aku macam tak boleh terima. I bet they don't know how old I am because I look older than my age. 

Entahlah, firstly aku rasa aku macam abang diorang saja dan bukan cikgu diorang. Second, ilmu yang aku ada sekarang masih belum layak untuk bergelar guru, aku rasa la. Tapi apa apa pun, semua tu memang pengalaman yang sangat berguna dan membantu dalam usaha menjadi seorang pendidik semula satu hari nanti, in shaa Allah. Doakanlah ye.

One thing paling seronok dalam mengajar ni bila kita jadi sumber inspirasi murid lain. Allah, masa tu macam macam perasaan datang bila murid ni berkata "Boleh cikgu jadi mentor saya? Saya nak jadi hebat macam cikgu". Takut jugak riak, ujub, takkabbur datang. Walaupun aku taklah bagus sangat nak dijadikan idola tapi perkara macam ni mendorang kita untuk menjadi lebih baik dan kurangkan buat silap. Kadang kadang macam dah tak jadi diri sendiri dah. Hasilnya? Hahaha..


Semuanya cerita sejarah, cerita pengalaman. Jadi kepada sahabat yang berpraktikal, buatlah sehabis baik yang korang mampu. Jangan lupa brainstorming sebelum melakukan sesuatu untuk menarik perhatian bebudak yang baru nak kenal dunia tu. Aku doakan kejayaan korang dari sini saja. Hehe, best of luck semua.

Friday, June 27, 2014

Ramadhan 1435 H

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..” Kita semua mesti dah biasa sangat dengan nasyid nyanyian Man bai dengan Raihan ni kan. Lagu yang kita dengarkan sejak kecil lagi.

Sedar tidak sedar kita hampir tiba kembali Ramadhan Al-Mubarakh. Bulan yang terbaik dari bulan bulan yang lain. Jadi, marilah kita bina bergunung-gunung azam kerana ianya tidak akan merugikan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh pengampunan. Bulan yang merantai dan membelengu syaitan dan iblis serta membebas dan melepaskan umat manusia dari azab dan siksa.

Marilah kita besama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat. Dan murahkanlah hati untuk memberi kepada yang lain serta sambunglah ikatan silaturahim yang renggang dan terputus itu. Harus diingati bahawa bukan bermakna Ramadhan ialah bulan mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan lain itu bulan mengerjakan kemaksiatan. Tetapi Ramadhan adalah bulan yang mana penambahan amal kebaikan itu sangat menguntungkan. Malah keuntungannya berlipat kali ganda melebihi kepatutan. Hehe, macam forum perdana pulak dah.

Aku, macam orang lain jugak mengharapkan Ramadhan kali ni mampu mengislahkan diri kita dari kejahilan semasa. No doubt yang kita ni selalu buat dosa dalam sedar atau tidak. Memang agak banyak jugak kalau dikira dari lahir kita sampai hari ini. 

Aku nak kongsikan sikit apa yang aku baca dari facebook, moga manfaat berpanjangan. Kelebihan bulan Ramadhan yang ramai dah tahu tapi mungkin ada yang dah lupa.


1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

 3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”. Semoga setiap daripada kita berjaya memperolehi puasa yang berkualiti dan amalan yang diterima oleh Allah. Renung renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, June 17, 2014

Cinta Remaja

Assalamualaikum, sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Baik, sekarang ni aku nak cerita tentang cinta memandangkan ramai sudah sahabat sahabat mendirikan rumah tangga dan masing masing hangat dengan soal pernikahan. Barakallah buat mereka dan semoga jodoh aku pun akan sampai tak lama lagi, hehe.

Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan pada zaman ini. Dengan kemudahan teknologi perhubungan, hampir mustahil pemuda dizaman ini tidak bercinta, walaupun sekurang - kurangnya hanya dengan ber-sms.

Kali ini tajuk yang ingin dibincangkan adalah mengenai cinta di dalam Islam. Adakah kita sebagai generasi muda memahami cinta yang dianjurkan di dalam Islam?

Cinta Dalam Islam

Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya. Jika tidak, boleh merosakan. Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.

Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah.

Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan. Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya. Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.

Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin. Namun, mereka putus di tengah jalan.

Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan seseorang.

Sering kalahnya manusia dalam ujian percintaan merupakan kes yang biasa mendera kaum muda. Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila mereka hilang dalam perjuangan zaman, hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang. Kegagalan menjaga rasa cinta. Mereka hanya tidak mampu menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika menghadapi ujian kehidupan.

Ketika kaum muda putus cinta, seolah-olah putus segala harapan untuk  mendapatkan kasih sayang dari jantina berlawanan. Padahal tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan kasih sayang dalam koridor yang sebenar masih terbuka lebar. Meskipun begitu, sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih sayang dari Allah. Cinta dan kasih sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih sayang dari manapun.

Kita seharusnya selalu berprasangka positif terhadap Allah. Sehingga mampu menjadikan kita menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita terputus di tengah jalan.

Kita juga jangan sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh adalah hasil terbaik yang diberikan Allah. Walaupun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.

Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih sayang yang baik terhadap pasangan?

Biasanya, sebelum berumah tangga, para pemuda & pemudi selalu mendesak dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka. Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian. Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.


Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?

Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan. Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.

Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, Kamu sangat cantik hari ini.

Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”. Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati. Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari. Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.

Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.

Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.

“Jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah. Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.