Sekiranya tugasan tersebut adalah merupakan markah yang membawa kepada sijil ijazah aku nanti maka aku memang sanggup tapi tugasan kolej ini adalah luar daripada itu. Tidak termasuk dalam senarai CGPA aku. Beberapa kali juga aku mengadakan perbincangan bersama rakan seangkatan berkenaan takwin kolej, mereka juga ada yang menyokong dan ada yang membantah dengan alasan masing masing.
Hari demi hari berlalu, program demi program, masalah demi masalah yang melanda tetap persoalan sama. Bila ditanyakan kepada Exco kolej lain, semuanya kata mereka lebih relaks dalam bertugas kerana jarak program antara program banyak. Aku agak cemburu dengan kesenangan mereka bertugas sebagai Exco. Bertugas dalam kolej ini bukan dapat gaji, penginapan percuma jauh sekali. Memang kusut fikiran bila mengenangkan setiap tugasan yang aku perlu lakukan. Itu ini, sana sini. Ahh, serabut.
Tapi semua itu persoalan seakan terhapus pergi, terima kasih kepada barisan MT yang merasionalkan semua kepincangan yang dialami. Kata seorang daripada mereka "Kalau ditanya kenapa program kolej kita banyak berbanding kolej lain sebab kita dah diperuntukkan dengan sejumlah wang penghuni kolej ini dan kita sebagai Majlis Mahasiswa Kolej mesti menjalankan amanah ini dengan baik sebab ini yang akan ditanya Allah kemudian hari."
Memang tak dinafikan apa yang beliau katakan, setiap daripada kita sudah berjanji untuk menjaga kebajikan penghuni dan amanah itu perlu kita tanggung. Teringat aku dengan kisah 6 pesanan Imam Ghazali kepada anak muridnya.
Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan
kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang
paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa
setiap yang bernyawa pasti akan mati.“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai
mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan
kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia
ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa
yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan,
matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua
jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa
lalu”. Walau secanggih mana pun kenderaan kita pada hari ini, kita tetap tidak
akan mampu mencapainya kembali.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
“Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada
di dunia ini adalah “nafsu”
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak
dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu
mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah
Al A’araaf 179)
Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia
ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir
benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah
(Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka
mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah)
sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka
pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72
)
Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di
dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua
itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara
meeting kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam
di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata
Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia” kerana melalui
lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri.
No comments:
Post a Comment