Pertemuan di Cafe Kara pada petang tu, membuatkan Aiman tak senang duduk. fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. it has been quite some time. sejak form 1 lagi. dan sekarang jumpa balik. di universiti yang sama. cuma berlainan course.
dia seakan tak percaya. perasaan yang sudah
lama dipendam kini semakin hangat. bak kata orang, kembali mendidih. acap kali
kedengaran istighfar meniti di bibirnya. akhirnya, jari jemari menekan butang
send. audio 'you are the one' by raef.
mata asyik tertumpu pada conversation
whatsapp. menunggu balasan dari si gadis.
seminit..
dua minit..
tiga minit..
empat minit..
bzzz. bzzz.
"apa ni?"
"hayati lirik tu and fahamkan. then
tell me the answer. sudi ke tak."
"are you serious Aiman Arshad
Shamsudin?"
"i am. aku dah lama suka ko."
"this is not the right way. i'm not
ready."
"just tell me. that you love me the
way i do or not. only then i'll be okay."
"aku pun suka ko."
bibir kembali senyum sampai telinga. sampai
tak sedar Hafiz Aqil yang sedang murajaah AlQuran surah AnNisa memandang aneh.
"aku akan kahwini ko satu hari
nanti."
"i'll wait for that day."
"just you wait. "
dan hari demi hari, semakin kerap whatsapp
dan berkongsi segala duka dan duka. segalanya indah.
indah semua apabila hati berbunga. kan?
***
Sebulan berlalu.
di satu sudut. Farah Aina sujud di sejadah.
lama.
usai salam terakhir, dia menangis. sambil
meruap muka.
malu. malu dengan diri sendiri yang makin
tak tahu malu.
bermaksiat. ye.. zina. zina hati je.
"JE" takkan ubah apa apa.
yang dosa tetap dosa.
"ala ramai je orang lain
bercinta."
what is wrong is wrong even if everyone is
doing it. hati segera menangkis.
"tapi aku tak pernah langkau
syariat!" hati tetap membantah.
betulke...? setiap hari whatsapp. even
bertanya khabar. tapi perasaan halus tu sentiasa menjalar di hati. sentiasa
tersengih sorang2. sampai kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi
semata nak melayan whatsapp dari si dia pada pukul 1, 2 pagi. selalu cemburu
bila si dia digosipkan dengan akhowat lain. selalu stalk profile dan segala
yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.
"aku..."
dan masa tu, sejadah menjadi tempat airmata
meresap. mata bengkak. badan lemah. hanya pada Allah boleh diluah. hanya Allah
yang mengerti saat itu. betapa berdosanya diri. tapi masih, diselubungi
perasaan 'takut untuk sakit bila berjauhan' jadi..
"ya Allah.. tolong bukakan hati si dia
untuk sedar akan hakikat ini juga.. tolong ya Allah.. kurangkan sakit yang aku
rasa ni.."
dan malamtu, di saat yang lain nyenyak
dibuai mimpi.
seorang gadis di sudut ruang kamar.
menangis dan menangis. kerana dosa.
---
"Ai'e. syok whatsapp? dengan
siapa?" tegur Hafiz. memulakan bicara.
"oh takdelah. dgn member sekolah
lama." jawab Aiman sambil sengih.
"aku bukan apa. tapi aku tengok kau ni
dah lain." berhati hati Hafiz menuturkan.
"lain macam mana?" Aiman
menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.
"boleh kita bincang kejap?" ajak
Hafiz.
"sure." iPhone diletak tepi dan
di tukar mode silent. something sounds fishy.
"tengah berbunga ke?" Hafiz
senyum segaris. sekadar bermanis.
"eh apa? what do you mean?" Aiman
kerutkan dahi tanda tak faham.
"look. let me be honest. sebab ko
member aku since first time kita masuk uni lagi. satu course. satu bilik. satu
kelas. dan, satu agama. aku sayang ko."
"eh jap jap. ada apa hal ni?"
"aku tak larang ko nak bercinta. tapi
biarlah cinta tu, kerana Allah. bukan kerana nafsu. selagi belum halal, selagi
tu ada jarak. got me?"
"oh.. tapi aku takde la sampai
bersayang semua. aku cuba limitkan pergaulan kami."
"hati?"
diam. gulp! tersedak. batuk dua kali untuk
hilangkan payau di tekak.
"Ai'e.. even kita dah limitkan
pergaulan. contact tanya khabar ke. sembang through phone sambil cakap benda
baik ke. ingat, syaitan tu ada. bunyi kecik simple gitu je kan? tapi, little do
we now. benda kecik macamtu lah, yang kita orang belajar agama ni. selalu rebah
kena hentam dgn nafsu. are you with me?"
"proceed." mata merah. tahan
airmata dari tumpah ke lantai. muka ditunduk.
"aku tahu. ko sayang dia. tapi, jarak
tu still exists. kalau masa ni ko enjoy kenal dan suka2 dengan dia. lepastu. do
you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal lagi? save. save manja.
save cinta. save kata2 manis. tu semua, lepas nikah. ko lelaki. dia tu
perempuan. aku rasa si dia tu pun bukan calang2 orang. sbb aku tau, kau
terpikat dengan agama dia. at first. perempuan ni umpama air mutlak. kenapa
kita nak musta'malkan dia? kenapa nak sentuh hati dia awal2? kenapa nak
cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?"
tersentak. diam. airmata mula menuruni
pipi.
dan sekarang. Aiman Arshad Shamsudin sedang
menangis. Sebab dosa.
Hafiz mendekat dan peluk bahu dengan tangan
sebelah dan bisik.
"kita taktahu dengan siapa kita akan
nikah. kita taktahu bila kita akan nikah. tapi kita kena ingat. kita jugak tak
tahu, bila kita akan mati dan macam mana kita akan mati. persiapkan diri. mana
tahu, diri kita ni akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?"
"tapi.. aku sayang dia lillahitaala.
aku pilih dia sebab agama dia."
"sayang tu bukan dengan kata2. jangan
ucap sayang kerana Allah. jangan syok berkata kerana Allah sedangkan Allah
jelik dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. jangan syok sendiri. kadang2,
kita kena berbalik pada fitrah. jiwa bertuhan. memang cinta itu fitrah juga.
tapi, jangan sampai jadi fitnah."
"aku sayang dia Fiz.. sakit sangat
perpisahan tu. aku tak sanggup hilang dia."
"yakin dengan Allah Ai'e. jangan cakap
macam kau takde Tuhan. kita merancang. Tuhan yang tentukan."
"doakan aku berjodoh dengan dia..
Fizz." rintih Aiman dalam sendu.
"aku takkan doakan kau berjodoh dengan
dia. tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Ai'e..
barangkali. kita suka akan sesuatu tapi sebenarnya ia tak baik untuk kita. dan
barangkali. kita tak suka akan sesuatu tapi sesungguhnya ia baik untuk kita.
janji Allah Ai'e. pegang betul2. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
strive untuk jadi lelaki yang baik."
"kalau aku takde jodoh dengan
dia.."
"redha. aturan Allah tu the best.
jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. sebab sesungguhnya, semuanya
berhikmah. husnudzhon Ai'e. yang penting. doa. doa yang berterusan. Aku tahu ko
kuat."
"Fizz.."
"dah jom pergi surau. sahut seruan
Ilahi, Allah rindu nak dengar rintihan ko. Allah rindu beb."
seminggu kemudian.
bzzz. bzzz.
"Farah Aina Sanusi. aku rasa aku dah
buat keputusan yang terbaik. aku akan stop contact ko lepasni. aku tak janji.
tapi aku akan cuba yang terbaik. buat masa ni, aku harap ko kuat dan tabah nak
hadap dunia ni. lepasni dah takde aku utk ingatkan ko dhuha. sila paham
sendiri. lepasni tolong, behave attitude. aku mintak maaf sbb pernah buai hati
ko. dan aku maafkan ko sbb pernah buai hati aku. hati ni masih tak rela. tapi
in order to achieve mardhatillah. aku buat keputusan ni. jangan salah faham.
aku tak benci ko. aku nak, kita jaga. sesama menjaga. aku taknak kita terus
hipokrit. senang buat apa saja atas nama 'cinta lillah'. aku nak jaga cinta ni.
sebab aku nak Allah redha cinta yang aku bina. insha Allah, kalau berjodoh. aku
sendiri akan jumpa wali ko. ya salam. jaga hati. jaga iman."
whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik
sahaja sudah melipat kain solat. kaki disila dan bersandar di satu sudut
masjid. airmata bercucuran. tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.
sakit.
gembira.
berbaur rasa.
'Allah makbulkan doa aku.. tapi.. ya
Allah.. sakit.' airmata deras mengalir.
sneakers hitam disarung ke kaki sambil
kepala menengadah langit. langit mendung. semendung hati. air mata tak habis
habis menuruni pipi. seakan ingin meluahkan segala isi rasa yang ada. gadis
berbaju kurung biru laut memulakan langkah dengan lafaz yang mulia.
Bismillahirrahmanirrahim. setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad.
mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi. demi cinta yang suci. demi cinta
Allah yang hakiki.
***
ikhtilat tu, bukan hanya dengan orang yang
kita suka. tapi dengan semua ajnabi.
jaga hati.
belum sampai masa.
aku juga sedang bertatih.
untuk menjaga hati dari dibuai ajnabi.
akan bersambung. ambil yang baik. tinggal
yang buruk. ya salam.
Buat apa pun, jgn lupa Allah nampak
semuanya, malaikat mencatat.
.
terbaik!!
ReplyDelete