Thursday, May 23, 2019

Semut hitam


Bercakap tentang ikhlas, kita semua ada tafsiran sendiri. Melihat daripada skop ajaran agama Islam, pengertian ikhlas ini terbahagi kepada dua iaitu bahasa dan istilah. Dari sudut bahasa, ikhlas bermaksud tulus dan bersih. Manakala pengertian istilah pula, ikhlas membawa maksud mengerjakan sesuatu amal kebaikan hanya mengharapkan reda Allah SWT.

Secara peribadi, aku sentiasa merasakan untuk mencapai tahap ikhlas ni sangatlah sukar. Terlalu banyak cubaan dan godaan yang menggoyahkan keikhlasan kita. Ikhlas ni datang dari dalam diri, tanpa paksaan atau arahan sesiapa. Rela hati melakukan sesuatu itu semata kerana Allah.

Bayangkan kita pergi ke sebuah masjid, kemudian ada sebuah tabung lalu depan kita. Kita buka dompet dan terlihat ada sekeping duit ringgit Malaysia warna merah dan sekeping lagi berwarna biru. Tanya pada diri kita, mana satu yang akan kita masukkan dalam tabung masjid tu?

Melihat daripada skop kerja, adakah kita sebagai pekerja telah menjalankan amanah dengan penuh ikhlas? Lafaz dibibir mengiyakan namun dalam hati banyak mempersoalkan itu dan itu. Setiap orang buat salah dan kita buat betul pun dikatakan salah. Serba tak kena. Sekiranya itu berlaku, dimanakan letaknya ikhlas.

Ada seorang guru yang aku hormati pernah berpesan, “Ilmu ini adalah anugerah Allah. Jangan kita memarahi anak murid kita kerana tidak bijak, dikuatiri akan hilangnya ikhlas. Ajarlah dengan penuh hati, ikhlas kerana Allah dan untuk bantu anak bangsa, In shaa Allah anak murid akan lebih mudah menerima”.

Allah SWT. menyeru kita untuk selalu ikhlas dalam beramal, khususnya dalam beribadah kepada Allah SWT. Sebagaimana dalil alam firman-Nya:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ فَٱعۡبُدِ ٱللَّهَ مُخۡلِصٗا لَّهُ ٱلدِّينَ . أَلَا لِلَّهِ ٱلدِّينُ ٱلۡخَالِصُۚ

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (dari syirik) ...." (Q.S. Az-Zumar: 2-3)

Apabila kita merujuk kepada hadis 40, ada disampaikan kepada kita sebuah hadis tentang niat. Hadis itu cukup ringkas dan mudah untuk kita fahami.

Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim)

Apa yang boleh kita dapat daripada hadis ni? Simple. Apa yang kita niatkan, itulah apa yang akan kita dapat. Kalau kita niatkan segala perbuatan kita kerana Allah, maka akan dapat ganjarannya kerana Allah. Sebaliknya jika kita niat untuk sesuatu yang lain, kita akan dapat apa yang kita niatkan.
Sebagai seorang pendidik, aku sentiasa mengingatkan diri bahawa segala yang aku sampaikan kepada anak didik aku adalah kerana Dia dan untuk Dia. Moga Allah permudahkan ilmu tersebut meresap jauh ke lubuk hati anak didik aku, in shaa Allah.

Dalam upaya membiasakan diri amalkan ikhlas, ada baiknya jika kita perhatikan beberapa perkara berikut ini.
  • Tanamkan dalam relung hati bahawa apa pun yang kita miliki hakikatnya hanya titipan dari Allah.
  • Hendaknya meluruskan niat pada setiap melakukan suatu amal perbuatan, semata-mata hanya ingin mendapatkan rida Allah SWT.
  • Dalam beramal jangan pilih kasih, melainkan semua orang harus dipandang sama.
  • Lupakan setiap amal kebaikan yang telah dilakukan, agar tidak memiliki rasa angkuh dan sombong.
  • Berdoalah kepada Allah SWT agar diberi kekuatan dalam berakhlak ikhlas.

Semoga setiap daripada kita dapat menikmati ikhlas, khususnya dalam solat kita. Tiang agama yang tak utuh, runtuhlah agama yang disandarkan. "Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"

Wednesday, January 30, 2019

Rusuk terbaik

Cuti sekolah ni aku ada terima banyak undangan perkahwinan. Alhamdulillah terima kasih atas jemputan tapi sayangnya aku tak mampu nak memenuhi semua jemputan tu. Aku mendoakan semua yang selamat melafazkan akad berjaya sehingga sampai syurga in shaa Allah. Macam biasa, dalam pada kita gembira dan bahagia, tak kurang juga ada sahabat atau kenalan kita yang terkkorangs dalam hubungan mereka.

Penulisan kali ni diinspirasikan oleh kawan yang terkandas dalam hubungannya. Bercinta 8 tahun tapi akhirnya tak juga ke jinjang pelamin. Alasannya agak klishe tapi macam biasa, every coin has two sides. Jangan dengar cerita daripada sebelah pihak saja sebab cerita berbeza mungkin kita dengar dari sisi lain. Diringkaskan cerita, seorang kawan bertanya pada aku tentang jenis manusia yang perlu kita jauhi. Dalam frasa urban kita sebut sebagai “The Heart Breaker”.

Siapa diorang ni?

Apa pun, aku bukan expert dalam hal ni. Sekadar perkongsian bagi mengisi masa aku. Okay well, berdasarkan pembacaan dan menakulan aku. Kita bahagikan jenis manusia ni ikut dua jantina, lelaki dan perempuan. Golongan ketiga yang bercelaru tu kita abaikan dulu. Sebab kumpulan ketiga ni pun takleh nak tahu diorang belah mana. Baik, suka aku mulakan dengan kategori yang bertama. Lelaki, sebagai ketua atau bakal keluarga.

Apa ciri-ciri lelaki yang patut kita jauhi?

1. Lelaki Yang Tidak Beriman

Paling penting setiap wanita tentu impikan seorang lelaki yang cukup solat dalam sehari, boleh menjadi imam dalam solatnya, seorang yang beriman dan sempurna agamanya. Ciri-ciri ini penting agar lelaki tersebut boleh menjadi seorang ketua keluarga yang boleh membimbing isteri dan keluarganya ke jalan yang diredai.

2. Lelaki Yang Tidak Serius

Dalam menjalinkan hubungan pasti setiap pasangan ingin mengakhirinya dengan sebuah ikatan yang halal. Jika lelaki yang korang cintai sering mengelak pertanyaan korang untuk mengakhiri hubungan ini ke satu ikatan yang halal padahal korang berdua sudah lama bercinta dan susah bersedia, sebaiknya korang segera angkat kaki. Terang-terang dia jenis lelaki yang tidak mahu ada komitmen yang lebih serius dan hanya ingin mempermainkan cinta korang.

3. Pemalas

Elakkan diri korang daripada menjalinkan hubungan dengan jenis lelaki yang tidak tahu menguruskan dirinya, tidak bercukur, tidak menggosok pakaian ketika korang berdua bertemu janji, rambut dan badan berbau, sering ponteng kuliah ataupun kerja, kenderaaannya yang kotor dan sebagainya. Bimbang jika berkahwin nanti segala tanggungjawab diserahkan bulat-bulat kepada korang seorang dalam menguruskan rumah tangga dan dirinya kerana menganggap semua kerja tersebut merupakan tugas seorang isteri sahaja.   

4. Lelaki Kaki Pukul

Ada sebahagian wanita yang masih berhubungan dengan teman lelakinya yang kaki pukul gara-gara cinta dan sayang terhadap teman lelakinya. Ingatlah wahai wanita, jika sebelum berkahwin pun teman lelaki korang sudah bertindak memukul korang, bagaimana pula setelah berkahwin nanti. Jangan kerana sayang ataupun takut ditinggalkan lelaki sebegini, korang sanggup diperlakukan sedemikian rupa. Takut apabila sudah berkahwin nanti, saban minggu korang bakal menjadi pelanggan tetap hospital kerana dipukul teruk oleh suami.   

5. Lelaki Yang Tiada Toleransi

Lelaki sebegini hanya menganggap dirinya sahaja yang betul. Baginya pkorangngan dan idea orang lain semuanya salah. Sebenarnya dalam menjalinkan hubungan haruslah ada toleransi antara kedua-dua pasangan agar hubungan yang dibina berjalan dengan lancar. Mana ada wanita yang tahan jika dia sering dimarahi teman lelakinya gara-gara pendapat yang dilontarkannya dianggap salah dan berlainan daripada pkorangngan teman lelaki korang. Silap hari bulan, setiap kali berjumpa pasti korang berdua bercakaran pendapat.  

6. Lelaki Panas Baran

Ciri lelaki yang satu ini juga harus korang elak dalam memilih calon suami. Lelaki yang panas baran tentu sahaja mudah mengamuk apabila berlaku sesuatu perkara. Ternyata ciri-ciri ini tidak sesuai untuk dijadikan bakal suami kerana bimbang apabila berkahwin nanti apa sahaja yang isterinya lakukan boleh mendatangkan kemarahannya tanpa dia siasat terlebih dahulu. Malah ciri panas baran ini jika tidak dikawal boleh membawa kepada aksi memukul.  

7. Lelaki Yang Suka Membangga Diri

Elakkan bakal calon suami kalau dia seorang yang sombong dan sering membanggakan dirinya apabila bercakap dengan korang ataupun apabila bercakap dengan rakan-rakannya. Lebih parah jika dia seorang yang kaya, kacak, mempunyai karier yang bagus, gaji yang lumayan dan kereta yang mewah, lagi berlagaklah jadinya. Jika hubungan ini diteruskan takut di kemudian hari nanti rumah tangga yang korang bina tidak harmoni.

8. Kedekut

Jika saat menjalinkan hubungan pun calon suami korang itu berkira dalam membelanjakan sesuatu atau sering menyuruh korang membayarkan untuknya, sah dia seorang yang kedekut. Untuk menjadi seorang suami mana boleh ada ciri-ciri kedekut. Ini kerana apabila sudah berkahwin nanti menjadi tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga untuk menyediakan nafkah secukupnya kepada isteri dan anak-anaknya.

9. King Control

Lelaki yang king control selalunya seorang yang kuat cemburu. Apa sahaja yang korang hendak lakukan, haruslah memberitahunya dan mendapat keizinannya terlebih dahulu. Diri korang seolah-olah dikawal sepenuhnya oleh lelaki sebegini kerana menganggap korang miliknya. Malah dia akan menghubungi korang setiap masa untuk mengetahui korang berada di mana dan dengan siapa korang ketika itu. Kalau beginilah calon suami korang, larikan diri sebelum terlambat.

10. Penakut

Ciri yang ini juga jangan dipkorangng ringan. Lelaki yang penakut dan tidak berani untuk mempertahankan korang, buat apa ingin korang jadikan calon suami. Sebagai bakal suami, lelaki haruslah berani kerana dia bakal menjadi pelindung dan harapan kepada isteri dan anak-anaknya nanti jika berlaku sesuatu perkara.

Ada begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja mereka?

BONUS!! SI SWEET TALKER
Jika korang didekati lelaki si hidung belang ni, maka cepat-cepatlah berlalu dan jangan sampai terbuai perasaan tu. Mereka bijak memanipulasi ayat-ayat cinta sehingga pendengarnya terpedaya. Dengan penggunaakn kata-kata, tingkah laku dan bahasa badan yang bersahaja, kita terpikat. Lelaki seperti ini memang seronok didekati kerana kata-katanya manis dan bijak membuat perempuan rasa disayangi.

Mereka tidak mudah putus asa. Selagi perempuan yang diayatnya itu tak jatuh ke tangannya, mereka akan terus mencuba. Mungkin nak tunjuk hebat agaknya. Jadi perempuan, korang kena jadi bijak dan jauhkan diri supaya tidak didekati kumpulan lelaki macam ni. Sekali terleka, korang akan hanyut dan menderita.

So, itu bahagian lelaki. Macam mana pulak dengan perempuan? Berikut ini adalah ciri-ciri wanita yang harus dijauhi oleh kaum Adam, dan jangan jadikan sebagai isterinya:

1. Wanita “Ananah"

Wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati. Wanita seperti ni sentiasa melihat kelebihan orang lain dan lupa untuk mengukur baju pada badan sendiri. Realiti kini banyak terjadi dalam perkahwinan. 

2. Wanita “Mananah"

Wanita yang suka menidakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. Inilah sebabnya Allah menyuruh kita memilih pasangan yang sekufu. Supaya sebagai ketua keluarga tak merasa rendah diri dibandingkan dengan isteri.

3. Wanita “Hananah"

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu) yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. Perempuan macam ni jenis yang susah move on. Kalau korang nak jugak kahwin dengan perempuan macam ni, bersedialah untuk dibanding-bandingkan.

4. Wanita “Hadaqah"

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Perempuan materialistik kata orang sekarang.

5. Wanita “Basaqah" yang membawa 2 makna:

a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Tabbaruj. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Duit dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.

b. Kedua : dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.

6. Wanita “Syadaqah"

Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya. Kadang kala orang perempuan sentiasa berfikir tentang apa yang difikirkannya betul. Hakikatnya, apa yang diutarakan itu tidak menyelesaikan malah menambah masalah sedia ada. Sebelum anda kena migrain, jauhilah wanita seperti ini.

Jadi, korang macam mana? Perkahwinan is not a game. Bukan masa nak try and error. Not in thousand years. Kahwin sekali then bosan tukar lain. Bukan macam tu dan tak patut langsung terjadi macam tu. Bila usia masuk ke 20-an, korang akan mula memikul komitmen yang pelbagai. Pelajaran, keluarga, kerjaya, dan ada antaranya dah mula mendirikan rumah tangga. Apa pun yang berlaku, bila sampai soal pasangan hidup, pastikan korang pilih yang sebaiknya. Pilih mana yang terbaik untuk berkongsi rumah, bilik, katil, anak dan segalanya. Bila dan kahwin, jangan fikir untuk bercerai melainkan keadaan memaksa. Rujuk pakar dahulu, jangan terlalu ikutkan angin kepala.

Perceraian ada hikmahnya, tapi majoriti penceraian bawa kepada benda tak baik. Penceraian ni melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak, mahkamah dan masyarakat. Ia bukan sesuatu yang manis. Tetapi sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya. Perceraian yang biasa kita dengar atau yang diamalkan oleh orang Malaysia ialah cerai melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami.Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya.
(rujuk surah al-Baqarah ayat 229, surah al-Talaq ayat 1 dan surah an-Nisaa ayat 19).

Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda:
"Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga."

Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian adalah diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika seorang suami melafaz talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ia dibenci Allah.Bagi isteri pula, jika ia memohon cerai tanpa sebab, apatah lagi jika ia melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa menceraikannya, maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga.

Panjang dah aku menulis ni. Jadi sebelum berlaku semua perkara yang kita tak ingin, kita kenalah perbaiki diri sendiri dahulu. Jodoh ini cerminan kita, kalau kita mahukan yang baik jadilah yang baik dahulu. Kalau korang sendiri jenis yang liat nak solat, susah nak tutup aurat, jangan letak harapan tinggi untuk dapat yang menjaga solat, menutup aurat dan yang terbaik. So, tepuk dada tanya iman.

Mana yang korang rasa bermanfaat, korang gunalah. Mana yang tidak tu, boleh ditinggalkan. Semoga aku rajin menaip lagi. In shaa Allah.


Sunday, December 30, 2018

Skema II

Sambungan daripada penulisan lepas tentang skema. Skema ni bukanlah sesuatu yang tak baik, malah dalam islam sendiri diunjurkan untuk umatnya menjadi umat yang skema. Bukan bermaksud seperti dalam pemahaman biasa kita tetapi juga patuh pada undang-undang Allah. Iya, mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Itulah yang dimaksudkan skema dalam islam. 

Persoalannya, macam mana kita nak mencapai peringkat skema dalam Islam ni?

Suka aku fokuskan skema seperti tuntutan agama ni untuk pemuda. Bagi menjaga keluhuran dan kesantunan bahasa, aku gantikan skema dengan perkataan ideal. Usia muda adalah usia yang mempunyai kehebatan fizikal, fikiran segar, rasa ingin tahu yang tinggi, dan semangat yang kuat, tetapi tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi. Orang muda mempunyai keinginan yang tinggi untuk membuat perubahan, ini berpotensi untuk pemuda untuk mencipta kebajikan, serta potensi untuk membuat masalah. Sekiranya ia dibangunkan secara positif, golongan muda boleh menjadi aset berharga bagi negara dan rakyatnya.

Menjadi tokoh belia Islam yang ideal yang merupakan harapan negara dan negara tidak mudah. Jiwa muda yang berkembang di kalangan orang muda ini kadang kala menyebabkan mereka dibawa oleh masa-masa berubah. Walau bagaimanapun, agama Islam memerintahkan supaya kita mempersiapkan generasi muda generasi muda serta mungkin untuk menghadapi cabaran zaman, supaya kaum Muslim muda diperlukan yang merupakan harapan rakyat dan negara.

Ciri-ciri asas pemuda Muslim yang ideal adalah keinginan ummah, iaitu yang pertama, mempunyai aqidah yang betul. Inti aqidah adalah monoteisme yang menyebarkan agama Allah SWT. Hanya menyembah Allah dan tidak menduakannya dengan makhluk lain. Menyerah sepenuhnya kepada Allah.

Kedua, mempunyai pengetahuan dan kebijaksanaan Islam. Sentiasa haus untuk sains dan mengamalkannya. Jadi pemuda Muslim mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang luas. Anda boleh membayangkan bagaimana sebuah negara akan maju dengan cepat jika ia mempunyai generasi muda yang mempunyai pengetahuan yang tinggi.

Ketiga, mempunyai kemahiran dalam pelbagai cara untuk digunakan dalam kebaikan dan kebenaran untuk kemajuan diri, serta orang lain. Dengan memiliki kemahiran, orang muda dapat berkemahiran dan dapat memberi manfaat kepada orang lain dan negara.

Keempat, adalah orang muda yang mempunyai tanggungjawab. Sekiranya anda berani melakukannya, anda berani menanggung risiko tindakan ini dan tidak menjadi pengecut yang melarikan diri dari masalah. Jadi ia boleh menjadi orang yang dipercayai.

Kelima, mempunyai rasa persaudaraan dan kasih sayang. Saling mencintai dan cintakan sesama umat Islam sebagai saudara lelaki agar tidak menyakiti saudara mereka sendiri. Semangat muda untuk kemajuan yang akan menyala akan menjadi lebih kukuh jika bersatu.

Keenam, golongan muda yang suka berbincang dengan mengadakan norma-norma musyawarah. Pemuda Islam harus mempertimbangkan untuk menyelesaikan dan membuat keputusan, sehingga keputusan yang diambil adalah kesepakatan bersama yang telah disepakati oleh semua pihak.

Di samping itu, ciri-ciri tokoh belia yang ideal yang menjadi harapan negara adalah golongan muda yang mempunyai keberanian untuk berusaha untuk kekayaan dan jiwa mereka, termasuk agama mereka. Pemuda yang berani berjuang untuk apa yang sesuai dengannya patut dilawan dengan semua jiwanya dan badannya.

Seterusnya ialah lelaki muda yang menghormati orang tuanya. Ibu bapa adalah mereka yang melahirkan dan menjaga kami sejak zaman kanak-kanak, jadi kami sentiasa menghormati mereka.

Ciri seterusnya adalah bahawa pemuda Muslim yang memupuk diri mereka selalu menegakkan doa. Kerana doa adalah tiang agama, sebagai pemuda Islam, anda harus selalu berdoa. Pemuda Islam juga harus lebih rendah dan tidak sombong. Sikap Takabbur akan melahirkan sifat sombong yang akan membawa kepada kebinasaan. Sebagai seorang pemuda Islam mesti kata-kata dan bersikap lemah lembut.

Jangan berikan kata-kata kasar, dan sentiasa berhati-hati dalam mengatakan. Dan yang terakhir ialah suka membaca al-Qur'an. Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam yang menjadi pedoman kehidupan umat Islam harus menjadi sumber pengetahuan bagi pemuda Islam.

Dalam hal ini institusi yang paling berpengaruh dalam pembentukan pemuda Islam adalah tokoh ideal untuk pembangunan negara dan masyarakat Islam pertama adalah keluarga. Kerana interaksi pertama terjadi dalam keluarga, sebagai tahap pembentukan dan sosialisasi. Oleh kerana itu perlu bagi keluarga yang menanamkan nilai-nilai Islam sejak lahir. Maksud kedua adalah masjid, di mana masjid menjadi tempat sosialisasi bagi umat Islam. Dan ketiga adalah sekolah sebagai tempat untuk belajar. Di sekolah pelbagai sains diajar yang akan sangat mempengaruhi pemikiran generasi muda. Di samping itu, di sekolah terdapat juga tempat untuk bersosial dengan rakan-rakan yang pasti akan mempengaruhi kelakuan dan persatuan belia.

Sepanjang sejarah mencatatkan bahawa Islam memiliki ramai pemuda hebat pada zamannya masing-masing. Di usianya yang cenderung masih sangat muda, mereka mampu menorehkan karya-karya yang luar biasa. Berikut ini 11 pemuda Islam terbaik sepanjang sejarah yang boleh dijadikan contoh teladan sepanjang hidup.
  1. Usamah bin Zaid (18 tahun). Memimpin pasukan yang anggotanya adalah para pembesar sahabat seperti Abu Bakar dan Umar untuk menghadapi pasukan terbesar dan terkuat di masa itu.
  2. Sa’d bin Abi Waqqash (17 tahun). Yang pertama kali melontarkan anak panah di jalan Allah. Termasuk dari enam orang ahlus syuro.
  3. Al Arqam bin Abil Arqam (16 tahun). Menjadikan rumahnya sebagai markas dakwah Rasul S.A.W selama 13 tahun berturut-turut.
  4. Zubair bin Awwam (15 tahun). Yang pertama kali menghunuskan pedang di jalan Allah. Diakui oleh Rasul S.A.W sebagai hawari-nya.
  5. Zaid bin Tsabit (13 tahun). Penulis wahyu. Dalam 17 malam mampu menguasai bahasa Suryani sehingga menjadi penterjemah Rasul S.A.W. Hafal kitabullah dan ikut serta dalam kodifikasi Al Qur’an.
  6. Atab bin Usaid (18 tahun). Diangkat oleh Rasulullah S.A.W sebagai Gabenor Makkah pada umur belia remaja.
  7. Mu’adz bin Amr bin Jamuh (13 tahun) dan Mu’awwidz bin ‘Afra (14 tahun). Membunuh Abu Jahal, pemimpin kaum musyrikin, dalam perang Badar.
  8. Thalhah bin Ubaidullah (16 tahun). Orang Arab yang paling mulia. Berbaiat untuk mati demi Rasul S.A.W pada perang Uhud dan menjadikan dirinya sebagai tameng bagi Nabi.
  9. Muhammad Al Fatih (22 tahun). Menaklukkan Konstantinopel ibu kota Byzantium yang dikatakan mustahil dan membebaskannya daripada penindasan.
  10. Abdurrahman An Nashir (21 tahun). Pada masanya Andalusia mencapai puncak keemasannya. Dia mampu menganulir berbagai pertikaian dan membuat kebangkitan sains yang tiada duanya.
  11. Muhammad Al Qasim (17 tahun). Menaklukkan India sebagai seorang pemimpin agung pada masanya.
Sebagai kesimpulannya, perbaiki pemahaman kita tentang SKEMA yang biasa. Contohilah para sahabat yang sentiasa memanfaatkan masa mudanya sehingga ke nafas yang terakhir untuk Islam. Sebagai mana pesan Nabi Muhammad, berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah, in shaa Allah kita akan selamat di dunia dan di akhirat.