Friday, July 18, 2014

Mahasiswa bitara

Bercerita tentang kehidupan mahasiswa. Mahasiswa yang sepatutnya memberi manfaat kepada agama dan bangsa. Mahasiswa yang mampu mengubah corak politik sesebuah negara secara aman. Tanggapan aku sebelum menjadi mahasiswa IPTA sememangnya tinggi, expectation yang akan melakar satu kegemilangan buat diri dan keluarga. Itu cerita sebelum, tapi setelah bergelar mahasiswa ni aku rasakan macam aku tak mampu nak buat apa apa yang membanggakan.

I was like "apa sebenarnya sumbangan aku pada agama dan bangsa sejak bergelar mahasiswa ni?" Persoalan macam tu timbul bila mana aku rasa macam kurang memberi manfaat kepada masyarakat. Kita semua tahu macam mana semangat dan peranan mahasiswa zaman awal kemerdekaan dahulu. Ini bukan cerita sejarah atau kenangan lama tapi sekarang. Bangun pagi, pergi kelas, balik kelas, siapkan assignment lepas tu tidur. Again, again and again. Mana hilang nilai mahasiswa? Setakat dapat Dean List atas kertas?

Tak perlu nak cerita macam jaguh kampung, kejayaan kecil nak dibesar besarkan. Simpan semua tu dan tolak ke tepi. Duduk di Universiti leka dengan dunia belia, leka bermain cinta, seronok berprogram suka suka sana sini and at the end, apa sumbangan kepada agama?

Serius. Semua benda ni memang kita takkan rasa masa kita tengah seronok dengan dunia kita. Macam mana nak bagi sumbangan pada agama kalau benda wajib pun berat nak terlaksana? Macam mana nak memberi sumbangan pada masyarakat kalau buat itu ini berkira? Macam mana nak berdiri mempertahankan negara kalau bangun subuh pun selalu lewat?

Persoalan demi persoalan macam ni kerap kali berlegar legar dalam kotak pemikiran setiap kali terbaca berita atau menonton video tentang Palestin dan Syria. Sebagai mahasiswa, apa sumbangan yang dapat kita bagi untuk membantu mereka yang sedang berperang dalam bulan puasa ni.

Sedang kita enak bergolek atas katil, dorang yang kat Gaza tu sedang digolek-kan bom. Sedih melihat saudara saudara kita yang sedang ber-'jihad' untuk mempertahankan holy land mereka dari serangan tentera Zionis.

Sesungguhnya aku tak mampu untuk berbuat apa apa untuk membantu saudara di Gaza. Hanya doa yang mampu untuk melindungi rakyat Gaza. Sesungguhnya doa adalah senjata umat Islam dan tolong jangan berhenti berdoa. Bayangkan jika negara kita diserang sebegitu, dan negara negara lain tidak memperdulikan negara kita, tiada bantuan dan doa, apa yang kita rasa? Mohon teruskan berdoa selepas solat.


Baru baru ni juga kita dikejutkan dengan berita terhempasnya kapal terbang MH17 yang didakwa ditembak semasa melalui ruang udara antara Ukraine dengan Rusia. Masa dapat berita tu, Allah.. tak tahu nak cakap macam mana. Bayangkan kalau kita tengah menunggu ketibaan ahli keluarga yang tersayang setelah empat tahun, apa yang kita dapat cuma jenazah yang dah tidak bernyawa. Sedekahkan Al- Fatihah kepada yang terkorban.

Memang benar semuanya aturan Allah dan mestinya ada hikmah disebalik kejadian. Mati memang tidak boleh dijangka. Cuma persoalan kita disini, bagaimanakah persediaan kita menghadapi sebarang kemungkinan tersebut. Apakah amalan kita yang mampu menjadi bekalan kita untuk hari disana? Untuk peringatan diri ini yang selalu terleka.

Kita perlukan mahasiswa yang produktif, mahasiswa yang cakna dengan isu semasa dunia dan agama. Kita tak perlukan keyboard warrior yang hanya pandai berkata kata dalam alam media sahaja, atau yang hanya bergurukan internet. Aku harap aku mampu melakukan sesuatu untuk diri, keluarga, bangsa dan agama. Biarlah perbuatan baik kita itu sedikit namun cubalah kita istiqamah, in shaa Allah akan ada ganjarannya.  

No comments:

Post a Comment