Tuesday, December 16, 2014

Ujian dalam kurniaan

Semalam terbuka satu dokumen tersorok bawah katil, bila buka rupa rupanya maklumat kemasukan pelajar baru ambilan februari 2012/2013. Dalam dokumen tu terkandung banyak laporan yang diperlukan sebagai syarat nak masuk Universiti awam di Malaysia ni.

Semak balik kalender hari ni, dah hampir penutup tahun 2014 sudah dan beberapa hari lagi kita akan menjejaki tahun 2015. Pantasnya masa berlalu sampaikan rasa banyak benda yang nak dibuat tak terlaksana. Alhamdulillah, bersyukur kepada nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hari ni masih mampu bernafas diatas bumi tuhan ni.

Teringat kata kata seorang pensyarah fakulti aku, Dr Ong Kuan Boon. Kata beliau "Bila saya bangun pagi, apa yang saya fikirkan adalah apakah sumbangan yang dapat saya bagi kepada orang hari ini". Walaupun beliau bukanlah seorang Muslim tapi mengamalkan apa yang dituntut dalam Islam iaitu berbuat baik kepada sekalian manusia. Tambah Dr. Kuan "...kita hidup tidak lama jadi banyakkan buat baik kepada orang. If you give something good to other people, people will do same thing to you. Trust me".

Nak mencari orang beragama Islam hari ini memang mudah tetapi nak mencari orang yang betul betul mengamalkan Islam secara menyeluruh agak sukar hari ni. Kenapa? Sebab mungkin penghayatan tu tidak secara total. Penghayatan dengan hati, akal dan amal. Bunyi mudah kan?

Okay, sebenarnya bukan itu yang nak aku kongsikan. Hidup ini ada pilihan. Allah beri kebebasan untuk kita pilih sama ada baik atau buruk dengan kurnia akal pada manusia. Flashback balik masa sebelum aku masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris ni, memang aku tak sangka aku akan masuk Universiti ini. Jujurnya sasaran aku sebenarnya lebih kepada universiti awam yang lain macam UKM, UM, UIA atau USIM.

 “Allah tak beri apa yang kita inginkan, tetapi Allah beri apa yang terbaik buat diri kita”.

Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Memang sejak kita dilahirkan, telah ditetapkan kita 3 perkara iaitu Rezeki, Ajal dan Jodoh. Majoriti kita mengejar rezeki dan jodoh. Rezeki harus dicari sebab Allah kata "Siapa yang berusaha, dia akan berjaya". Itu soal rezeki tapi ramai terlupa pasal persediaan kita bertemu Dia. Termasuk aku.

Menakutkan sebenarnya bila fikir bersediaan kita sebelum bertemu 'Raja segala Raja'. Kata seorang guru "Ramai antara kita sibuk mencari jodoh tapi lupa hidayah sedangkan hidayah perlu dicari manakala jodoh dah ditetapkan sejak kita lahir lagi"

Selain final exam, ada satu benda lagi yang selalu menghimpit aku. People talking about marriage and some of my friends already married. They keep asking me, who is my girl? Please. Aku ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Bercinta is not an option. Tipulah kata takda minat sesiapa. Tipu. Ada tapi jodoh adalah rahsia, maka lebih baik kita rahsiakan saja.

Aku takutkan persepsi orang, aku takutkan masa depan, aku takut dengan diri aku sekarang. Bila fikir, Allah dah banyak sangat bagi aku kurniaanNya macam ibu bapa yang baik, keluarga yang bahagia, tempat yang baik untuk belajar dan kawan kawan yang baik. Alhamdulillah. Setiap kali terhimpit perasaan macam ni, Allah hantarkan aku seseorang yang mampu menasihati aku tentang sesuatu.

Expectation tinggi orang menyebab wujud rasa tertekan plus takut. They said they do believe in me and they believe that I can do that, that and soon. Itu okay lagi but once they said about "pinjaman sementara" ni, uhh..lemah sungguh rasa. Diorang lupa ke rupa ni cuma pinjaman? Sampai satu masa, bila bila Allah boleh tarik nikmat ni. Bukan aku minta tapi kurnia dan takut kurnia ni menjadi fitnah kepada diri. Kadang kadang bila kita buat baik, orang boleh salah tafsir. Susah sangat agaknya nak bersangka baik.

"Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap ku.
 
Sebolehnya aku cuba bersangka baik dalam setiap yang berlaku sebab aku yakin dengan hikmah yang tersembunyi. Kita tak selamanya bernasib baik dan tak selamanya diduga kemalangan. Selalu aku berdoa dan berharap diberikan sesuatu atau sesorang yang terbaik buat aku. Boleh jadi apa yang kita impikan itu bukan sesuatu yang terbaik untuk kita.

"Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa"

Allah itu Maha Penyayang. Mungkin jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagiaan dari kasih sayangNya. Jadi jangan pernah kecewa apabila apa yang dihajatkan tidak tercapai. Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai. Sekiranaya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, in shaa Allah jiwa kita akan tidak berbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif. Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment